Arsenal 3 - 0 Portsmouth

First Atikah nak tunjukkan kesebelasan utama Arsenal..

FABIANSKI
SAGNA-----SONG-----DJOUROU-----EBOUE
WALCOTT-----DENILSON-----RAMSEY-----ARSHAVIN
BENDTNER-----VELA

SUB
MANNONE (GK)
BISCHOFF
FRANCIS COGUELIN
JAY EMMANUEL-THOMAS
FRAN MERIDA
MARK RANDALL
EMANUEL FRIMPONG

Gila.. Itulah perkataan pertama yang terlintas dalam fikiran Atikah.. Wenger ini diserang selsema babi ke?? Bukannya Atikah takut kalah.. Tapi hakikatnya memang terlintas dalam fikiran Atikah pun.. Jika melihat kesebelasan utama ini gerenti anda tertanya-tanya siapakah kapten kita.. Sagna?? Bukan.. Fabianski?? Pun bukan.. Jawapannya ialah Arshavin!! Wow Wenger membuat keputusan yang cukup menyenangkan hati Atikah..

Sebenarnya sebelum perlawanan ini Atikah tertanya-tanya mampukah kita belasah Portsmouth dan mengutip 3 mata penuh?? Dan akhirnya mereka semuanya menjawab segala partanyaan Atikah iaitu dengan membedil Portsmouth dengan 3 peluru tanpa balas.. Walaupun Atikah kecewa kerana Arsenal gagal membedil Portsmouth dengan 4 gol namun Atikah cukup bangga dengan pencapaian budak-budak pelapis Arsenal ini..

Bendtner memulakan pesta gol Arsenal seawal minit ke-13 apabila menyudahkan hantaran lintang Arshavin dengan tandukan yang gagal ditangkap kemas oleh James.. Bendtner kembali mengegar apabila dia menyempurnakan penalti selepas Sean Davis menjatuhkan Arshavin di dalam kotak penalti.. Namun Arshavin menafikannya?? Wow gila ke apa Arshavin ni.. Baik betul.. Dengan Bendtner menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepadanya selama ini dengan menjaringkan 2 gol.. Dan dia juga membuktikan dia mampu menjadi sehebat Van Persie..

Vela akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam liga selepas sepakan Arshavin yang terbias terkena pertahanan Portsmouth tepat kepada Vela.. Vela dengan selamba dan tenangnya merembat disudut kiri gol yang gagal ditepis James..

Akhirnya Wenger memberikan penampilan pertama untuk Bischoff selepas hanya bersama skuad simpanan dan hanya bermain dalam saingan Piala Liga untuk membuat debutnya dalam liga dengan mengantikan Walcott..

Penjaring 2 gol kita iaitu Bendtner digantikan oleh Fran Merida yang juga main buat pertama kalinya untuk skuad Arsenal di dalam saingan liga selepas hanya bermain dalam skuad simpanan.. Mengikut fakta Merida pernah dikaitkan mempunyai skill yang sama dengan kapten kita iaitu Fabregas.. Al maklumlah dari skuad remaja yang sama iaitu skuad remaja Barcalona..

Portsmouth agak tertekan apabila pemainnya iaitu Noe Pamarot dilayangkan kad merah selepas mengasari kapten Arshavin dari belakang di luar kotak penalti.. Pertukaran terakhir menyaksikan Mark Randall mengantikan Aaron Ramsey.. Ini juga penampilan pertama Randall sebenarnya..

Tidak banyak kita boleh lihat kelemahan pemain Arsenal.. Pemain pertahanan cukup baik dan kental.. Fabianski yang suke main-main.. Dia langsung x menunjukkan perasanan gemuruh tapi sebaliknya dia buat game ni macam training je.. Namun masih membuat saving sepakan yang top class.. Seperti kebiasaannya..

Pemain-pemain dari skuad simpanan juga menunjukkan proses yang cukup baik dan membuktikan mereka layak untuk menjadi penganti yang cukup berbakat dan hebat pada masa akan datang.. Syabas diucapkan kepada Wenger kerana eksperimen gilanya membuahkan hasil dengan 3 gol berjaya dihasilkan..

X lupa juga kepada pemain-pemain simpanan dan beberapa pemain yang pernah dikeji oleh peminat Arsenal dulu kerana berjaya menghasilkan corak permainan yang cantik dan menarik.. Dan apa yang penting kita berjaya membelasah Portsmouth.. Rugi kepada siapa yang x melihat game ini..

Kepada MU siap.. Arsenal bersedia mengegar Stadium Emirates nanti.. Kepada pemain senior Arsenal tunjukkan aksi yang lebih mantap dari pemain yang bermain game ini dan pada pertemuan menetang MU yang lalu dan pastikan kita melangkah ke Final Champions League jika mahu membawa pulang 1 piala musim ini.. Jika bermain dengan leka lupakan kejuaraan tahun ini.. Baik balik rumah persiapkan diri untuk musim depan.. Apa-apa pun Atikah harap Silvestre dan Van Persie sempat sembuh pada perlawanan menentang MU nanti.. Adios..

Comments

  1. yeahhh bendtner scored twiceeee :)
    haha teringat ade org kate
    'bendtner bukannye power pon'dare you to say that again!!
    :)

    ReplyDelete
  2. pergh..boyfriend ko score ke?

    ReplyDelete
  3. bendtner and ina bendtner?? setahu atikah bendtner dah ade girlfriend.. ni ha gambar dia ngan girlfriend die..
    http://i34.tinypic.com/2crt6qt.jpg..

    ina bendtner bukannya bendtner x power.. die power tapi cuma finishingnya je yg teruk skit.. cpt mengelabah dan x tenang nk skor..

    ReplyDelete
  4. Atikah - Ohhh gambar tu die ngan Amy Bruce(Steve Bruce's daughter). But they've broke up long time ago. lantakk lahh, yg penting dorang menang and our job is just have to wait for this Tuesday(or is it wed or thursday?(Arsenal vs Manutd) hari ape ek?)

    ReplyDelete
  5. rabu pagi khamislah ina bendtner.. ye ke?? oh x tau plak atikah.. hehe.. sorilah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil