Fabregas Is The Best Captain In The World!!!


Okey disebabkan Atikah merupakan peminat fanatik Fabregas.. Terbit rasa mahu menulis artikel ini yang ditujukan khas untuk Fabregas..






















Francesc Fabregas Soler dilahirkan di Arenys de Mars, Sepanyol pada 4 May 1987.. Kelab bola sepak yang berdekatan tempat kelahirannya ialah kelab remajanya iaitu Barcalona.. Pada tahun 2003 Wenger membawanya dari Barcalona ke Arsenal pada usia 16 tahun.. Membuat penampilan pertamanya dalam liga sebagai kesebelasan utama pada umurnya baru sahaja berusia 16 tahun 177 hari!! Dan menjadi pemain termuda yang beraksi dalam kesebelasan utama..

Selepas 35 hari membuat kemunculannya dia menjaringkan gol pertamanya dan menjadi sejarah pemain Arsenal termuda yang menjaringkan gol.. Dia mula bermain dengan lebih kerap pada musim 2004/2005 untuk mengantikan Patrick Viera yang mengalami kecederaan.. Dan mula menjadi pemain tetap selepas Viera berhijrah..

Memakai jersi bernombor 4 setelah sekian lama memakai jersi bernombor 15.. Perginya Viera membuka ruang untuk Fabregas menyarung jersi bernombor 4 itu.. Fabregas memilih jersi bernombor 4 itu kerana mengikut nombor jersi yang dipakai idolanya iaitu Josep Guardiola.. Fabregas menjadi kapten termuda Arsenal selepas Tony Adams apabila dia diberi peranan sebagai kapten pada November 2008 selepas Wenger melucutkan Gallas dari jawatan tersebut..

Adakah anda rasa Fabregas mampu menjadi kapten terbaik Arsenal, lebih hebat dari Henry, Adams dan yang lain yang pernah menjawat jawatan ini?? Dan mampukah dia menjadi kapten Sepanyol suatu hari nanti dan menjadi kapten terbaik di dunia?? Atikah yakin dia mampu!! Dengan syaratnya dia terus setia bersama Arsenal.. Dan Atikah juga yakin dia juga ada formula untuk membawa Arsenal menjulang sesuatu musim ini..

Apa yang boleh anda katakan lagi tentang kewibawaan, skill dan peranannya kepada Arsenal selama ini?? Semuanya telah diberikannya.. Kecuali piala.. Namun Atikah yakin selewat-lewatnya kita akan melihat Fabregas menjulang piala dan pemain terbaik dunia bersama Arsenal tahun depan..

Atikah teringin sangat nak lihat Fabregas dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.. Fabregas jauh lebih hebat dari si pelakon Ronaldo dan mampu menewaskan Messi..

Tapi entahla bilalah Fabregas akan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.. Namun Atikah x nak lihat dia menjadi pemain terbaik dunia semasa beraksi bersama pasukan lain.. Dan Atikah juga x nak lihat dia menyarung jersi pasukan lain selain Arsenal.. Kerana Atikah yakin dia akan merana dan kariernya akan musnah jika meniggalkan Arsenal..

Anda juga boleh melihat impak ketiadaanya selepas mengalami kecederaan ligamen lutut pada musim ini dengan prestasi Arsenal sedikit terjejas.. Sekembalinya beliau dari kecederaan tersebut.. Fabregas terus memberi impak yang besar dengan menjadi watak penting di dalam kemenangan ke atas Manchester City di Emirates Stadium yang lalu....

Itulah sebabnya Atikah takut untuk melihat Arsenal kehilangan khidmatnya buat selama-lamanya.. Fabregas bagaikan jantung Arsenal.. Hilangnya jantung ini matilah Arsenal.. Fabregas juga bagaikan kunci kejayaan yang selama ini dicari Arsenal.. Hilangnya kunci ini susahla untuk kita mencari ganti..

Fuh emosi gila Atikah.. Hehe.. Sori ye kalau sape yang rasa Atikah terlebih-lebih pulak.. Tapi inilah perasaan Atikah apabila terdapat ura-ura Fabregas akan meninggalkan Arsenal.. Dan Atikah juga akan bersumpah x akan meminati dan menyokongnya jika dia meninggalkan Arsenal sebelum kontraknya tamat pada musim 2014 nanti.. Dan Atikah juga kalau boleh nak bakar gambar dia di depan dia jika dia tinggalkan Arsenal..

Tapi Atikah langsung x nak dia hanya duduk dekat Arsenal sehingga 2014 je.. Kalau boleh Atikah nak tengok Fabregas bermain untuk Arsenal sehingga ke panghujung kariernya.. Dan mengantung bootnya di Arsenal.. Maksudnya Arsenal ialah kelab keduanya dan terakhirnya.. Amin.. Harap-harap ini akan menjadi kenyataan.. Siapa nak komen dipersilakan.. You're the best captain in the world Fabregas..

Comments

  1. fab4 pernah ckp yg dia xkan tinggalkan emirates selagi AW menjadi pengurusnya sehingga mletakkan syarat agar AW yg mjadi pengurusnya walau ke club manapun dia akan pergi.. jd tiada keraguan di sini jika betul apa yg dikatakannya.. aku x berani nk ckp fab4 akn kekal bsara di emirates sbb dah ramai player terhebat arsenal berhijrah ke sana sini walaupun khidmat mereka masih ditagih dan masih terlalu awal utk menilai kesetiaan fab4 sperti setianya dennis bergkamp.. apapun utk jangka waktu ni hrpnya fab4 setia bsama gunners krn tanpanya jentera gunners agak pincang..

    ReplyDelete
  2. xperlu digusar kan lg seperti pak gusar idung merah bahawasanya Captain Cesc Sparrowgas adalah antara kapten terbaik diklgan yg terbaik..btolka ayat aku ni..silap nahunya mintak maap la...skill, gameplay, leadership, determination cukup lengkap utk menjadi nakhoda di tgh pdg...diperlengkapkan lagi dgn anak2 kapal yg berbeza pangkat utk meneruskan pelayaran di gelora kehangatan bola sepak..jika dia mengetuai The Gunners menjuarai UCL tahun ni, terbukti dia memang terbaik..wa cayalah samalu Fab4...ok..daa

    ReplyDelete
  3. In Wenger We Trust...

    Tak sia-sia AW amik FAb4 kat Barcelona dulu. Terbukit bakat dia selaku attacking midfielder dan skipper terbaik di EPL. Seorang lagi young guns dari Spain yg akan mengikut jejak Fab4, kita tunggu kelibat Fran Merida tak lama lagi...

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  4. x sabar nk tgk merida main.. fabregas bukan stakat atacking midfielder je.. dia pun boleh jadi defensive midfielder gak..

    ReplyDelete
  5. Hehe... Arsenal dah ada 2 org DM yg berbakat besar dah muda, Denilson dan Song. Tetapi mengikut prestasi terkini, Song adalah yg terbaik kalau nak dibandingkan dgn Deni. Ball winner amat penting selaku DM dan Song ada kepakaran itu.

    Kebanyakkan players gunners versatile, boleh main banyak position.

    AW akan menggunakan formation 4-4-2 utk return leg pagi rabu nanti. Format yg sama sewaktu gunners mengalahkan mu dlm domestic league di Emirates.

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  6. yeah betul tu.. tapi ianya bergantung berapa bnyk penyerang yang kita ada.. dan keadaan semasa van persie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil