Separuh Akhir FA Cup












Arsenal vs Chelsea (18 April) dan Everton vs MU (19 April) di Wembley.. Peringkat Separuh Akhir FA CUP.. Siapa akan bertemu pada Final FA CUP??

Peminat Arsenal sudah tentunya mahu Arsenal melangkah ke Final FA Cup untuk mencerahkan peluang Arsenal membawa pulang sekurang - kurangnya 1 Piala ke Stadium Emirates.. Perlawanan Separuh Akhir kedua - dua pasukan ini akan berlangsung di Wembley..

Perlawanan Akhir pada 30 Mei iaitu 3 hari selepas Final Champions League dan perlawanan terakhir musim ini..

Harap2 Arsenal jika melepasi Chelsea esok x akan bertemu dengan MU di Final.. Bukannya apa 4 perlawanan bertemu sesama sendiri dalam tempoh 1 bulan 2 hari!! Sudah pastinya membosankan walaupun perlawanan pasti berlangsung dengan menarik.. Peminat Arsenal dan MU sudah pastinya kena bertegang urat selama 1 bulan lebih!!

Chelsea dan Arsenal yang sama - sama mengesahkan tempat ke Separuh Akhir Champions League, sama - sama mempunyai matlamat yang sama.. Masing - masing mahu layak ke perlawanan Akhir FA Cup..

Arsenal menerima tamparan hebat sekali lagi di barisan pertahanan.. Wenger sudah pastinya pening kepala memikirkan apabila 2 pemain bek kiri dan kanan dalam keraguan sama ada mampu bermain atau tidak esok.. Mereka ialah Sagna (selsema) dan Gibbs (groin)..

Jika Sagna tidak mampu bermain x apa.. Sebab nampaknya Eboue melaksanakan tugasnya dengan baik pada hari rabu yang lalu menentang Villareal.. Namun bahagian bek kiri sudah pastinya agak memeningkan Wenger.. Clichy dan Gibbs yang selama ini bermain di posisi tersebut injured.. Kita ada Silvestre untuk mengisi posisi tersebut tapi, siapa pula yang akan berada di posisi bek tengah?? Aku x yakin Song kerana nampaknya dia lebih menyerlah sebagai pemain tengah bertahan.. Harap2 Gibbs sempat sembuh esok..

Atikah yakin Arsenal mampu menang esok janji kita mengawal pemain2 ini.. Lampard, Drogba, Anelka dan Essien yang mampu memberi masalah kepada Arsenal.. X lupa juga kita juga perlu lihat Branislav Ivanovic, Terry dan Alex.. Mereka mampu memberi masalah kepada kita juga..

Apa2 pun kepada fan Arsenal dekat England ramai - ramailah ke Wembley untuk memberi sokongan kepada Arsenal.. Kepada Arshavin kecewakan jurulatih pasukan kebangsaan anda iaitu jurulatih Chelsea, Guus Hiddink.. Arshavin skor a goal tomorrow or do something that can help Arsenal win against Chelsea.. Esok khidmat Arshavin bakal digunakan semaksimum mungkin untuk membantu Arsenal mara ke perlawanan Akhir dan memenangi FA Cup dan Piala pertama untuk Arshavin dekat Arsenal dalam musim pertamanya..

Atikah predict Arsenal 2 - 0 Chelsea.. Mungkin Eduardo akan bermain dalam kesebelasan utama Arsenal!!

COME ON ARSENAL BELASAH CHELSEA ESOK.. BIAR GUUS HIDDINK GIGIT JARI LIHAT CHELSEA GAGAL KE PERLAWANAN AKHIR..

P/S: Arsenal mencipta rekod dengan layak sebanyak 35 kali ke peringkat Separuh Akhir sejak 1906..
Statistik Arsenal di peringkat Separuh Akhir FA Cup
( tidak termasuk perlawanan menentang Chelsea )
Played
Won
Drawn
Lost
Goals For
Goals Against
34
17
9
8 46 26

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil