Fabregas sees bright future

Cesc Fabregas percaya pasukan muda Arsenal mampu untuk membawa pulang piala di Emirates Stadium..

The Gunners bakal mengakhiri 4 musim tanpa sebarang piala selepas dikecewakan Chelsea dan MU di peringkat separuh akhir FA Cup dan Champions League..

Buat pertama kali dalam region, Arsene Wenger menyedari polisi dan taktiknya dipersoalkan, dan beberapa peminat sudah mula kecewa..

Dengan hanya baru berusia 22 tahun, Fabregas dilihat sebagai leader terbaru Arsenal, dengan tangungjawabnya sebagai kapten telah meletakkan tanggungjawab besar untuk digalas di bahu Fabregas..

Walau bagaimana pun, Fabregas yakin beliau mampu untuk menunaikan harapan yang diletakkan kepada beliau dan Fabregas telah pun mempertahankan Wenger dan rakan sepasukannya untuk menamatkan kemarau trofi secepat yang mungkin..

"Ia merupakan musim yang agak sukar.. Dengan skuad yang masih muda kami telah melakukannya dengan baik".. Fabregas berkata pada Evening Standart..

"Ia sukar, tapi anda perlu bangun dan melihat ke depan.. Jika kami teruskan perjuangan dan mempertahankan pasukan ini untuk bersama lagi, saya yakin kami mampu menjawab segala kritikan pada masa depan"..

Sementara itu Fabregas yakin Arsenal sudah pun ada potensi untuk memenangi kejuaraan, walaupun masih kekurangan pengalaman untuk memastikan perkara asasnya iaitu dengan beraksi dengan konsisten..

Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia memahami pentegkaran ini dan beliau merasakan Wenger mesti mencari muka baru pada musim panas ini untuk menyelesaikan masalah..

"Kelab Arsenal merupakan kelab yang bagus, pasukan yang bagus tapi peminat mengharapkan lebih dari kami dan siapa tahu kami perlukan perubahan pada musim panas ini," Almunia berkata..

"Tapi tanggungjawab ini ialah kepada boss, yang tahu apa yang pasukan ini perlukan dan apa tindakan yang perlu diambil"..

Okey tentang penerangan dari Fabregas dan Almunia.. Atikah percaya kedua-dua pemain ini akan kekal untuk musim depan.. Terutama sekali Fabregas.. Kita perlu ingat Fabregas pernah mengatakan beliau bangga menjadi kapten Arsenal.. Dan kita perlu lupakan segala apa yang dikatakan akhbar.. Kita perlu ingat akhbar agak jelous dengan Arsenal.. Macam-macam yang mereka kata walaupun bukan itu yang dikatakan pemain Arsenal..

Kita perlu percaya dengan setiap pemain dalam pasukan Arsenal dan Wenger.. Dapatkan kembali kepercayaan anda terhadap Arsenal.. Kita perlu ingat pemain dan pengurus Arsenal perlukan sokongan dan kepercayaan kita.. Biarlah sesiapa pun nak mengutuk Arsenal.. Dan cakap peminat Arsenal terlalu mudah diperbodohkan Arsenal.. Biarkan mereka semua tu jelous je.. Sebab peminat Arsenal terlalu hebat dan meletakkan kepercayaan 200% kepada pemain dan kita terus sahaja bersama Arsenal disaat kita dikemuncak mahu pun semasa kita tertewas..

Ingat setiap pasukan mempunyai zaman kegemilangannya sendiri.. Dalam tempoh 4 musim ini Arsenal agak mengecewakan.. Tetapi tidak kepada MU dan Chelsea yang jelas bagus sepanjang musim itu.. Kita perlu kekal positif.. Siapa tahu yang musim hadapan ialah musim Arsenal?? Seperti yang Atikah selalu cakap biarlah masa, pemain Arsenal dan Wenger yang menjawabnya.. Kita sebagai peminat hanya perlu terus percaya kepada Arsenal dan teruskan sokongan yang tidak berbelah bagi.. Adios.. GO GUNNERS!!

Comments

  1. kpd ikah, i luv u lah..biar jatuh atau bangun arsenal, aku tetap menyokongnya walau apapun berlaku..

    ReplyDelete
  2. haha.. onars2.. atikah bangga sbb onars sanggup berjanji mcm nie dkt atikah..

    ReplyDelete
  3. krn itu adlh kenyataannya ikah.. kita marah bila mrk melakukan kesilapan, kita sedih bila mrk cedera, kita kecewa bila mrk kalah.. tp utk putus asa dan tawar hati itu tidak mungkin terjadi.. krn ketika mrk membuatkan kita kecewa, mrk sebenarnya tlh byk memberikan kegembiraan kpd kita..itulah hakikatnya..i luv d gunners..n ikah..

    ReplyDelete
  4. sudahlah tu onars.. nnt achabing marah.. hahah.. ya betul ape yang dikatakan onars tu..

    ReplyDelete
  5. x bleh ke ikah.. em xpelah x ckp lg.. sori la achabing..

    ReplyDelete
  6. i nak letak mana atikah?hehehe.....

    walau apapun yg terjadi pada arsenal, aku tetap setia dan tidak akan menanggalkan stiker Arsenal pada kereta aku...VIVA ARSENAL....CUBA LAGI MUSIM DEPAN!!!!

    ReplyDelete
  7. bolehla onars.. atikah gurau je.. hahah.. bagus tu idhassano..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil