Gosip musim perpindahan

Okey memandangkan musim 2008/2009 pun hampir sampai ke penghujung dan musim perpindahan menunggu.. Sudah semestinya berbagai-bagai gosip tentang musim perpindahan ini muncul.. Okey di sini Atikah nak kenalkan bukan 1 tapi 4 orang permain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates Stadium.. Mereka terdiri dari 2 pemain pertahanan dan 2 pemain penyerang..

Bruno Alves ialah pemain pertahanan kelab FC Porto.. Dilahirkan pada 27 November 1981 di Povoa de Varzim, Portugal..

Mungkin sesetengah fan Arsenal mengenali beliau.. X banyak sebenarnya mahu dikatakan Atikah tentang Bruno Alves..

Memandangkan Atikah tidak menyokong pasukan Portugal jadi Atikah x banyak tahu tentangnya.. Namun ramai yang mengatakan beliau merupakan pemain pertahanan yang bagus..

Beliau telah bermain sebanyak 216 kali dengan beberapa pasukan dan telah pun berjaya menjaringkan 17 gol..

Telah bermain sebanyak 12 kali dalam skuad kebangsaan Portugal dan telah menjaringkan 2 gol.. Tapi untuk mendapatkan khidmat Bruno Alves ini kita terpaksa bersaing dengan Barcalona dan Manchester City..

Adakah anda rasa beliau mampu untuk menjadi pemain terbaik Arsenal dan menjadi pertahanan kental untuk Arsenal musim hadapan..

Entahla Atikah pun x tahulah.. Kalau anda mahu mengenali tentang Bruno Alves dengan lebih lanjut sila klik sini..

Gary Cahill pemain pertahanan Bolton.. Dilahirkan pada 19 Disember 1985 di Sheffield, South Yorkshire, England.. Sudah pun bermain sebanyak 115 perlawanan dan telah menjaringkan 7 gol..

Masih muda!! Adakah Wenger akan membeli pemain ini?? Di laporkan 6 million mampu untuk kita mendapatkan khidmatnya namun Wenger telah membida sebanyak 10 million!!

Pengurus Bolton nampaknya agak takut kehilangannya dan telah meletakkan harga sebanyak 20 million untuk Gary Cahill!! Wow, itu cukup mahal!! Tapi adakah Wenger akan terus berusaha mendapatkan tandatangannya??

Fabio Capello juga sedang menilai prestasi semasa Gary Cahill untuk diserapkan ke dalam skuad England.. Atikah sejujurnya x pernah melihatnya beraksi.. Jadi Atikah x tahula dia nie hebat ke x.. Jadi butiran lanjut tentang biodata Gary Cahill klik sini..

Di sini pula senarai penyerang yang sedang diintai Wenger.. Dilaporkan Wenger bersedia untuk menjual Adebayor yang agak mengecewakan musim ini.. Ada 2 pemain penyerang yang x kurang handalnya dan pantas.. Namun cuma satu sahaja masalahnya.. Wang!! Pasukan mereka tidak mahu menjual pemain mereka ini dengan harga yang murah..

Roque Santa Cruz dilahirkan pada 16 Ogos 1981 di Asuncion, Paraguay.. Santa Cruz agak merudum prestasinya musim ini..

Bermain sebanyak 235 perlawanan dan telah menjaringkan 67 gol.. Santa Cruz yang pernah ditawarkan peluang menyertai Manchester City namun ditolak oleh Blackburn..

Liverpool juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Santa Cruz untuk mengantikan tempat Keane yang kembali ke Totenham musim sejuk lalu..

Blackburn dikatakan meletakkan harga sebanyak 18 million ke atas Santa Cruz.. Harganya itu mungkin membuatkan Wenger perlu memecahkan rekod perpindahan pemain Arsenal sekali lagi..

Anda rasa perlukah kita membeli Santa Cruz?? Jika perlu tapi adakah Wenger bersedia membayar lebih dari 18 million kepada Blackburn??

Rakan sepasukan Arshavin di Zenit ST Petersburg.. Pavel Progrebnyak.. Dilahirkan di Moscow, Rusia pada 8 November 1983..

Sudah bermain sebanyak 170 perlawanan dan telah menjaringkan 61 gol.. Not bad jumlah gol dijaringkannya.. Jika Progrebnyak menyertai Arsenal ini bermaksud Arshavin mampu berkerjasama dengan Progrenbnyak dan menjadi senjata utama kita musim hadapan..

Namun dilaporkan Zenit masih belum tertarik dengan segala tawaran yang di bida Arsenal.. Jika harga Arshavin 16.5 million berapa pula harga Progrebnyak??

Namun Atikah yakin jika Progrebnyak menyertai Arsenal.. Arshavin dan Progrebnyak mampu bekerja bersama dan sudah mengetahui corak permainan masing - masing.. Dan perkara ini mungkin membolehkan gandingan mereka berdua bersama Van Persie akan menjadi jentera serangan paling berbahaya di EPL..

Okey sampai disini sahaja gosip transfer yang berjaya dihidu dan dicilok Atikah.. Jika ada sebarang pertanyaan, komen dan gosip yang berjaya anda hidu yang dikaitkan akan menandatangani kontrak bersama Arsenal yang Atikah terlepas pandang dipersilakan menghantar komen anda.. Kerjasama anda amat dihargai.. Adios..

Comments

  1. xpyh la beli player. baik upgrade jer team pompuan arsenal.konfem bley jd world champions mcm man utd.

    ReplyDelete
  2. Bagi aku Lescott adalah calon terbaik utk defender. Manakala Inler dan Milo adalah calon terbaik utk defensive midfielder. Santa Cruz aku setuju coz dia dah adapt dgn English football.

    ReplyDelete
  3. Menyemak jer budak tak matang nie. Aku rasa ko nie ada masalah mental. Tak reti bahasa ke apa. Boleh ko amik nickname aku utk lunaskan agenda ko kat sini. Patutlah ramai org tak suka ko nie. Perangai mcm purba.

    ReplyDelete
  4. erm...pape pn n sespe pn yg msk hrp dpt mmbwa perubahan kt team arsenal msim dpn..

    utk semutipoh sbr laa yee..
    lom bli g ko dh goyang..ko tggu je laa msim dpn...nk tgk ko wjud g ke x time 2...ko tggu..

    ReplyDelete
  5. Selain dari Lescott, Zapata (Udinese) adalah top stopper yg AW kena beli.

    ReplyDelete
  6. aku setuju ngan bruno alves n pemain dr rusia tu. susah lah nk eja name die.....

    ReplyDelete
  7. Salam... boleh tak aku menyampuk kat sini... hehehe... cite pasal gosip... nie ade gosip yang aku terima dari member aku kat ashburton grove :

    IN
    Hangeland - 10m
    Barry - 12m
    Veloso - 15m
    Yaya Toure - unknown
    OUT
    Adebayor - Inter (28m)
    Silvestre - Free
    Vela (loan to Everton)

    nie jugak info yang dia bagi berkaitan MU

    IN
    Ribery - 28m
    Mario Gomez - 20m
    OUT
    Hargreaves - Villa (8m)
    Berbatov - Inter (22m)
    Tevez - Liverpool (25m)

    ini pulak untuk liverpool

    IN
    Valencia - 10m
    D. Silva - 25m
    Tevez - 25m
    Glen Johnson - 8m
    OUT
    babel - unknown
    Lukas - unknown

    ini adalah info yang aku dapat terus dari ashburton grove... tapi ini hanyalah rumours sejauh mana kebenaran nya kita tunggu ajelah transfer window open this summer...

    For arsenal fan ini ayat yang telah di keluarkan oleh RVP... "I hope all player this season will stick together and play with me next season to bring a cup for our beloved gooner"
    So kepada semua Gooner "KEEP YOUR HEAD UP AND STICK TOGETHER".... hehehe... bro Taik Lalat pinjam ko punyer signature kejap....

    ReplyDelete
  8. No hal bro. As long as signature boleh memperkukuhkan gooners semua, dipersilakan... Hehehehe

    Pasal transfer rumours tu, aku nak komen gak...

    IN
    Hangeland - 10m (mamat nie masa jumpa gunners jer dia main power, aku still prefer lescott or zapata. bolton plak tgh main harga utk cahill... huhuhu)
    Barry - 12m (tak sesuai, baik beli inler or milo)
    Veloso - 15m (nie sesuai bangettttt)
    Yaya Toure - unknown (versatile, mcm abg dia gak...hehe)
    OUT
    Adebayor - Inter - 28m (baik jual kat ancelotti, dia nak 30m)
    Silvestre - Free (adios... amigos)
    Vela - Loan to Everton (oh please, kena loan lagi. settle down dah ler)

    ReplyDelete
  9. fuhhh...
    1 g utk m.u ronaldo-real...(hahahaa)
    D.silva ke lvpool!!!..aduh msk arsenal laaa..

    ReplyDelete
  10. Ronaldiver kalau gi RM next season sure fans poyo cari jalan menuju ke parit, longkang atau loji kumbahan. Tanda-tanda di nak berambus tu ada dah, nasib baik jer stat boot tak lekat kat kening mcm beckham dulu.

    Aku gak nak tgk betol tak tanpa dia manure boleh success. Football is not an individual eh..., football is a teamwork eh... Kita tgk nanti gooney dan mamat korea tak mandi tu terkial-kial cari gol... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. hehehe... aku pun setuju ngan ko berkaitan ngan si Hangland dan Barry tu... rasa aku timbul cite pasal si hangeland nie sebab dia adalah second choice setelah si cahill telah bermain harga ngan gunners pasal si Lescott pulak si mak siti dah offer Everton 22m.

    Ini info terbaru dari agen aku kat ashburton grove tu...

    Inler - 17m
    Zapata - 15m
    Albiol - 10m
    Serdar Tasci - 10m

    hehehe... banyak betul gosip nie kan... tapi selama aku mengenali agen nie kebanyakan info dia betul...

    ReplyDelete
  12. 2 sme gsip ngn arsenal ke???

    ReplyDelete
  13. Inler - 17m
    Zapata - 15m
    Albiol - 10m
    Serdar Tasci - 10m

    Kalau betol harga Inler dan Zapata mcm tu, kita worth it lah kan. Memang mantop defend dan midfield gunners next season. Albiol dulu 5m jer, mak eh dua kali ganda dah skrg nie. Tasci tu kalau dapat Zapata or Lescott, tak payah beli pun takpe... Hehehe

    ReplyDelete
  14. Yer...cesc tu gosip ngan arsenal... pasal Ronaldog pulak akan jadi sejarah perpindahan dunia kerana harga telah di keluarkan cuma menunggu kebenaran dari presiden Real yang baru aje untuk meluluskan nya... harga adalah sebanyak 138juta US dollar... korang covert ler sendiri ke british pound...

    Seperti fan arsenal yang lain aku pun harap2 si ronaldog nie betul2 tinggalkan MU... baru diorang tahu rasa nyer macam kita rasa masa our king14 pindah dulu...meroyan ler fan2 setan pasni...hehehe

    ReplyDelete
  15. albiol??? bukan benitez nkkan die ke?? atikahlah org pertama akan srnk kalau ronaldo tu blah dari mu.. biar pada ngan muka peminat mu tu..

    ReplyDelete
  16. Al biol tu kalau abg benny nak, amik lerrrr. Priority kat Zapata or Lescott please.

    ReplyDelete
  17. ermmm..die org ni pwer ker???
    yg aku knl albiol ni jer...hehee
    kl0 ronaldo jd pndh aku wt kndri t...hahaaa
    tp xbez kl0 die pndh..xpt tgk mko ehh ngih msim dpn bla arsenal mng...hahaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil