22 May 2009

Fabregas terlepas dari sebarang denda!!

Disebabkan FA England masih belum mahu membuat sebarang kenyataan rasmi tentang kes Fabregas itu Atikah pun mulalah menghubungi spy2 Atikah yang berpengkalan di England untuk menanyakan tentang berita terbaru tentang kes Fabregas meludah penolong jurulatih Hull City..

Dakwaan Hull City tidak mempunyai bukti yang kukuh dan ini membuatkan Fabregas terlepas dari sebarang denda.. Ini sememangnya sudah dijangka peminat Arsenal terutama sekali peminat Fabregas.. Ramai yang menganggap Phil Brown hanya mahu menarik perhatian FA England selepas kekalahan dramatik mereka dalam suku akhir piala FA..

Sebenarnya official statement ini hanya akan dibuat selepas perlawanan Hull City menentang MU.. Namun spy2 Atikah bijak menghidunya.. So ini bermakna betullah tanggapan ramai fan Arsenal yang Brown hanya cari publicity.. Al maklumlah tahun depan kemungkinan dia akan tengok Hull City main dalam Liga Kejuaraan..

Dalam berita lain Wenger dilaporkan bersedia memancing pemain pertahanan Fulham Brede Hangeland dengan yuran perpindahan 15 million..

Ini bermaksud Wenger mahu melihat adakah board Arsenal bersedia memberikannya dana tersebut.. Jika board Arsenal membenarkannya ini bermaksud board Arsenal serius untuk melihat Arsenal memenangi sesuatu musim hadapan..

Apa-apa pun Atikah rasa mungkin board Arsenal akan menyediakan wang perpindahan tersebut.. Jika tidak sudah semestinya spekulasi masa depan Adebayor semakin hangat di perkatakan fan Arsenal..

Dan jika Adebayor dijual kita mampu untuk membeli Hangeland.. Namun sanggupkah Wenger menjual Adebayor untuk mendapatkab khidmat Hangeland??

Dulu Atikah pernah mengatakan yang Hangeland tidak mahu berhijrah.. Namun kini dia mengatakan dia akan meninggalkan Fulham jika Arsenal berjaya mencapai kata persetujuan dengan Fulham.. Dan dilaporkan juga 15 millon cukup untuk membuatkan Fulham menerima tawaran tersebut..

Sekarang nie Atikah nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan Youth Arsenal dalam perlawanan akhir FA Youth Cup bertemu Youth Liverpool hari ini.. Youth Arsenal kali terakhir menjulang piala ini ialah pada 2001 selepas menumpaskan Blackburn Rovers 6-3 secara agregat..

Perlawanan first leg akan berlangsung pada hari ini di Emirates Stadium sementara second leg pula akan berlangsung di Anfield pada 26 May ini.. Good Luck Youth Arsenal!!

7 comments:

  1. 15m pound untuk player mcm tu? Aku rasa tak berbaloi lansung dan aku rasa Wenger pn takkan beli la. Nak beli Arshavin yg bertaraf world class 15m pn susah gile. Ni kan plak player mcm tu. Aku yakin tu semua hanya rumours je.

    ReplyDelete
  2. Memang rumours jer no.4... tapi mungkin jadi kenyataan kerana selepas Boltan bermain harga untuk pembelian Cahill dlm belasan million jugak maka agen arsenal beralih kepada pemain fulham ni.... tapi aku setuju gak dgn kau kalau 15m adalah sesuatu yang mustahill kerana apa yang aku tahu offer untuk cahill cuma 4.5m ini info yang aku dapat lerrr...

    ReplyDelete
  3. peerrh jauhnye 15m ngan 4.5m..aku wase hangeland ngan gary cahill lbih krg je,confirmla x belinya, nk compare arsha ngan hangeland x dpt de harga cantu..kalu AW beli gak mmg sah ajaib bai..

    ReplyDelete
  4. betul tu onars... kalau setakat 15m untuk beli DF dari BPL team yang macam nie, aku rasa baik beli DF dari Torino ker, udinese ker, atletico madrid ker, sevilla ker tak pun Vfb stuttgart lagi berbaloi mesti dalam 7 - 8m jer... hehehe... ni pendapat aku jer...

    ReplyDelete
  5. mmg betul zb_bro..pd aku sbnrnya taraf plyr BPL ngan League2 lain yg diiktiraf ni lbih krg je, yg mjadikan plyr BPL ni mahal sbb BPL ni tahap promosinya tinggi jika dibandingkan ngan seria A, ligue 1, bundesliga, LA Liga dsb..padahal sama je lebih2 lg defend kdg2 lbih bagus dr yg ada kat BPL..ntah2 serdar tasci tu lg bagus drpd hangeland atau cahill, silap2 christian zapata tu lg hebat drpd ivanovic atau evra..

    ReplyDelete
  6. arsenal menang FA Youth Cup 4-1

    ReplyDelete
  7. kire dah menang dah.. liv bukannye hebat sangat, x leynye nak score 3 gol...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan