Post Match Arsenal vs Wigan

Okey aku x nak ulas lagi mengenai perlawanan semalam.. Aku ada sedikit pertanyaan apabila aku melihat kesebelasan utama Arsenal semalam.. Khususnya penjaga gol simpanan.. Aku menjangkakan Vito Mannone sebagai penjaga gol simpanan tetapi Wenger menyenaraikan penjaga gol pasukan simpanan Arsenal iaitu Wojciech Szczesny.. Adakah kerana dia sama negara dengan Fabianski iaitu Poland?? Entahlah cuma Wenger je yang tau.. Okey semalam Wenger merehatkan Nasri dan Adebayor untuk perlawanan ini.. So Walcott dan Bendtner di beri tanggungjawab mengantikan mereka berdua.. Van Persie di senaraikan dalam pasukan Arsenal pada perlawanan ini.. Okey mengenai perlawanan semalam aku agak kecewa selepas Mido menjaringkan gol pada minit ke - 17.. Malang menimpa Arsenal sekali lagi.. Tapi bukan Wigan menjaringkan gol kedua, tetapi kecederaan Djourou di lutut kirinya.. Entah serius atau x aku pun x tau.. Maka ia agak menyulitkan Arsenal pada 2 bulan penuh dengan perlawanan yang penting.. Mungkin pemain pertahanan pasukan simpanan Arsenal bakal membantu untuk melalui baki musim ini.. Pengajaran buat Wenger.. Jangan sekali - kali pinjamkan ramai pemain pertahanan ke pasukan lain.. Second half Arsenal mula mengganas.. Terutama sekali Mido terpaksa di bawa keluar selepas mengalami kecederaan.. Kerja keras Arsenal mula berhasil pada minit ke - 60 apabila Walcott yang menerima hantaran dari Arshavin untuk menyamakan kedudukan.. Pada minit ke - 61, Wenger mengeluarkan Denilson untuk membawa masuk Van Persie.. 6 minit berselang Wenger melakukan pertukaran terakhir dengan membawa masuk Adebayor mengantikan Walcott.. Pada minit ke - 71 pemain gantian Arsenal iaitu Silvestre menjaringkan gol selepas menerima hantaran Fabregas.. Arshavin menjaringkan gol keduanya untuk Arsenal musim ini pada minit ke - 90.. Masa tambahan selama 5 minit diperguna dengan sepenuhnya Song untuk meletakkan namanya selaku penjaring selepas menerima umpanan Fabregas.. Mengejutkan Arsenal bangkit dari ketinggalan 1 gol sebelum meledakkan 4 gol pada second half.. Perlawanan yang cukup menarik dari Fabregas (2 assists) dan Arshavin (1 gol and 1 assist).. X lupa juga terima kasih kepada Walcott dan Silvestre yang meledak 1 gol pada perlawanan ini.. Tahniah buat Fabianski yang x kurang hebatnya menjaga gawang Arsenal walaupun di bolosi 1 gol.. Ia akan menjadi satu amaran buat Villareal nanti.. Dan ini juga memberikan 1 semangat baru buat pasukan Arsenal.. Aku harap permainan sebegini bakal di teruskan sepanjang baki perlawanan musim ini.. Okey aku harap tentang kecederaan Djourou ia tidak berapa teruk untuk mengelakkan kita kekurangan pemain pertahanan.. Tapi kalau teruk terpaksalah kita berharap kepada pemain pertahanan pasukan simpanan Arsenal nanti.. Okey cukuplah tentang analisis yang aku berikan ini.. Kalau ada sebarang tidak puas hati tentang artikel yang Atikah buat, jangan malu2 untuk komen.. Setiap cadangan akan Atikah pertimbangkan untuk improve setiap artikel yang Atikah buat.. Atikah harap selama seminggu Atikah berkhidmat untuk blog ini, menyenangkan peminat Arsenal di Malaysia..

Comments

  1. atikah, nk komen skit.jgn marah ek..
    tulisan dh menarik cuma kalau leh wat perenggan ar...senang sket bace...hehe..tu je...chill

    ReplyDelete
  2. pantas nyer atikah.. :)
    smart work..
    i kagum ngan u..

    ReplyDelete
  3. thanks gundala and afham.. okey nanti atikah buat perenggan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil