Penganti Adebayor??

Okey Atikah dapat berita ini dari laman web lobahgooner..

Mevlüt Erdinç dilaporkan sedang diintai Wenger untuk mengantikan tempat Adebayor.. Seperti yang kita sedia maklum bahawa AC Milan amat-amat meminati Adebayor kita ini.. Dan mereka sanggup membayar sebanyak 30 juta untuk mendapatkan khidmat Adebayor..

Mevlüt Erdinç bukanlah nama yang biasa kita dengar bukan?? So Atikah disini akan memberikan keterangan tentangnya dengan terperinci..Bermula dengan melihat video klip di You Tube sebelum mencari profilnya di dalam Wikipedia..

Mevlüt Erdinç dilahirkan pada 25 Februari 1987 di Saint-Claude, Jura, France.. Mempunyai ketinggian 181 cm.. Warganegara Perancis dan Turkey.. So dia boleh memilih mana-mana satu untuk beliau beraksi dalam pasukan kebangsaan.. Dan dia memilih Turkey..

Sekarang ini Mevlüt Erdinç mewakili pasukan Ligue 1 iaitu FC Sochaux.. Erdinç mendapat promosi dari FC Sochaux Academy untuk membuat kemunculan di dalam skuad senior pada musim 2005/2006..

Menjaringkan gol pada lewat perlawanan dalam debutnya semasa menewaskan AC Ajaccio 1-0.. Setelah sekian lama menunggu beliau akhirnya mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada tahun 2007/2008 dan telah menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 11 gol dalam 28 perlawanan..

Fatih Terim (jurulatih skuad Turkey) telah menyenaraikan Erdinç dalam 23 pemainnya yang menyahut cabaran di dalam EURO 2008.. Dia melakukan debutnya pada perlawanan menentang Portugal semasa perlawanan pembukaan EURO 2008.. Namun beliau digantikan pada separuh masa pertama.. Beliau juga beraksi pada separuh masa kedua pada peringkat Separuh Akhir bertemu Jerman..

Pada 11 Oktober 2008 beliau telah menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan kebangsaan Turkey dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2010..

Atikah rasa dia cukup bagus.. Masih muda dan menjaringkan gol yang boleh tahan top classnya.. So tiada keraguan jika dia menyarung jersi Arsenal.. Dan dia juga mampu menyinar dan menjadi penyerang terbaik bersama Arsenal.. Kerana Atikah yakin Wenger akan mengasah bakat yang dimiliki Erdinç..

Siapa yang ada pertanyaan tentang Mevlüt Erdinç sila tanya Atikah.. Atikah akan cuba memberi jawapan yang terbaik dan menjawab segala pertanyaan anda itu.. Siapa yang ada komen sila postkan komen anda..

Comments

  1. Masih terlalu awal utk kita perkatakan pasal transfer rumours. Adakah AW akan meneruskan policy jual-beli kerana sebelum ini dia berjanji tidak akan menjual pemain sedia ada. Untuk memantapkan sebuah pasukan, dia harus mengekalkan pemain. Sekiranya peristiwa musim lalu berulang, maka morale pemain akan terjejas.

    Harapan aku, tiada pemain yg akan meninggakan Emirates. Enough is enough, last season cukup sedih bagi aku melihat idola aku (Gilberto) berpindah ke Panathinaikos. Flamster pula ke Milan. Hleb aku tak amik port sbb dia nie mata duitan.

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  2. The Red WarriorMay 4, 2009 at 5:03 AM

    Cuba perati betul² muka mamat ni!!! Bagi aku apa yg aku tgk dia macam muka penyerang pasukan Liga Super MyTeam iaitu Nor Syarul Idlan Talaha. Huhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  3. mmglah.. atikah pun x nak sape2 pun blah dari arsnl.. coz mereka semua dh sekepala.. kalau ade yg blah keempunan lagilah kita nk tengok arsnl menjulang piala.. tapi atikah suke kalau bakat-bakat baru dtg ke arsnl dan kemudiannya menjadi penganti yg sesuai kalau ada mslh kecederaan.. jadi x delah arsnl tempang..

    ReplyDelete
  4. gempak tol player..alangkah laju nyer player arsenal.. :)

    ReplyDelete
  5. mmg pun.. wengerkan slalu cari player yg pnts.. supaya sng klhkan pasukan lwn dan mengkucar kacirkan pertahanan lawan.. tapi sebenarnya sama je..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya reserved team pun ada yg lagi hebat. Kita ada penyerang yg lincah dah laju, Jay Simpson yg skrg dipinjamkan pada West Brom. Kita ada Rui Fonte. Aku percaya kalau AW nak beli pun, org itu mesti ada something special dan bukan superstar player. Kalau tak, AW lebih rela simpan duit.

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  7. betul tu.. wenger slalu mengasah bakat pemain.. bukannya mcm MU slalu cilok pemain org.. haha.. smpt lagi mengutuk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil