Kamilah Juara!! :- Ladies Arsenal

Jika pemain lelaki Arsenal gagal ke Final FA Cup tidak bagi juara bertahan FA Women Cup iaitu Ladies Arsenal.. Mereka melangkah ke Final FA Women Cup semalam.. Ladies Arsenal yang mencari piala kesepuluh FA Women Cup dan yang keempat berturut-turut berjaya melakukannya semalam..

Ladies Arsenal menang tipis 2-1 ke atas Ladies Sunderland.. Katie Chapman berjaya meledak selepas penjaga gol Ladies Sunderland gagal menangkap kemas sepakan padu Gemma Davison.. Kim Little berjaya menembusi gawang Ladies Sunderland melalui gerakan Counter- Attack.. Namun Kelly McDougall berjaya menjaringkan gol sagu hati.. Namun ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Ladies Arsenal..

Kemenangan ini bermakna Ladies Arsenal sudah berjaya mendapatkan 2 piala.. Satu lagi piala ialah FA Women's Premier League Cup.. Di mana piala ini dijulang pada 26 Februari yang lalu selepas membelasah Doncaster Rovers Belles 5-0.. 1 lagi piala yang belum dijulang Ladies Arsenal untuk melengkapkan kemenangan treble ialah FA Women's Premier League Champions..

Untuk menjulang piala ini Ladies Arsenal hendaklah menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Ladies Everton.. Kedua-dua pasukan ini berkongsi 58 mata hasil 21 perlawanan namun Ladies Everton kurang 1 perlawanan.. Jadi pada 10 Mei nanti Ladies Arsenal hendaklah menewaskan Ladies Everton dengan apa cara sekali pun untuk menjulang piala ini dan mahu melengkapkan kemenangan treble musim ini..

Atikah mewakili kesemua peminat Arsenal mengharapkan kejayaan pasukan Ladies Arsenal untuk melengkapkan kemenangan treble musim ini.. Good Luck Ladies Arsenal, Arsenal is The Best!!

Comments

  1. haa..team arsenal ladies ni je la korg ley bangga..team laki? SAMPAH!!! hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil