18 May 2009

Perlukah Arsenal lepaskan Arsene Wenger??

First Atikah nak ucapkan Selamat Hari jadi yang ke-32 tahun kepada Manuel Almunia.. You're the great Arsenal goalkeeper after David Seaman and Jens Lehmann.. Keep up the Good Work.. Kami semua rindukan anda.. Get Well soon!!

Okey bebalik kepada tajuk artikel ini.. Okey sudah lama kita mendengar Prof. Wenger kita ini di kaitkan membimbing pasukan lain.. Tapi semakin lama semakin menjadi-jadi.. Dulu Manchester City dilaporkan bersedia memecat Mark Hughes dan digantikan dengan Arsene Wenger.. Namun Wenger pantas menafikannya dan menyatakan yang Hughes merupakan seorang pengurus yang bagus dan x terlintas langsung untuknya meninggalkan Arsenal..

Selepas itu muncul pula Bayern Munich berkira-kira untuk mengambil Wenger selepas Jurgen Klinsmann dipecat.. Mereka dilaporkan bersedia menawarkan kontrak 5 juta pound setahun!! Denga kebebasan untuk merekrut pemain Perancis dan Afrika, sama seperti yang dilakukannya di Arsenal.. Ia turut di sokong dengan dana untuk membeli pemain bernama besar berserta kontrak lumayan..

Namun Wenger menolaknya dengan mudah sekali.. Namun khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang ini ialah Wenger bersedia untuk mengendalikan Real Madrid jika Florentino Perez menjadi Presiden Real.. Dengan Wenger mengatakan perancangan Perez amat menarik minatnya..

Peminat Arsenal ada yang marah, kesal dan x kurang juga dengan shareholder kita yang berhempas pulas semalam melakukan sesuatu untuk membuatkan Wenger kekal..

In Arsene We Trust!! Itulah pegangan peminat Arsenal selama ini.. Namun baru-baru ini Wenger telah mengkritik peminat yang berfikir secara Negatif.. Dan membidas peminat dan mengharapkan peminat bersabar.. Mungkin sesetengah peminat Arsenal dah tidak mempercayai Wenger 100%.. (Atikah pun.. Tapi dululah waktu kita kalah dengan Chelsea dalam piala FA hari tu.. Tapi sekarang nie dah 200% percaya dah)

Ada juga yang mengelarkan Wenger sebagai pakar taktikal.. Wenger sesungguhnya telah menjadi pengurus paling berjaya di Arsenal.. Dan berada di belakang Alex Ferguson sebagai pengurus paling berjaya dan paling lama di England.. Kehilangannya pasti diratapi peminat Arsenal..

Adakah ada masih mengingati artikel Atikah yang Freddie Ljungberg mengatakan yang Wenger akan meninggalkan Arsenal suatu hari nanti jika dia dijanjikan dana yang banyak semasa musim perpindahan?? Mungkin ada yang ingat ada yang x.. Atikah memang setuju pasal itu disebabkan duit sekarang ini mampu untuk membeli segala-segalanya.. (Bagi sesetengah orang)

Atikah nak cakap kita nie bukan kelab terkaya.. Memang x patut.. Kita punya shareholder semuanya berada di dalam kelompok 10 terkaya pemegang saham kelab di dunia.. Dalam liga kekayaan dunia pun kita berada di tempat ke-6..

Dan baru-baru ini Arsenal disahkan berada di tempat ke-3 kelab terkaya dengan nilai perolehan sebanyak 913,000,000 juta euro.. Berbading MU yang berada di tempat pertama dengan 1,423,000,000 billion euro..

Adakah itu belum boleh membuktikan kita sebuah kelab yang kaya?? Sebenarnya kalau x silap Atikah shareholder kita bersedia mengeluarkan dana sebanyak 25 juta untuk musim perpindahan 2 atau tahun lepas untuk seorang pemain sahaja!! Itu pun jika Wenger mahu.. Dan tahun ini pula dilaporkan 40 million dana perpindahan musim ini..

Jika Atikah berada di tempat Wenger dengan menguruskan Arsenal.. 40 millon itu akan Atikah gunakan dengan sebaik-baiknya dan Atikah akan jual beberapa pemain untuk menambahkan modalnya itu..

Atikah anggarkan dalam 3 atau 4 pemain berpengalaman dan berkaliber mampu Atikah beli untuk memantapkan pasukan.. Namun tidak kepada Wenger.. Di telah meletakkan sasaran hanya 2 pemain sahaja akan dibelinya.. Dan sudah pastinya murah dan mungkin masih muda..

Namun entah mengapalah peminat dan board Arsenal cukup baik dan bersabar dengan hasil kerja Wenger nanti.. Yang entah bila akan membuahkan hasil yang lumayan dan mengembirakan peminat..

Namun perkara ini tidak terjadi kepada peminat pasukan lain.. Mereka mahukan fastwin.. Tidak mahu tunggu 3 atau 4 tahun untuk melihat pasukannya menjulang gelaran.. Itulah sebabnya Arsenal adalah sebuah pasukan yang berlainan..

Namun sampai bila kita perlu mengharapkan kepada semua pemain muda sahaja?? Kita perlukan 3 atau 4 pemain berpengalaman dan mempunyai ciri kempimpinan yang baik untuk membimbing pemain - pemain muda tersebut..

Jika mahu membeli pemain muda baik gunakan pemain skuad simpanan kita.. Kita gunakan duit itu untuk membeli pemain yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam dirinya.. Tapi ini tidak terjadi kepada Wenger.. Atikah pun dah x faham dengan Wenger..

Harap-harap Wenger akan membeli pemain yang betul-betul mampu memberikan impak yang besar kepada Arsenal secepat yang mungkin untuk memastikan peminat Arsenal tidak perlu cemburu melihat MU menjulang gelaran sekali lagi.. Adios..

13 comments:

  1. ermmm...
    pe nk jd kt arsenal msim dpn..
    x sngka plak mkin klam kbut..
    kl0 AW g real fabregas mst iktnye...

    ReplyDelete
  2. pe pun AW kene stay smpi 2011..itu janji dia.. smpi je ms nye nanti terpulanglah pd dia..tp kalu dia nk g skgpun xde hal lah..

    ReplyDelete
  3. arsenal's number 4May 19, 2009 at 6:36 AM

    Hi Atikah,
    "x kurang juga dengan shareholder kita yang berhempas pulas semalam melakukan sesuatu untuk membuatkan Wenger kekal.."

    Sebenarnya dlm meeting yg lalu, ada 2-3 share holder yg mengkritik cara Wenger manage Arsenal dan Wenger menyifatkan seperti dia telah membunuh seseorang setelah dikritik oleh beberapa share holder dan segilintir peminat. Namun, chairman Peter Hill-Wood membidas kelompok berkenaan dan memberi sepenuh support pada Wenger. Kita juga sepatutnya begitu.

    Memang Arsenal antara kelab yang terkaya didunia namun tu semua dikira dari pelbagai aspek terutama sekali dari segi aset yang kita ada. Tapi tahukah Atikah yang semua tu belum cukup untuk kita menampung hutang dari pembinaan Emirates Stadium ataupun "The Groove". Memang mereka2 (shareholders, etc) semua mengatakan memang ada disediakan bajet kepada Wenger untuk membeli player2 baru. Tapi, mampukah kita untuk membayar gaji mereka setiap minggu? Katakanlah seorang player "Star" yang kita beli dengan harga 20m request gaji 70k pound seminggu, sebulan dah 240k, setahun dah 3.36m dan belum termasuk bonus etc. Sebab tu lah Wenger dengan resource (duit) yang terhad memilih untuk beli player yang kurang ternama tetapi ada potensi, kerana harga dan gaji yang murah dan kemudian Wenger akan develop sendiri player tu. Arsenal beruntung ada Wenger, kalau manager lain rasanya dah hancur team kita ni. Manager2 lain membeli player2 yang mahal (Rooney Berbatov, Ferdinand, Torres, Drogba, Essien) untuk menang dan berada dalam kelompok "Top 4" sedangkan Arsenal beli player murah2 je dah beli survive.

    Arsenal tak sama dengan kelab2 lain seperti Man Utd, Liverpool dan Chelsea. Walaupun shareholders kita kebanyakan dari luar, tapi chairman masih berbangsa Inggeris dan Board Arsenal masih lagi belum mahu lepaskan kelab ni kepada shareholder yang berpotensi iaitu Stan Kroenke dan Alisher Usmanov. Man Utd dgn chairman Glaziers, Chelsea dgn Abramovich, Liverpool dgn Gillet. Semua tu orang bukan Inggeris yg berkuasa dan kasi duit. Bagi kita sapa pun mmg tak penting. Tp kalau saya orang Inggeris, saya mahu team saya mempunyai pengaruh Inggeris dan bukan orang luar.

    Bukan niat saya untuk membidas Atikah, cuma ingin berkongsi pandangan saya terhadap artikel ni.

    - Arsenal's number 4

    ReplyDelete
  4. no.4... memang betul ko cakap... wanger bukan sahaja mendapat sokongan dari peter tapi penyokong juga kerana beberapa bancian telah di buat dan 81% penyokong menyatakan hasrat supaya our prof wanger kekal di emirates, begitu juga beberapa ahli jawatankuasa FA England juga menyatakan hasrat yang sama kerana Arsene Wenger merupakan pencukil bakat dan pembentuk bagi pasukan england secara tak langsung selain kelab Aston Villa dan Everton kalau tak caya tanya Fabio Capello...hehehe

    bagi aku ler arsene wenger memang seorang yang berpegang pada perinsip dan kekal diatas pendiriannya... kalau di memandang kepada wang tentu dia tak tolak tawaran dari bayern, dan kerana dia jugaklah beberapa key player yang akan terus kekal menyarung jersi arsenal...

    ReplyDelete
  5. atikah x marah pun arsenal's number 4.. atikah pun tahu cerita tu.. tapi mmg ada segelintir peminat dan beberapa org penting arsenal mahukan wenger kekal.. dan nasri juga cuba menyakinkan semua org dgn mengatakan yg wenger akan kekal di emirates.. atikah tahu kita sudah bnyk melaborkan duit utk membina emirates stadium.. dan segala pelaboran terbabit pun dh nk di cover dh.. lebih2 lagi kita punya duit semakin bertambah sejak emirates stadium ditubuhkan..

    atikah yakin x lama lagi kita mampu untuk mencover balik duit yg kita laborkan itu.. gazidis pernah berkata yg kita mampu untuk membayar gaji yg mahal kepada pemain2.. gazidis cakap ttg perkara itu semasa munculnya spekulasi ramai pemain yg akan blah dari arsenal.. sebenarnya dari percakapannya itu atikah rasa kita sudah pun dapat mencover kembali laboran ke atas emirates stadium..

    jika tidak tidak mungkin gazidis akan mengeluarkan kenyataan seperti itu..

    ReplyDelete
  6. Wahhhh... Penuh dengan infomasi. Macam nie lah baru aku teruja.

    Semua komen diatas tu aku boleh gambarkan dgn perkataan pelan jangka panjang. Bukan sahaja nak manage kelab, future kelab pun amat penting. Dengan itu, policy diasahkan, acedemy diperhebatankan.

    Sebab tu board member memberi kepercayan penuh pada AW utk buat keputusan utk mengelakkan dari beban kredit yg tinggi, overhaed melampung-lambung disebabkan 'The Groove'. So, untuk mendapatkan turnover profit demi menampung kredit, pembelian player bintang dimansuhkan. Inilah salah cara terbaik utk survive kan kelab. Kalau tak, entah org kaya mana plak kelab akan dijual.

    Kira otak AW nie lebih mahal dari gaji yg dia dapat.

    Cheers mate...
    Keep your heads up and stick together.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa kenyataan Atikah yang kita dah pun dapat mencover pelaburan Emirates Stadium ada tidak benar. Pembinaan Emirates Stadium menelan belanja 430m pound (Wikipedia). Arsenal telah meminjam dari beberapa buah bank besar di Britain. Pinjaman selama 14 tahun dengan fixed interest. Tiap2 bulan Arsenal perlu bayar hampir 3m pound kalau dicampur interest taktau la berapa.

    Sekarang pun Arsenal tengah negotiate lagi kalau boleh nak lanjutkan tempoh pinjaman kepada 25 tahun dan interest yang rendah (Arsenal.com). Kalau Arsenal dah boleh cover pelaburan stadium seperti yang Atikah katakan, diorang takkan susah2 nak nego dgn bank lagi. Ada desas desus yang mengatakan bila sampai April 2010, Arsenal tak mampu nak bayar hutang stadium. Tapi saya percaya Arsenal mampu untuk survive semua ni dan maintain "Top 4" selagi Arsene Wenger yg jadi manager. Sebagaimana yg kita semua tau dia ada degreen in engineering dan master degree in economics, mestila dia tau mcm mana nk uruskn finance Arsenal sama.

    Semenjak Ivan Gazidis join management Arsenal tak dinafikan dia byk improve kita punya finance. Tapi tak semestinya Arsenal sudah mampu bayar gaji mahal dan mempunyai kuasa untuk membeli seperti Man Utd, Liverpool dan Chelsea. Pada teori saya, Gazidis keluarkan kenyataan tu pada media hanya untuk selamatkan Arsenal dari diambil alih oleh pelabur luar seperti Usmanov dan Kroenke. Dan apabila media bertanyakn pada Wenger, dia pulak mencover Arsenal punya management dengan mengatakan yang dia nk stick pada youth policy dan taknak berbelanja besar untuk pemain. Kesian Wenger, demi untuk cover management, dia dipersalahkan. Wenger selalu backing Arsenal, tak kira management ataupn player. Tak pernah pn dia kritik, player main bodoh mcm Diaby tu pn dia tak kritik. Wenger selalu jaga keharmonian Arsenal. Sebab itu kita kena sentiasakn percaya pada Wenger. "Victory through Harmony". Kalau Gazidis tak keluarkan kenyataan mcm tu dekat media, mesti ramai yang desak Arsenal terima pelabur luar seperti Usmanov dan Kroenke. Semua tu untuk nampakkan yang Arsenal tengah stabil. Usmanov tau pasal ni dan dia saja ckp kt media yg Arsenal perlu berbelanja besar untuk bersaing ngan team Top 4 lain dan dia sedia keluarkan duit untuk semua tu. Hill-Wood pn tau tu sebab bila ada shareholder yg kritik Wenger dia backing Wenger 100% sbb Wenger dah byk kali cover management. Saya ada terbaca yang Arsenal punya board sedia untuk beri laluan pada Kroenke kalau Arsenal betul2 terdesak. Mereka lebih percayakan Kroenke dari Usmanov.

    Kalau betul lah memang disediakan bajet untuk Wenger beli player, berapa sangatlah yang ada? 30m? 40m? Still tak boleh compare kuasa membeli Man Utd, Liverpool, Chelsea. Contoh kalau Wenger beli 1 player star seperti Berbatov 30m atau Torres 30m atau Shevchenko 30m. Balance 10juta? buat peruntukan bayar gaji selama kontrak 4 tahun. Pastu dah tak boleh beli player lagi dah sebab duit dah takde. Nak tunggu ada duit 40m lagi bila plak tak tau. Kalau player tu plak power mcm Torres tak pe gak, dibuatnya mcm Shevchenko, kat Italy je power.. datang England hancur. Wenger gak dipersalahkan nanti. Wenger tak suka berbelanja besar sebab dia takut player tak bleh perform baik seperti yang dia main dekat kelab lama. Pastu kalau dah terbeli player mahal main plak tak power dah la rugi kat situ, nak beli player lain dah takde duit. Contoh macam Wiltord, Francis Jeffers dan Reyes. Tak sama macam Man Utd, Chelsea dan Liverpool. Kalau manager diorang beli player mahal, pastu main tak bagus, takde masalah pn sbb still boleh beli player lain. Duit sentiasa ada dan diorang takde masalah seperti Wenger yg terpaksa pikir mcm mana nk bajet duit kalau salah beli player. Contoh Man Utd ialah Veron, Chelsea dgn Shevchenko, Liverpool dgn Robbie Keane.

    Oleh itu saya, kita kenalah sentiasa percayakan Arsene Wenger. Hanya dia yang tau ape terbaik untuk kelab. Kalau kita nk ada spending power mcm Top 4 lain kita kena harapkan board skarang bagi Kroenke ambil alih. Itu je satu2 jalan penyelesaian.

    -Arse Nmbr 4

    ReplyDelete
  8. aku cadangkan kalo wenger blah. aku harap arsenal dpt lantik legend arsenal yg termasyhur , tony adams sbg manager arsenal yg baru. konfem arsenal meletup giler dgn kehebatan legend arsenal tony adams

    ReplyDelete
  9. Yup... Pelaburan besar hendaklah disertakan dgn pengorbanan besar. 'The Groove' will sacrificed transfer fund. We win some, we lose some.

    Aku noticed budget utk next season cuma 12-13m. That mean, he has to sacrifice player or swap player utk top up budget tu. Some players have to leave Emirates... If not, takde pembelian pemain baru.

    ReplyDelete
  10. okey atikah faham.. semutipoh.. utuk pengetahuan anda.. tony adams dan dennis bergkamp akan menguruskan arsenal jika wenger blah dan pat rice besara.. itulah yang dijanjikan mereka.. betul tu taik lalat.. dana perpindahan musim ni just 13 million.. dan ini mungkin menyebabkan beberapa pemain keluar terutamanya adebayor.. sekian harap maklum..

    ReplyDelete
  11. hrp2 pertahanan arsenal next season lbih mantap.. bahagian wing n attacking dah ok kalu diikutkan plyr yg ada skg.... arshavin.nasri.walcott.rosicky.van persie.eduardo.fabregas.bendtner.watak2 utama yg akan menggempur lwn next season..

    ReplyDelete
  12. Hrmmm ape ape je lah....harap peminat paham dgn situasi ni.
    bagi aku kalau pelatih bercelona sekarang sbg peganti Wenger pun bagus gak...
    kita harus memenangi sesuatu musiim depan agar saham Arsenal akan kukuh dan dana meningkat
    Adious...

    ReplyDelete
  13. tak kira ape pon Arsenal ttp dihati..yg lain2 tu biarla management arsenal fikir..takan tu pon aku nak pk.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan