Happy Birthday Fabregas!!

Hari ini genap umur 22 tahun kapten Arsenal yang terhebat iaitu Fabregas.. Tanggal 4 May 1987 ialah tarikh hari lahirnya.. Dan ini adalah kali pertama Fabregas menyambut hari jadinya sebagai kapten Arsenal.. X sangka secepat ini hari lahirnya tiba setelah lama Atikah menanti.. Tapi sayang Atikah x boleh bagi hadiah dekat kapten Arsenal dan my idol ini.. Kan bagus kalau Atikah boleh pergi jumpa dia lepas tu bagi hadiah dekat dia.. Sudah pastinya ia akan menjadi hari yang paling indah dan kenangan yang terindah sepanjang hayat Atikah..

Okey cukup-cukuplah Atikah berangan.. Hari ini mungkin Fabregas tidak boleh berparti dan meraikan hari jadinya memandangkan kita ada tugasan penting bertemu MU dengan sasarannya ialah menewaskan MU dan melangkah ke Final Champions League musim ini.. Namun Atikah tahu siapa akan bagi hadiah dekat Fabregas hari ini.. Mereka ialah Ladies Arsenal yang akan bersaing dengan Ladies Sunderland untuk merebut piala FA Women CUP pada hari ini..

Kejayaan mereka mungkin boleh ditujukan sempena hari jadi kapten pasukan lelaki Arsenal iaitu Fabregas.. Apa lagi yang nak Atikah tulis ha.. Tulah sape suruh tulis artikel Fabregas semalam kan x pasal-pasal x de idea nak tulis ape dah.. Hmm.. Kejayaan Arsenal menewaskan MU pada hari rabu ini mungkin boleh dianggap hadiah kepada Fabregas.. Walaupun terlewat 2 hari namun apa salahnya.. Kita boleh ucapkan Happy Belated Birthday dekat Fabregas..

Dan Atikah harap ianya x seperti semasa kita menyambut birthday Fabianski yang lalu.. Atikah amat berharap perlawanan menentang MU nanti akan dimenangi Arsenal dan seterusnya melangkah ke final Champions League..

Dalam berita lain Wenger menyatakan akan mengunakan formasi 4-4-2 pada pertemuan menentang MU.. Namun ia bergantung kepada keadaan Van Persie.. Wenger juga yakin Silvestre bakal beraksi menentang bekas kelabnya itu..

Harap-harap Van Persie sembuh.. Kami merindui anda.. Kalau Arshavin boleh main x delah kami merindui sentuhan anda.. Tapi sayang UEFA x bagi main.. Benci UEFA!!! Benci anti Arsenal di UEFA iaitu Michael Platini!! Adios.... HAPPY BIRTHDAY FABREGAS YANG KE 22 TAHUN...

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil