Berita gembira dari Toure!!

Sori lambat tulis artikel ini.. Mungkin ada yang dah tau.. Tapi x kisahla Atikah nak jugak kongsi berita ini.. Disebabkan semalam Atikah sedikit sibuk dan banyak pulak cerita panas tentang musim perpindahan nie Atikah terpaksalah membuat keputusan untuk delayed tentang berita gembira nie..

Kolo Toure bersedia untuk memulakan perbincangan tentang kontrak barunya.. Semasa musim perpindahan yang lalu beliau telah meminta untuk berhijrah dari Arsenal disebabkan masalah bersama Gallas.. Dan Toure telah dikaitkan dengan Manchester City selepas kelab itu dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya..

Walau bagaimana pun, Toure yang menyertai Arsenal pada tahun 2002 memutuskan untuk kekal di Emirates Stadium.. Toure sekarang ini telah menunjukkan komitmennya bersama kelab dengan mahu melanjutkan kontraknya yang akan berakhir musim panas tahun hadapan..

Toure berkata," Ia masih ada masa dalam kontrak saya dan saya berharap kelab akan menunjukkan yang mereka memerlukan saya"..

Atikah yang x jadi ke North London telah mengutuskan ejen yang Atikah percayai untuk bertanyakan Toure mengapakah sebabnya beliau mahu stay di Arsenal..

"Bila anda mencintai seseorang ia penting jika dia cinta kita juga.. Saya sudah lama mencintai kelab dan memberikan segala-galanya untuk pasukan".. "Saya sudah berada disini untuk satu tempoh yang lama dan apabila saya melihat beberapa pemain meninggalkan kelab musim lepas ia menyukarkan saya.. Dan apabila kami tidak memulakan musim dengan baik ia membuatkan saya takut"..

"Anda mula berfikir yang kelab tidak memerlukan anda lagi.. Apabila ia macam itu dan anda sudah berusia 28 tahun awak perlu berfikir tentang diri sendiri juga.. Tapi saya datang balik, saya bermain untuk masa ini dan saya berharap that will carry on"..

"Orang tahu saya sayangkan kelab ini, tiada sesiapa pun yang boleh cakap saya tidak sayangkan kelab ini.. Saya percaya yang anda akan amat-amat menyayangi satu kelab sahaja dalam karier anda dan kelab saya ialah Arsenal"..

Atikah juga telah mengutuskan ejen Atikah itu untuk bertemu Walcott yang main dengan teruk masa lawan Chelsea hari itu untuk mendapatkan penjelasan darinya..

Walcott menyatakan yang dia masih lagi struggles dengan kecederaan bahu yang dialaminya musim ini.. Walcott berkata," Bahu saya rasa as strong as anything tapi saya rasa saya masih lagi bertahan slightly apabila saya belari dengan sejujurnya.. Saya lihat diri saya beberapa kali di dalam tv dan perasan yang I've got my arm to one side"..

"Ia perkara neutral, separa sedar sebenarnya, tapi saya cuba untuk keluar darinya dan ia bukannya sesuatu yang sesiapa yang brought up to me"..

Comments

  1. Kolo mesti terus stay, sebab dia yg paling senior skrg nie. Takde alasan pun yg dia mesti tinggalkan Emirates. Dia jer org yg tak memilih partner, sapa-sapa jer yg pair dgn dia akan rasa selesa.

    ReplyDelete
  2. yeee tol 2...die mst stay...
    dfend yg power n sgt setia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil