17 May 2009

Persediaan 6+5 (Berap ramaikah pemain England dalam Skuad Arsenal?)

Okey mungkin ada beberapa fan Arsenal tahu tentang peraturan baru UEFA yang masih belum dipastikan bila akan di kuat kuasakan.. Iaitu peraturan 6+5.. Iaitu 6 pemain tempatan dan 5 pemain luar negara..

Di dalam artikel ini Atikah nak senaraikan beberapa pemain Arsenal dari first team mahu pun reserve yang berasal dari England..

MANUEL ALMUNIA (GOALKEEPER) = Masih berteka-teki tentang kewarganegaraannya.. Almunia boleh untuk menukarkan warganegara Sepanyolnya ke British selepas berkahwin dengan wanita British.. Dan Atikah belum pasti sama ada Almunia dah menukarkannya atau belum.. Tapi rasanya belum..

KIERAN GIBBS (DEFEND, MIDFIELD) = Mungkin inilah sebabnya Wenger mengilap Gibbs dan memberikan persediaan kepadanya jika peraturan tersebut di guna pakai..

JACK WILSHERE (MIDFIELD) = Pemain tengah berbakat besar dan mampu mengantikan Gerrard dan Lampard suatu hari nanti.. Namun masih belum mempunyai persediaan yang baik dan masih kurang pengalaman..

THEO WALCOTT (STRIKER, MIDFIELD) = Okey memang Walcott sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama.. So mungkin Walcottlah orang pertama yang akan mengesahkan tempatnya..

Hanya 4 sahaja dari first team?? Sikitnya.. Mana lagi 2 dan beberapa lagi untuk menjadi back up?? Jadi Atikah senaraikan pemain dari skuad simpanan Arsenal yang berpotensi..

GAVIN HOYTE (DEFEND) = Sedang dipinjamkan ke Watford.. Mungkin sudah bersedia namun masih belum cukup pengalaman..

HENRI LANSBURY (MIDFIELD) = Sedang dipinjamkan di Scunthorpe.. Seorang pemain sayap yang cukup baik.. X sabar nak tengok dia main dalam first team..

MARK RANDALL (MIDFIELD) = Kapten skuad simpanan ini seorang midfield yang bagus.. Namun masih kurang pengalaman.. Tapi dari segi persediaan Atikah yakin dia sudah bersedia..

JAY SIMPSON (STRIKER) = Sedang dipinjamkan ke West Bromwich Albion.. Tiada apa yang nak dikatakan.. Mempunyai finishing yang bagus.. Sudah bersedia dan pengalaman pun boleh tahan..

4 pemain dari skuad simpanan yang berpotensi tinggi.. Jadi sudah ada lapan orang pemain dari England.. Itu pun kalau Almunia meneruskan hajatnya nak jadi warganegara Britian.. Sebenarnya masih ramai pemain skuad simpanan Arsenal berasal dari England.. Namun masih belum cukup pengalaman dan masih belum bersedia sepenuhnya..

Mathew Upson.. Bekas pemain The Gunners ini sedang diintai dan cuba untuk mendapatkannya kembali.. Wenger berharap untuk cuba untuk mendapatkannya sekali lagi selepas gagal pada musim sejuk yang lalu..

Upson pernah mendedahkan yang jika dia mahu bermain bersama England dalam Piala Dunia 2010 nanti dia perlu beraksi dalam kejohanan Eropah.. Dan jika West Ham gagal sudah semestinya peluang Arsenal mendapatkannya cerah.. Jadi ada seorang lagi pemain dari England..

Tapi apa-apa pun Atikah harap yang Upson bakal menyertai Arsenal kembali.. Dan marilah kita beramai-ramai berharap West Ham gagal untuk melayakkan diri ke kejohanan Eropah musim hadapan untuk kita mendapatkan khidmatnya kembali..

Tapi Atikah sekarang ini sudah jatuh hati dengan persembahan pemain pertahanan Chelsea iaitu Branislav Ivanovic.. Atikah rasa jika betullah Chelsea nak buat rombakan besar-besaran dan menjual Ivanovic kita patut mendapatkan khidmatnya.. Seorang pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol..

Dan lebih murah dari Gary Cahill.. Ini cuma pandangan Atikah.. Tapi percayalah Atikah rasa Ivanovic adalah calon yang sesuai jika kita gagal mendapatkan khidmat Cahill, Lescott, Zapeta, Upson dan Hangeland..

Tapi Atikah dapat rasakan yang mungkin sukar untuk kita dapatkan dia kerana Chelsea merupakan musuh setempat kita.. Tapi jika Chelsea mahu menjual Ivanovic itu mungkin tidak akan menjadi rintangan.. Adios..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan