Wenger meletakkan sasaran jangka masa pendek.

Arsene Wenger memastikan bahawa Arsenal perlu meletakkan sasaran bagi mengakhiri kempen musim ini dengan cemerlang dari risau mengenai masa depan bintang² kelab itu seprti Cesc Fabregas.

Kapten Gunners itu dijangka kembali dari kecederaan selepas terpaksa diketepikan buat tiga bulan akibat kecederaan lutut untuk beraksi menentang Manchester City hari ini.

Walaupun pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak beraksi buat tempoh yang lama, presiden Barcelona, Joan Laporta telah sekali lagi mengumumkan hasratnya untuk membawa pemain berusia 21 tahun itu ke Nou Camp, menambahkan spekulasi perpindahan dengan harga tinggi bagi pemain tengah itu.

Penjaring terbanyak kelab Robin Van Persie yang tidak akan beraksi hari ini akibat kecederaan manakala penyerang England Theo Walcott yang telah kembali dari kecederaan lutut belum lagi menandatangani kontrak baru bersama kelab Emirates Stadium itu.

Terdapat banyakkeraguan sama ada Arsenal dapat mencapai kehendak bintang kelab tersebut dengan memungut gelaran.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil