Cesc: Kami cuba merosakkan parti MU!!

Cesc Fabregas berjanji Arsenal akan melakukan segalanya dengan kuasa mereka untuk menewaskan MU.. Dan melewatkan pertabalan mereka sebagai Juara EPL..

Tapi dia terima walaupun kejayaan di Old Tradford tidak dapat menutup kekecewaan mereka setelah gagal untuk memenangi sebarang piala dalam 4 musim berturut-turut..

United hanya perlukan 1 mata sahaja hari ini untuk dinobatkan sebagai Juara EPL buat kali ketiga berturut-turut..

Dan kapten Arsenal Fabregas mengakui, "Ia agak sukar untuk melengahkan mereka bertepuk tangan sebagai juara selepas perlawanan tapi kami akan cuba untuk melengahkannya untuk seminggu lagi"..

"Tapi jika kami perlukannya, kami akan lakukannya.. Kami perlu jadi lelaki tentang pekara ini dan MU berhak untuk menjadi juara"..

"Perlawanan ini merupakan satu lagi peluang untuk Arsenal untuk menunjukkan apa yang kami boleh lakukan sebelum berakhirnya musim ini"..

Fabregas, 22, masih lagi bijak selepas mengalami kekalahan menyakitkan kepada MU dan Chelsea..

Beliau mengakui, "Ia tidak menjadi minggu yang baik untuk Arsenal"..

"Tapi sekali lagi ia merupakan bulan yang amat mengecewakan"..

"Semuanya mula menjadi tidak kena bermula pada kekalahan Semi Final FA Cup.. Kami berada di prestasi terbaik sehinggalah sewaktu itu"..

"Tapi kami mula merudum dan kami beraksi di tahap yang tiada siapa jangkakan"..

"Kami mahu memenangi trofi.. Kami tidak mahu menjadi pasukan yang main bagus tapi tidak menang apa-apa"..

"Musim kami sudah berakhir.. Dan sekali lagi kami tiada perlawanan untuk perebutan kejuaraan.. Cuma hanya maruah kami dan penyokong kami"..

"Sudah semestinya ia merupakan musim yang amat mengecewakan buat Arsenal"..

"Mana-mana musim yang anda tidak memenangi apa-apa.. Ia sukar untuk di terima dan kami sudah 4 musim tanpa sebarang trofi.. Ia cukup menyukarkan untuk pasukan seperti Arsenal dan setiap pemain merasai tanggungjawabnya"..

"Kami mempunyai kerja yang besar yang perlu dilakukan.. Dan kami tidak melakukannya dengan baik"..

"Kami merasai yang kami mampu untuk melakukan lebih baik.. Dan mungkin sesuatu perlu berubah untuk kami memenangi sesuatu kembali"..

"Dari kaca mata bola sepak, kami berada di tahap sama seperti kelab yang lain di dunia"..

"Tapi sekarang kami perlu kompetitif seperti mereka dan berjuang untuk kejayaan"..

Walaupun masih lagi kecewa dengan hanya mampu berada di tangga keempat liga dan beraksi di peringkat separuh akhir FA Cup dan UCL, Fabregas masih lagi kommited dengan Arsenal..

Bintang Sepanyol ini yang sudah berada bersama Arsenal selama 5 tahun dan masih mempunyai baki kontrak yang panjang dia berkata, "Saya tidak akan menjadi sungguh kommited dengan kelab jika saya tidak percaya kami akan memenangi sebarang piala"..

"Untuk 4 musim panas yang lepas ramai yang berkata yang "Oh, Cesc awak akan pergi sekarang.. Tapi saya masih di sini dan saya akan terus berada di sini musim depan"..

"Ia menjadi lebih mengecewakan setiap tahun tanpa sebarang trofi.. Semua pemain mahu menang.. Tapi saya ulang sekali lagi yang saya amat-amat gembira di Arsenal"..

"Walaupun kami tidak berada di tahap untuk memenangi sesuatu buat masa ini.. Kami sudah berada di Semi Final FA Cup dan UCL"..

"Semua kelab besar akan melakukan come back jika mereka gagal memenangi sesuatu.. Arsenal merupakan salah satu dari pasukan tersebut.. Sudah semestinya kami akan melakukan come back"..

"Tiada siapa pun yang boleh katakan yang kami tidak mencuba dan x memberikan yang terbaik.. Pasukan lain lebih hebat dari kami musim ini"..

"Ia bukannya merupakan tugas saya untuk menyatakan apa yang perlu diubah.. Ia terpulang kepada boss.. Dia tahu apa yang dilakukannya"..

Fabregas yang meninggalkan kelab akademi Barcalona semasa berusia 16 tahun mengakui yang dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya itu..

Beliau juga menafikan yang dia mampu untuk menjadi lebih baik jika dia bersabar dan menanti peluang di Nou Camp..

Fab menambah, "Semua orang tahu mengapa saya menyertai Arsenal.. Dan ia telah dibuktikan yang ia merupakan keputusan yang baik"..

"Saya baru sahaja beusia 22 tahun minggu lepas.. Dan saya sudah bermain sebanyak lebih 200 perlawanan untuk kelab ini dan hampir 40 perlawanan bersama Sepanyol"..

"Saya menang European Championship dan bermain dalam Champions League final, FA Cup final dan Carling Cup final"..

"Saya tidak akan mendapat peluang seperti ini di dalam mana-mana kelab yang lain.. Semua orang memilih cara hidup masing-masing dan saya percaya yang saya membuat keputusan yang betul"..

Fabregas mengakui yang dia perlu memberi fokus kepada 2 perlawanan terakhir menentang MU hari ini dan Stoke..

Dia berkata, "United merupakan ujian yang menyukarkan kami.. Terutamanya sejak selepas apa yang berlaku di Champions League.. Tapi kami perlu bangun dengan kuat dan jadi Profesional"..

"Kami perlu lakukannya untuk peminat kami.. Yang memang superb"..

"Kami perlu lakukan yang terbaik yang kami boleh lakukan.. Tapi ia bukannya kemenangan akan membuatkan kami bagus.. Atau kekalahan akan menjadi bencana.. Kami perlu jadi Profesional dan tunjukkan yang kami boleh bersaing dengan yang terbaik"..

Dan lagi satu Atikah menyarankan semua peminat Arsenal berhati - hati selepas Malaysia telah mendapat kes tentang Virus Infliuenza A H1N1.. Basuh tangan anda sebelum dan selepas melakukan segala pekerjaan.. Adios..

Comments

  1. terharu dan teruja dgn kata2 fab4 yg masih setia bersama arsenal wlupun mngharungi musim2 tanpa trofi.. hrp musim dpn ada sesuatu utk the gunners dan peminat..

    ReplyDelete
  2. ikah.... sabun feb x bes..
    nasri kandaq lg bes..

    ReplyDelete
  3. hahah.. dua2 bestla achabing.. tapi the best is me!!! hahah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil