Miss You Henry!!

Entah kenapa Atikah tiba-tiba merasa rindu dekat Henry.. Mula-mulanya untuk menyambut hari jadi Fabregas Atikah memutuskan untuk melayari internet dan bukak You Tube untuk melihat video klip Fabregas..

Memandangkan tiba-tiba Atikah ternampak kelibat Henry dalam video itu Atikah pun jadi rindu dengan kelibatnya dan skill Henry untuk Arsenal selama ini..

Meninggalkan Arsenal pada tahun 2007 masa musim perpindahan untuk menyertai Barcalona.. Dengan apa sebabnya pun x tau.. Cuma Henry je tahu.. Namun kita tahu yang dia tinggalkan Arsenal untuk mencapai lebih banyak trofi..

Kita mendapatkan khidmatnya selepas Wenger yang selama ini mengasah bakatnya membeli Henry dari Juventus setelah Henry tidak mampu untuk menyesuaikan diri di posisi sayap kiri..

Henry mula menjadi kapten Arsenal selepas Viera tinggalkan Arsenal.. Agak banyak juga kejayaan yang diperoleh Henry bersama Arsenal dan yang paling x dilupakan kejayaan memenangi liga dengan rekod tanpa kalah yang masih menjadi rekod yang tidak dapat dipecahkan..


Kalau anda masih ingat Fabregas dan Henry sedikit sekepala.. Agak banyak passing Fabregas diberikan kepada Henry dan boleh dikatakan semuanya menerjah jaring.. Dan kita boleh lihat jentera kita tidak setajam semasa adanya Henry dulu..

Walaupun hadirnya Van Persie dan Adebayor.. Dan sekarang ini Arshavin namun tiada siapa pun yang mampu menandingi impak yang dilakukan Henry.. Terutamanya Fabregas tidak lagi boleh sekepala dengan Henry..

Kepergiannya amat dirasai peminat dan pemain Arsenal sampai sekarang.. Al maklumlah namanya sudah pun terpahat sebagai lagenda Arsenal.. Teringin nak tengok Henry pulang ke Arsenal.. Dan apa yang amat mengharukan Atikah ialah semasa ada khabar angin dia mahu pulang ke England memandangkan isteri dan anaknya masih berada di England..

Terdapat khabar angin yang Manchester City bersedia memancingnya.. Namun dengan pantas Henry menegaskan dia hanya akan kembali ke England dengan hanya bermain dengan Arsenal sahaja.. Atikah yakin dia maksudkannya..

Henry juga sering menghasut pemain yang dia kenal yang mana mahu bermain di England dengan menegaskan Arsenal adalah kelab yang patut mereka wakili.. Contohnya Nasri.. Perkara ini sebenarnya diakui Nasri.. Nasri menyatakan Henry memberitahu dia yang Arsenal ialah kelab yang patut dia wakili..

Nampak x?? Walaupun dia bermain dengan Barcalona namun hati dan jiwanya masih berada di Arsenal.. Atikah amat berharap kita akan mendapat kembali khidmatnya jika betullah dia akan kembali ke England.. Namun Atikah tahu memandangkan umurnya sudah 30-an sudah pastinya dia akan bersara.. Dan mungkin dia akan bersara di Nou Camp bukannya di Emirates..

Namun Atikah x kisah kerana Henry telah menjadi sebahagian daripada lagenda Arsenal.. Namanya akan terus terpahat di dalam hati setiap peminat Arsenal.. Dan selagi dia masih tidak mengecewakan peminat Arsenal dengan mengkhianati Arsenal dengan cara yang kejam nama Henry akan terus di hati setiap peminat Arsenal.. Adios.. Miss You Henry!!

Comments

  1. Thierry Daniel Henry @ Titi. Bagi aku dgn member forum aku, kami lebih suka memanggilnya King14 walaupun Walcott menggunakan number itu sekarang. He's is the Arsenal's truth legends. Aku quote kata-kata dia masa dia nak berhijrah ke Barca dulu, "My head, my soul always with gunners". We'll miss him too Atikah...

    Tak tertulis banyaknya sumbangan dia semasa bersama Arsenal. Hingga kini, rekod "The Invisible" masih bertahan. Tidak siapa mengenai dia sewaktu dia bersama Juventus, tetapi AW dapat mengesan bakat yg ada dlm diri King14. He is prolific striker and he also one of the 125 players greatest living footballers, named by football legend Pele.

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  2. aku arap henry main cm taik kt final nnti. lawan siapa? siapa lagi kalau bukan barcelona lwn arsenal...haha...marilah berdoa sama2

    ReplyDelete
  3. jahatnya anonymous.. sebenarnya taik lalat.. henry adalah bekas pemain ac monaco dimana tempat wenger uruskan pasukan itu sblm arsnl.. dan wengerlah yg bertanggungjawab mengasah bakatnya di ac monaco sebelum membawa henry ke arsnl..

    ReplyDelete
  4. mmg kesal gak bila henry tinggalkan arsenal tp inilah bola sepak..kdg2 fkr ok gak dia pindah club sbb baru skrg nampak seme player arsenal bleh score gol rupanya,kalu dulu seakan henry je yg bleh score walaupun yg lain bpeluang utk mlakukannya.. mmg x dinafikan henry is a greatest striker in d world tp dia perlu ingat manusia yg bertggjwb mejadikannya sperti hari ini iaitu wenger.. ketiadaannya mmg dirasai tp gunners masih gah berdiri tanpanya..

    ReplyDelete
  5. namun ketajaman bahagian serangan masih tidak setajam adanya henry dulu.. kini hadirnya arshavin barulah kita berjaya mentajamkan bahagian serangan kita itu.. namun masih belum mampu menjadi setajam adanya henry dulu..

    ReplyDelete
  6. Atikah... selepas Monaco, AW ke Nagoya Grampus then baru Arsenal. Maksud saya, hanya AW saja tahu kelebihan Henry. Selepas 2 season AW mengendali Arsenal, baru dia bawak Henry ke Highbury. Dan, Henry plak hanya semusim di Juventus.

    Football is teamwork, not a individual. Semasa Henry bersama Arsenal, midfield gunners mmg kuat. Dibaris oleh Vieira, Pires, Ljungberg dan Gliberto, memang jentera serangan Arsenal amat tajam.

    Kita tidak boleh hanya meletakkan Henry sahaja sebagai penyumbang utama, tetapi kerja sepasukan tu yg membuatkan Henry berjaya. Bagi saya, Arsenal tetap tajam walaupun ketiadaan King14. Cuma barisan gunners skrg masih muda, berilah sedikit masa pada Bendtner, Walcott dan Vela. Pasti diorg sehebat malah lebih hebat dari the legend Henry.

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  7. mmg kita patut beri peluang kpd mereka.. nmn jgn pula mereka persiakan segala bakat mereka...

    ReplyDelete
  8. aq harap sngt2 agar henry dpt bermain dengan arsenal semula..huhuh:((

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil