Siapakah Danijel Aleksic??

Danijel Aleksic sekarang ini dikaitkan dengan Arsenal.. Wenger bersama pasukan peninjau bakatnya sedang mengira sama ada akan membawa Danijel Aleksic ke dalam pasukan Arsenal.. Memandangkan Atikah dan mungkin segelintir pengunjung blog ini tidak kenal Danijel Aleksic, Atikah dengan berbesar hatinya membuat research tentangnya..

Danijel Aleksic dilahirkan pada 30 April 1991 di Pula, SFR Yugoslavia.. Beliau sekarang ini beraksi bersama pasukan di liga Serbia iaitu FK Vojvodina.. Mempunyai ketinggian 1.81 m.. Merupakan seorang penyerang yang serba boleh..

Ibunya ialah orang Serbia.. Danijel hanya umurnya beberapa bulan sewaktu ibunya berpindah ke Serbia selepas permasalahan di Croatia.. Danijel tidak pernah mengenal dan melihat ayahnya dan meletakkan nama akhirnya mengikut nama ibunya..

Dia mula bermain bola sepak sewaktu usianya 7 tahun di kelab tempatan iaitu FK Veternik.. Sewaktu usianya 11 tahun di berpindah ke FK Vojvodina..

Pada 5 May 2007 beliau membuat kemunculan pertama dalam kesebelasan utama pasukan menentang Red Star Belgrade.. Usianya baru sahaja berusia 16 tahun 5 hari dan menjadi pemain yang paling muda beraksi dalam liga Serbia.. Dia menjaringkan gol pertamanya sewaktu perlawanan menentang Hajduk Kula..

Di dalam peringkat antarabangsa pula dia pernah dipanggil ke dalam skuad senior Serbia!! Danijel ialah kapten bawah 17 tahun Serbia.. Dia pernah memenangi kasut emas setelah menjaringkan paling banyak gol dalam pusingan kelayakan apa ntah tapi U-17..

Danijel membuat debut dalam skuad senior Serbia sewaktu berusia 17 tahun pada Disember 2008 pada perlawanan persahabatan menentang Scotland.. Membuatkan beliau menjadi pemain termuda membuat debut dalam skuad senior..

Bagi Atikah langsung tiada masalah jika Danijel datang ke Arsenal.. Beliau merupakan penyerang yang fantastik dan masih muda.. Harap2 Wenger bersedia membawa Danijel ke Arsenal pada musim perpindahan nanti.. Namun jika itu berlaku sudah semestinya dia perlu bersaing dengan pemain penyerang Arsenal yang lain jika mahu membuat kemunculan dalam EPL..

Namun Atikah yakin Wenger akan memberikan dia aksi yang secukupnya jika dia hadir ke Arsenal.. Dan sudah semestinya masa depannya bertambah cerah jika menandatangan kontrak di Arsenal..

Dalam berita lain pula Van Pirsie sekarang ini dikaitkan ke Barcalona!! Barcalona dilaporkan bersedia membayar 30 juta untuk mendapatkan khidmatnya!! Mereka akan membuat tawaran pada musim perpindahan nanti jika Arsenal gagal meraih sebarang trofi dan Van Pirsie masih belum mahu menandatangan kontrak barunya..

Sagna juga dilaporkan sedang diintai Juventus.. Namun Sagna menegaskan dia mahu kekal di Arsenal selama yang mungkin sehingga kontraknya tamat.. Namun Sagna mengatakan kalau Arsenal bersedia menjualnya itu perkara yang lain dan bersedia menerima tawaran pasukan lain..

Okey sampai disini saja artikel Atikah.. Nanti jika ada berita sensasi lagi Atikah akan membuat artikel yang baru.. Siapa yang mahu memberikan komen dipersilakan.. Adios.. Love Arsenal 4Ever..

Comments

  1. penyerang lagi.. smart la atikah..
    :)

    ReplyDelete
  2. Salam atikah.... nak bgtau. Saya copy artikel terbaru awak ni ek.... sy dh kreditkan nama awak dlm post sy.... thanks... jgn mrh k...

    ReplyDelete
  3. x pelah afham.. lagi bnyk penyerang lagi bagus.. tapi jgn lupe plak beli pemain pertahanan yang berkaliber.. x pasal2 taun dpn blmbk gol masuk gawang arsnl..

    that's okey Jitegha.. tapi dlm blog ape ek?? saja nk tau.. kalau untuk blog arsenal x kisahla.. kita mmg patut berkongsi berita ini untuk semua peminat arsenal seluruh malaysia.. lagi bagus kalau smpi 1 dunia tau.. haha..

    ReplyDelete
  4. Blog saya ni.... http://penaperancang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. bagus gak de striker baru..hensem skit adebayor.. tp kalu bleh dpt bek sorang dua lg gempak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil