Arsenal mengintai pemain pertahanan Thomas Vermaelen

First Atikah nak ucapkan tahniah kepada barisan skuad akademi Arsenal yang berjaya memenangi kejuaraan Premier Academy League selepas menundukkan musuh setempat kita iaitu Tottenham Hotspurs 1-0 hasil jaringan Rhys Murphy pada minit ke- 50.. Dan perlawanan ini juga disambut dengan gembira kerana kepulangan Henri Lansbury ke dalam pasukan..

Thomas Vermaelen sedang diintai Wenger.. Pertahanan muda dan berasal dari Belgium ini sedang beraksi bersama pasukan Ajax..

Okey terdapat cerita mengatakan yang Wenger sedang mengintai pertahanan dan kapten Ajax berusia 24 tahun ini..

Arsenal dilaporkan bersedia membuat tawaran bernilai 7.5 million.. Vermaelen boleh beraksi di bahagian bek kiri mahu pun sebagai pertahanan tengah..

Wenger berkata, "Dalam serangan kami menjaringkan banyak gol seperti United.. Vermaelen amat diperlukan untuk memberikan sedikit option di bahagian pertahanan"..

Dia baru sahaja berumur 24 tahun dan sudah di berikan tugasan untuk menjadi kapten Ajax musim ini.. Dan telah menunjukkan kualiti yang baik dalam leadershipnya..

Dia juga sudah mengesahkan tempat dalam skuad kebangsaan Belgium dan versatil.. Sesuatu yang amat disukai Wenger..

Dengan masa depan yang tidak menentu untuk Gael Clichy.. Wenger perlu mendapatkan penganti yang sesuai.. Real Madrid dan AC Milan bersedia untuk mendapatkan khidmat Clichy.. Dan Wenger perlu mencari pengantinya..

Kieran Gibbs mengambil alih posisi Clichy sepanjang kecederaannya.. Namun Wenger mahukan Gibbs mempunyai ruang untuk beraksi di dalam skuad first team.. Dan Vermaelen juga mampu mengisi bahagian pertahanan tengah jika Toure bersetuju dengan perpindahan bernilai 12.5 million ke Manchester City..

Masa depan Clichy mula menjadi persoalan beberapa bulan kebelakangan ini.. Real Madrid dan AC Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.. Dia tidak akan mengalami masalah berpindah ke AC Milan kerana kawan baiknya iaitu Flamini berada di sana..

Wenger juga sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat Gary Cahill.. Peter Crouch juga dilaporkan sedang melakukan perbincangan bersama Arsenal..

Thomas Vermaelen?? Okeylah.. Jika benar Clichy nak blah dari Arsenal, Vermaelen merupakan calon yang sesuai.. Kita perlu ingat kita x boleh terlalu bergantung kepada Gibbs.. Dia baru sahaja berusia 19 tahun..

Toure nak pergi ke City?? Atikah tidak rasa langsung.. Tapi kalau Toure blah Atikah nak pengantinya ialah Branislav Ivanovic.. Kita perlukan seorang pertahanan seperti Toure untuk membantu bahagian serangan.. Dan Atikah lihat penganti yang sesuai ialah Ivanovic..

Peter Crouch?? Seorang yang tinggi dan mempunyai rembatan yang padu.. Okeylah.. Tapi Atikah langsung x berminat.. Tapi jika Adebayor blah Atikah lebih suka jika Pavel Progrebnyak menjadi pengantinya.. Dan jika Van Persie blah juga mungkin kita patut beli Crouch..

Tapi apa-apa pun kita x perlu beli penyerang.. Kerana kita boleh bagi Arshavin dan Walcott menjadi penyerang.. Bendtner dan Vela pula akan menjadi back up.. Dan kita serapkan Jay Simpson ke dalam skuad utama.. Duit yang kita ada itu lebih baik kita beli pemain tengah dan pertahanan..

Itu hanya cadangan Atikah.. Tapi kalau nak beli penyerang hanya Pavel Progrebnyak sahaja.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil