Mannone ambil alih posisi benteng terakhir Arsenal hujung minggu ini??

Goalkeeper rookie Arsenal Vito Mannone mungkin akan membuat debut pertamanya Ahad ini menentang Stoke City di Emirates Stadium pada perlawanan terakhir liga..

Lukasz Fabianski berada dalam keadaan 50-50 kerana mengalami kecederaan lutut sementara penjaga gol utama Manuel Almunia sudah pun terkeluar kerana kecederaan buku lali.. Dan kemungkinan Mannone bakal beraksi buat pertama kalinya..

Penjaga gol Itali ini yang berusia 21 tahun tidak pernah membuat kemunculan dalam kesebelasan utama di bawah bimbingan Wenger.. Dan hanya mempunyai pengalaman beraksi dalam liga hanya terdapat semasa beliau dipinjamkan ke Barnsley pada 2006 dan bermain sebanyak 4 kali..

Samir Nasri mengalami kecederaan lutut dan kemungkinan Wenger akan menyenaraikan pemain yang sama semasa seri dengan MU minggu lepas.. (Sudah semestinya Diaby tersenarai)

"Kita ada masalah dengan penjaga gol kita Lukasz Fabianski.. Yang mengalami kecederaan lutut".. Kata Wenger kepada Arsenal TV Online..

"Vito Mannone mungkin akan dipanggil.. Tapi kami masih mampu dapatkan Fabianski.. Dia berada dalam keadaan 50-50 buat masa ini"..

Nasri mengalami patella tendonitis dan terkeluar pada hujung minggu ini.. Selain dari mereka kesemua pemain yang beraksi menentang MU minggu lalu tidak mengalami sebarang kecederaan"..

Wow x sabar Atikah nak tengok Mannone main.. Lagipun ini ialah perlawanan terakhir liga.. Tidak kisahla sama ada kalah atau menang ianya x membawa maksud apa-apa.. Atikah rasa pada perlawanan ini kita patut bagi peluang pemain-pemain yang jarang beraksi bersama Arsenal sepanjang musim ini di beri peluang untuk menunjukkan sesuatu pada perlawanan ini.. Adakah anda setuju dengan pandangan Atikah ini??

Dalam berita lain Arsenal akan membuka sekolah bola sepak di Dubai.. Almaklumlah kita punya penaja rasmikan Fly Emirates yang berpengkalan di Dubai..

Dan Clichy yang pergi ke Dubai untuk menjayakan program di sana telah membuat satu press confrence di sana dan mengulas tentang spekulasi tentang Wenger..

Clichy menegaskan yang dia tidak mampu fikirkan tentang Arsenal jika tiadanya Wenger.. Dan Clichy juga backing rakan-rakannya tentang kekurangan menjulang piala..

Clichy menyatakan yang jika kami kekal bersama kami mampu memenangi banyak piala satu hari nanti..

Atikah hairan betullah dengan Clichy nie.. Injured pun boleh fly ke Dubai pulak.. Ish3.. Nampaknya Clichy telah memberi kita klu yang dia akan kekal di Arsenal lagi pada musim hadapan..

Okeylah Atikah dah sampai di England nie.. Nak pergi jumpa FA England kejap tentang kes my idol Atikah si Fabregas tu.. Adios..

Comments

  1. wa tgk air muka clichy ni wa tau mamat nih bukannya jenis gila duit mcm si bedebah sorang tu..clichy takkan ke mana2..loyal to the club..percayalah..

    ReplyDelete
  2. Laa.. baru nk bukak ke? Malaysia since 2005 lagi dh ade..
    http://www.arsenalschoolsmalaysia.com
    Aku kalau ada anak laki mmg aku akan register masuk punya arsenal schools malaysia. haha

    ReplyDelete
  3. nk tgk gak mannone ni beraksi, adakah dpt menjaga gawang dgn macho semacho mukanya atau ntah ke mannone mannone peginya..xpe teruk skalipun aku percaya ngan kewibawaan AW mengasah bakat anak buahnya..

    ReplyDelete
  4. arse nmbr 4.. untuk ladies pun bolehla.. dkt dubai lah.. kat sini atikah x tau pulak.. dari 8 hingga 18 tahun dan available untuk boy and ladies...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil