Villareal 1 - 1 Arsenal

Nampaknya ramalan aku Arsenal mampu menang 2-0 meleset sama sekali.. Namun 2 gol terhasil dalam perlawanan awal pagi tadi dengan Marcos Senna dan Adebayor menjaringkan 1 gol untuk kedua - dua pasukan seri 1 - 1.. Tamparan hebat buat pemain Arsenal telebih dahulu selepas Almunia terhincut - hincut selepas di tackle oleh pemain lawan.. Namun terlebih dahulu Senna melakukan rembatan kencang untuk memberikan pendahuluan kepada Villareal pada minit ke - 10.. Pada minit ke - 27 barulah Wenger melakukan pertukaran untuk membawa masuk Fabianski selepas melihat Almunia sudah tidak mampu untuk meneruskan perlawanan.. Malang menimpa pasukan Arsenal sekali lagi selepas tonggak pertahanan berpengalaman iaitu William Gallas injured pada minit ke - 42.. Kejutan berlaku di sini apabila Wenger memberikan peluang kepada Djourou untuk bergandingan dengan Toure tetapi bukan pertahanan berpengalaman iaitu Silvestre.. Pada second half kerja keras pemain Arsenal akhirnya berbaloi apabila Fabregas menghantar bola lob yang cantik kepada Adebayor sebelum Adebayor melakukan sepakan ala - ala gunting untuk menewaskan penjaga gol Villareal pada minit ke - 66.. Nampaknya Adebayor mula mendapat sentuhan berbisanya untuk Arsenal dengan menjaringkan 3 gol dalam 2 penampilan dan lebih manisnya assistsnya ialah Fabregas.. Pada minit ke - 78 Wenger membawa keluar Walcott untuk membawa masuk anak emasnya iaitu Eboue.. Namun kemasukan Eboue masih gagal memberikan impak untuk Arsenal mencipta kemenangan di El Madrigal.. Untuk second leg nanti kemungkinan Van pirsie dan Eduardo mampu beraksi dan ini lebih mencerahkan peluang Arsenal untuk melangkah ke separuh akhir.. Kita mempunyai beberapa option di Emirates nanti sama ada seri 0 - 0 atau menang dengan clean sheet selepas kita mempunyai kelebihan away goal.. Yang penting sekali ialah jangan melepaskan sebarang gol.. Dan apa yang penting aku x nak Arsenal memilih jalan yang sukar sepertimana pada pusingan kalah mati yang lalu.. Elakkan penalti atau bermain sehingga masa tambahan kerana ia akan meletihkan pemain.. Tentang kecederaan Almunia dan Gallas aku masih x pasti berapa lamakah mereka tidak mampu untuk bermain memandangkan masih belum keluar sebarang keputusan mengenai injury mereka.. Harap tidak lama memandangkan mereka begitu penting di bahagian bawah.. Namun aku percaya Fabianski mampu beraksi dengan cemerlang di benteng terakhir Arsenal.. Untuk pemain yang mengantikan Gallas pula iaitu Silvestre / Djourou juga mampu mengisi kekosongan yang di tinggalkan Gallas nanti.. Okey pada hari Sabtu ini Arsenal akan bertandang ke JJB Stadium berdepan Wigan Athletics.. Game ini perlu menang untuk memberikan tekanan kepada Aston Villa dan cuba untuk merapatkan jurang dengan pasukan Chelsea yang akan menerima kunjungan Bolton, harap2 Chelsea kalah..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil