Rosicky : Bimbang kemungkinan perlu bersara

Rosicky menjelaskan bahawa mimpi ngeri kecederaan berpanjangan selama lebih setahun yang dilaluinya telah membuatnya percaya dia mungkin tidak lagi mampu untuk kembali ke kancah bola sepak profesional..

Pemain tengah Arsenal, Tomas Rosicky mendedahkan bahawa dia merasa bimbang dengan kemungkinan perlu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak profesional selepas menderita kecederaan tendon yang serius..

Pemain antarabangsa Republik Czech ini terpaksa diketepikan sejak Januari tahun lalu tetapi menyasarkan untuk kembali beraksi sebelum kempen Liga Perdana musim 2008/2009 berakhir..

"Apabila telah melalui dua pembedahan dan masih mengalami kesakitan berterusan selama hampir setahun, sudah pastinya saya merasakan saya mungkin tidak akan kembali bermain lagi," kata Rosicky

"Ianya satu tempoh yang amat sukar.. Saya telah melalui banyak sesi imbasan dan menemui begitu ramai doktor di sekitar Eropah.. Tetapi kini, akhirnya, saya mengetahui lutut yang tercedera telahpun semakin pulih dan saya akan kembali bermain tidak lama lagi.. Dan perkembangan ini cukup mengembirakan.."

Pemain berusia 28 tahun ini telah mengalami satu lagi kecederaan baru-baru ini, sebelum dijangka bakal beraksi bersama skuad simpanan Arsenal.. Namun bekas bintang Borussia Dortmund itu menegaskan kecederaan tersebut tidak serius..

"Saya ketika ini mengalami kecederaan pangkal paha," jelas Rosicky..

"Bagaimana pun, selepas melalui masalah dalam tempoh yang cukup panjang dengan lutut saya, yang merupakan kecederaan yang amat jarang berlaku, saya tahu ianya bakal pulih sepenuhnya kerana saya telah pun melakukan hampir segalanya di padang"..

Rosicky kami peminat setia Arsenal di Malaysia mengharapkan kau cepat pulih.. Kami semua x sabar untuk melihat aksi kau.. Percayalah Rosicky ketiadaan kau amat dirasai pada bulan pertama kau tiada..

Kami yakin musim hadapan anda akan bangkit dan membuat kombinasi yang mantap bersama pemain tengah Arsenal yang lain.. Get Well soon Rosicky.. We all miss you and all of your action in the field..

Comments

  1. hmmm...aku harap sgt abg aku ni(perasan) dpt main lg...aku windu sgt dgn larian,curi bola dari kaki lawan,meraikan apbila score,dan mcm2 lg lah..insaallah next season dia dpt main..dpt gndigan dgn abg2 aku yg skarang ni tgah meneruskan smgat Rosicky diantaranya nasri dan savin,arghhh!!!x sabar nak tgu..everyting for the Gunners..ARSENAL FOR LIFE!!!!!!!!
    ...(xperutx)...

    ReplyDelete
  2. atikah pun x sabar nk tunggu abang rosicky ni kembali bergandingan ngan jejaka pujaan hati ku si fabregas dan bf atikah (perasaan) si nasri..

    gerenti taun dpn midfeild arsnl akn mantop dan digeruni.. cayalah.. x sabar nk tunggu next season..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil