Tiada lagi alasan Wenger!!


Okey marilah sama-sama kita lupakan kekalahan kepada Chelsea tempoh hari.. Esok Arsenal akan berkunjung ke Anfield untuk bertemu Liverpool dalam saingan liga.. Dan tiada alasan untuk Wenger jika perlawanan ini kita gagal mengutip 3 mata penuh.. Inilah saatnya untuk Fabianski melupakan apa yang berlaku tempoh hari.. Buktikan keupayaan sebenar kamu.. Kepada pertahanan Arsenal tolonglah mengawal pemain - pemain Liverpool dengan ketat..

Liverpool akan menanti kunjungan Arsenal tanpa kelibat kapten mereka iaitu Steven Gerrard yang disarankan doktor untuk berehat selepas mengalami kecederaan pangkal paha.. Dan harap - harap esok Wenger tidak mengulangi kebodohanya sekali lagi.. Masukkan Eduardo sebagai pemain utama.. Gandingkan bahagian tengah seperti kebiasaannya tanpa kelibat Double 'D'.. Jika nak bagi mereka main pun hanya salah seorang saja..

Okey Atikah harap bayangan kesebelasan utama Arsenal ini benar - benar diturunkan..

FABIANSKI
EBOUE-----TOURE-----SILVESTRE-----GIBBS
WALCOTT-----FABREGAS-----SONG-----ARSHAVIN
EDUARDO-------VAN PERSIE

SUB
MANNONE (GK)
NASRI
ADEBAYOR
VELA
BENDTNER
DENILSON
DIABY

Wenger perlu gunakan formasi 4-4-2 memandangkan kita perlu membedil Liverpool untuk mengubat hati fan Arsenal yang terluka.. Ingat Wenger tiada lagi alasan untuk kau.. Pastikan anak - anak didik kau mengutip 3 mata penuh.. Kepada Xabi please jangan buat Fabregas injurd balik..

Kepada fan Arsenal di London teruskan menyokong Arsenal dan beramai - ramailah ke Anfield..
Dan jangan lupa bawak Pizza sekali.. Bukan untuk dimakan okey.. Kalau kita kalah baling pizza ni dekat Wenger.. Bukan baling dekat pemain Arsenal atau pengurus dan pemain Liverpool okey.. Pastikan pizza ini kena tepat dekat muka Wenger..

Kalau kita boleh baling pizza dekat Ferguson mengapa kita tidak boleh baling ke Wenger.. Cukuplah Wenger sakitkan hati kita.. Ini akan memberikan pengajaran berguna buat Wenger supaya di sedar diri sikit.. Jangan fikirkan dia saja.. Fikirkan impian berjuta-juta peminat Arsenal yang keempunan piala ni..

Kepada peminat Malaysia pun jangan lupa siapkan pizza untuk menonton perlawanan tu.. Bukan untuk di baling tapi di makan.. Sekurang - kurangnya bila fan Arsenal dekat London baling pizza dekat Wenger x delah kita terliur.. Adios..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil