Rossi terlebih yakin!!

Penyokong Arsenal mahu memberikan 'sambutan' hangat kepada pemain Villareal, Giuseppe Rossi pada aksi suku akhir kedua Liga Juara - Juara di Stadium Emirates pada awal pagi ini..

Ini kerana, Rossi merupkan bekas pemain MU yang pastinya dianggap sebagai musuh tradisi Arsenal..

Rossi,22, yang dibeli dari United 18 bulan lalu, kini menjadi antara tonggak utama Villareal selepas dia menjaringkan 23 gol sepanjang 50 aksinya bersama kelab Sepanyol itu..

Biarpun kedua - dua pasukan terikat 1-1 pada aksi pertama di El Madrigal pada pusingan pertama minggu lalu, Rossi tetap yakin Villareal akan melangkah ke separuh akhir dengan harapan dapat bertemu MU..

"Saya tahu serba - serbi tentang corak permainan Arsenal ketika saya bersama MU.. Saya yakin penyokong mereka akan mengejek saya, sebab saya bekas pemain United..

"Tapi ia bukanlah masalah besar kerana apabila saya diprovokasi, saya semakin bersemangat untuk menjaringkan gol", katanya..

Rossi menambah, jika Villareal berjaya mendapatkan gol pendahuluan pada aksi awal pagi nanti, dia yakin pasukannya mampu mara ke separuh akhir.. (Rossi Arsenal bukan sebuah pasukan yang akan mengalah jika ketinggalan.. Mereka jauh lebih baik selepas itu)

"Kami sebenarnya menyesal kerana gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri minggu lalu"..

"Kami tahu Fabregas bintang utama Arsenal tetapi Adebayor lebih bebahaya.. Dia seorang penyerang yang hebat dan kami perlu mematikan langkahnya"..

"Di pihak kami pula, kami kehilangan Santi Cazorla dan Marcos Senna yang mengalami kecederaan.. Kalau kelab-kelab Inggeris mampu menang di Emirates, mengapa tidak kami," katanya.. (Rossi memang Villareal x boleh menang di Arsenal sebab kamu kelab Sepanyol.. X payah nak berangan lebih-lebih Rossi.. Nanti hang yang akan menangis air mata darah nanti..)

GOOD LUCK ARSENAL.. WE KNOW YOU CAN DO IT.. GO GUNNERS..
ARSENAL 3 - 0 VILLAREAL..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil