Fran Merida klon Ces Fabregas??

Nama penuh Fran Merida ialah Fran Merida Perez.. Dilahirkan pada 4 March 1990 di Barcelona, Catalonia, Spain.. Merupakan pemain tengah.. Sebelum menyertai Arsenal, Merida berasal dari kelab remaja Barcelona.. Merida dikatakan mempunyai bakat dan skill yang sama seperti Fabregas..

Merida menyertai skuad remaja Barcelona pada usianya baru sahaja 8 tahun.. Tapi meninggalkan kelab pada September 2005 dan dikatakan disorok oleh ejennya, Joseba Diaz memulakan spekulasi dengan akan meninggalkan Spain untuk ke England selepas Fabregas menyertai Arsenal..

Iba bapa Fran Merida tidak senang dengan Merida menyertai Barcelona dan merasakan Merida mampu mendapat peluang yang lebih di tempat lain.. Kemudiannya mereka melantik Joseba Diaz sebagai ejen Merida dan merupakan ejen Fabregas juga.. Dan beliau berjaya menarik minat Real Madrid, AC Milan dan Arsenal.. Barcelona mulai takut kehilangan Merida ke Arsenal tanpa sebarang pampasan selepas Merida tidak mahu menandatangani kontrak bersama mereka..

Pada 9 Oktober 2007, Merida diperintahkan mahkamah untuk membayar 3.2 million kepada Barcelona.. Di atas pampasan kerana gagal menemui perjanjian untuk personal pre contract dengan Barcelona..

Keputusan tersebut merupakan serius kepada kelab England yang boleh menandatangani kontrak semasa umurnya 17 tahun berbanding Spain 18 tahun.. Peguam Madrid, Rodrigo Garcia berkata, "Pasukan England sekarang ini akan berfikir dahulu sebelum menandatangani kontrak dengan pemain Sepanyol.. Ia merupakan peraturan yang penting"..

Beliau menandatangani profesional kontrak bersama Arsenal selepas hari jadi ke - 17 nya.. Pernah dipinjamkan ke Real Sociedad pada 27 Disember 2007.. Namun Merida pernah berkata yang dia dan Fabregas mempunyai keistimewaan yang tersendiri..

Dan dia mahu menjadi dirinya sendiri tanpa dibandingkan dengan Fabregas.. Atikah nampak seorang lagi calon yang mampu mengantikan Fabregas.. Ianya ialah Aaron Ramsey.. Okey, adakah cukup penerangan yang Atikah bagi dekat anda?? Kalau masih x faham dipersilakan tanya Atikah.. Adios...

Comments

  1. emm kalu tgk hensem mcni confirm bleh ganti fab4..prnah gak tgk merida ni men ms carling lwn wigan,trow passnya bagus gak..bleh kot nk ganti fab4 tp skg nanti dlu lah sbb aaron ramsey tgh cucuk blkg..fab4 pun masih kacak lg..

    ReplyDelete
  2. aku tak suka la mat2 spain main ngan arsenal..
    kalu bleh.. aku nak suh wenga ambik geng2 afrika/france/mana2 player muslim ja main ngan arsenal..aku da cakap kat dia ari tu.. kat afrika byk bakat2 baru dok ada..tp dia ego..dok nampak spain jugak!!! ehh.. arghh.. betul la tu aku cakap... sok aku nak ajak dia g ronda2 kot afrika naik gerek.. kita gelapkan semua player arsenal..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. hah ah, besi_achabing..depa mmg dah gelap dan kelampun.. hat ni duk cangok hat ni duk nganga tgu season dpn jelah, season ni dah takdak pa.. apapun arsenal ttp baguih dan terbaik..

    ReplyDelete
  4. Korang nie... Kena bersedia dengan syarat baru UEFA 6+5. AW dah pun select player England lebih awal in case kalau syarat 6+5 nie digunapakai. Sebab tu kalau korang perasaan AW cuba ketengahkan Gibbs, Wilshere dan Jay Thomas. Simpson dan Hoyte tgh loan, performance diorg pun kat West Brom dan Watford not bad at all.

    Players Spain ternyata bagus. World ranking pun no 1. Hehehe

    ReplyDelete
  5. aku mmg x suka mat2 spain main ngan arsenal...
    x suka..x suka..x suka..bkn pasai racist..tp mmg aku x suka spainnnnnnnnnnnnnn!!!!!
    FRANCE ok...hahahahahahaha
    ataupun TURKI...
    aku cadangkan al-tintop 2 bradik tuh!! x pa.. mlm ni aku slow talk ngan asan wenga....

    ReplyDelete
  6. last game ni..harp2 fran merida trun...
    t'msk pemain muda yg lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil