Masalah kecederaan pemain Arsenal berulang kembali!!

Seri 1 - 1 dengan Villareal membuatkan Arsenal terpaksa membayar dengan masalah kecederaan yang kembali menghantui kem Arsenal.. Kita bakal kehilangan Almunia selama 3 minggu kerana cedera pergelangan kaki semasa perlawanan menentang Villareal.. Gallas pula berkemungkinan tidak dapat beraksi sehingga ke penghujung musim kerana mengalami kecederaan ligamen lutut.. Wenger mengakui kerana selama ini Gallas sering sembuh cepat dari kecederaan membuatkan Wenger rasa Gallas mungkin mampu beraksi sebelum tamat musim ini.. Nampaknya Gallas perlukan keajaiban untuk sembuh secepat mungkin.. Tiba - tiba kem Arsenal dikejutkan dengan masalah kecederaan Clichy.. Dia dilaporkan mengalami kecederaan belakang dan perlu berehat selama 2 minggu.. Van Pirsie dan Eduardo pula dilaporkan mungkin dapat beraksi menentang Wigan Sabtu ini jika mampu melepasi ujian yang bakal disediakan.. Harap - harap lepas, tapi aku x kisah mereka x main pun janji masa lawan Villareal dan Chelsea mereka boleh main.. Okey di sini aku nak melaporkan pasukan simpanan Arsenal tewas kepada jiran setempat iaitu pasukan simpanan Totenham 3 - 0.. Apa dah jadi dengan pasukan simpanan Arsenal ni?? Aku di sini nak menimbulkan sedikit pertanyaan iaitu mengapa Arsenal beli Amaury Bischoff musim lepas?? Di namakan dalam first team dan hanya main waktu Carling Cup dan selepas aku melihat report pasukan simpanan Arsenal yang kena belasah dengan pasukan simpanan Totenham baru aku perasan yang Amaury Bischoff main.. Jadi selama ini dia hanya main dengan pasukan simpanan je ke?? Pembeliaan yang x patut.. Tapi aku di fahamkan kita dapat Bischoff secara percuma.. Tapi tetap pembeliaan yang x patut.. Apa yang Wenger fikir waktu beli Bishoff hari tu ha?? Okey cukup tentang pertanyaan aku tu.. Bagi penganti pemain yang cedera pulak iaitu penganti Almunia > Fabianski ( I trust this guy) Gallas > Djourou / Silvestre ( siapa agaknya pilihan Wenger) Clichy > Kieran Gibbs ( dari sayap kiri ke bek kiri.. I trust this guy too).. Apa - apa pun jangan lupa tengok Arsenal lawan Wigan Sabtu ni (esok)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil