Skip to main content

Latest Transfer Rumours

Okey selepas spy2 Atikah hanya berjaya mendapatkan 2 cerita pagi tadi.. Petang tadi pula sampai naik pening kepala Atikah nak jawab telefon mereka dan balas mesej mereka.. Kerana akhirnya mereka berjaya menghidu begitu banyak transfer rumours petang tadi.. Jadi Atikah mulakan dulu dengan pemain ini:-

Martin Angha pemain pemain tengah bertahan berusia 15 tahun dari pasukan FC Zurich dikatakan hampir sampai untuk perjanjian membawanya ke Emirates Stadium..

Spy Atikah juga melaporkan dia ada melihat kelibat Martin Angha semasa kemenangan 4-1 Arsenal ke atas Stoke pada perlawanan terakhir liga..

Ish3.. Macam mana Atikah boleh x nampak dia?? Mungkin dia duduk dekat tempat fan Arsenal kut.. Atikah pulak duduk dekat fan Stoke.. Hahah.. Ye lah.. Atikah sokong Stoke kejap.. Sebab tempat duduk fan Arsenal penuh dengan banner.. Mana Atikah nak nampak game.. Tiket belakang tempat duduk pemain Arsenal pulak habis dah.. Ye lah hari tu Atikah dapat free sebab Atikah kapten skuad ladies Arsenal.. (Yang suka lari hahah).. Dah habis season x delah free dah.. Kene bayarlah pulak..

Sejujurnya Atikah x pernah tengok dia main.. X taulah dia hebat ke x??

Tapi apa yang pasti nampaknya rumours ini akan menjadi kenyataan.. Mengikut gerak hati Atikahlah.. Kalau ianya betul good luck untuk Martin Angha.. Jangan jadi macam si Denilson tu dahla..

Ini lagi satu pemain muda.. Baru berusia 18 tahun dan beraksi sebagai pemain bek kiri atau pun kanan.. Namanya ialah Nathaniel Clyne..

Pemain ini sedang bersama pasukan Crystal Palace dan telah membuat kemunculan bersama Crystal Palace sebanyak 28 kali dan sekali sebagai pemain simpanan..

Crystal Palace berniat untuk menyimpannya lebih lama.. Namun tawaran Arsenal yang dilaporkan spy Atikah lebih kurang 4 juta mungkin membuatkan Crystal Palace menukar fikiran mereka..

Atikah rasa dia seorang lagi Kieran Gibbs... Namun Gibbs lebih bagus.. Hehe.. Wenger sekarang ini banyak mencari pemain muda England.. Mungkin untuk persediaan peraturan 6+5 nanti.. Dan seorang lagi pemain muda berusia 16 tahun iaitu Luc Castaigones pemain penyerang kelahiran Belanda.. Kini berada di kelab Feyenoord..

Luc Castaigones dilaporkan pemain berbakat besar eropah.. Luc Castaigones menamatkan U-17 Championship sebagai penjaring terbanyak.. Ejennya mengakui menerima banyak tawaran.. Dan bersedia mempertimbangkannya.. Namun jika pasukan tersebut memberikan option untuk Luc Castaigones dipinjamkan ke Feyenoord itu akan menjadi pilihan.. Sebabnya cukup mudah kerana ibu bapanya mahu tinggal di Belanda..

Christian Gentner .. Pemain tengah VFL Wolfsburg berusia 23 tahun ini sedang diintai Arsenal, Aston Villa dan MU..

Bayaran perpindahannya dilaporkan lebih kurang 7.5 juta..

Kejayaan VFL Wolfsburg menjuarai liga dikatakan berpunca dari sentuhan kreatifnya di jentera tengah VFL Wolfsburg..

Mungkin dia bakal menjadi pertner Fabregas yang sesuai..

Namun untuk menewaskan MU dalam perebutan ini amatlah sukar.. Cuma kita berharaplah dia akan memilih Arsenal seperti mana Aaron Ramsey lakukan dulu..

Sejauh mana kesasihannya Atikah tidaklah berapa pasti.. Namun jika benar x sabar Atikah nak lihat keserasiannya mengemudi jentera tengah Arsenal bersama Fabregas..

Arsenal, Tottenham dan Liverpool telah menghantar wakil masing-masing untuk memantau prestasi pemain sayap AS Monaco iaitu Juan Pablo Pino.. Mengikut sumber Atikah di Perancis..

Pemain sayap berusia 22 tahun ini boleh meninggalkan AS Monaco jika ada kelab yang sudi membayar sebanyak 8.8 juta untuk mereka..Tapi ianya boleh ditawar lagi.. (Macam dekat pasar malam pulak)..

Atikah x tahulah dia hebat ke x.. Tapi mengikut spy Atikah yang melihat aksinya pada perlawanan menentang Bordeaux yang lalu.. Aksinya cukup memukau..


Atikah sejujurnya cukup mengagumi Marek Hamsik.. Dia boleh dikatakan punca Napoli meningkat naik musim ini.. Namun dalam fikiran Atikah x sekali pun terlintas nak melihat Hamsik menyarung jersi Arsenal..

Harga Hamsik dilaporkan mencecah 20 juta.. Di dalam kontraknya dia boleh meletakkan dirinya di dalam transfer list jika Napoli gagl bersaing dalam kejohanan Eropah.. Namun Arsenal perlu bersaing dengan Juventus untuk mendapatkan Hamsik..

Tapi adakah berpatutan nilai 20 juta untuk membeli Hamsik?? Mungkin berpatutan.. Namun buat masa ini ia tidak berpatutan untuk Arsenal memandangkan kita hanya ada dana 13 juta sahaja..

Robin Van Persie mengesahkan buat masa ini masih belum ada tawaran kontrak baru dari Arsenal untuknya.. Dia mengakui mahu bersama Arsenal.. Namun ianya bergantung sama ada mampu atau tidak Arsenal merealisasikan impiannya..

Sampai di sini sahaja berita yang Atikah dapat.. Selamat bergembira budak2 sekolah dekat Kedah, Kelantan dan Terengganu sempena cuti sekolah selama 2 minggu ini.. X sabar Atikah nak bercuti.. Adios!!

Comments

  1. painkillerz;
    aku masih menunggu player tahap 13juto yg masuk arsenal..sapa kah pak wenger nak bawak masuk

    ReplyDelete
  2. bawaklah marek hamsik.. die tu power gak.. x pun bawak masuk xavi.. lagi bagus.. lagi pun xavi punya free kick power.. lagi bagus dari van persie.. harga xavi pun mau 15 juta.. lebihla.. okey x anonymous??

    ReplyDelete
  3. bwk msk khalid jamlus lg bgus...
    murah lg t...hehehehehe

    ReplyDelete
  4. khalid jamlus selalu injured.. mmglah hebat.. sbb die boleh skor dari sudut mana pun.. tapi dia selalu injured.. dahla umur pun dah 30an.. x cukup stamina.. main dgn arsenal mesti ade kelajuaan.. kalau x, x payahla main dekat arsenal..

    ReplyDelete
  5. btul3x...
    buang duit jer bli player yg mcm t..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil