Masa Robert Pires dan Villareal membalas dendam??



Adakah anda semua masih ingat perlawanan akhir UCL 2006 bertemu Barcalona?? Kalau masih ingat sudah semestinya anda masih teringat siapakah mangsa Wenger untuk dikeluarkan untuk membawa masuk Almunia selepas Lehmann dilayangkan kad merah.. Permainan baru memasuki minit ke - 19 Pires terus dibawa keluar untuk membawa masuk Almunia.. Mungkin di dalam hati Pires dia mengatakan "mengapa dia? Mengapa bukan Fabregas atau Hleb??" sudah semestinya ia menjadi detik hitam dalam karier Pires.. Kunjungan Arsenal ke El-Madrigal nanti sudah semestinya Pires mahu menjaringkan gol ke atas kelab lamanya itu.. “Jika saya bernasib baik dapat menjaringkan gol, saya tidak akan merayakannya secara keterlaluan kerana saya menghormati lawan dan peminat mereka kerana ia cukup bermakna di dalam karier saya.” Inilah janji Pires.. Villareal juga sudah semestinya mahu membalas dendam kekalahan 1 - 0 mereka di tangan Arsenal di separuh akhir UCL 2006, di mana Lehmann pada ketika itu menyelamatkan sepakan penalti Juan Roman Riquelme untuk menutup peluang Villareal melangkah ke Final.. Aku optimis Arsenal mampu mencatat kejayaan seperti ini: 1 leg Arsenal 2 - 0 Villareal : 2 leg Arsenal 3 - 0 Villareal.. Namun aku yakin second leg nanti Arsenal akan lebih kuat berbanding first leg memandangkan Van pirsie yang akan pulih dari kecederaan.. Tapi aku x yakin tentang Eduardo dan Rosicky sama ada akan bermain pada second leg nanti.. Sama2 kita nantikan.. GO GUNNERS..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil