Mari lupakan seketika kekalahan di Separuh Akhir Piala FA

Okey tak banyak yang nak dibincangkan dalam artikel ini.. Atikah x ade idea sebenarnya.. Tapi untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung blog ni terpaksalah semalam Atikah mencari berita - berita sensasi untuk tatapan peminat Arsenal..

Okey Atikah nak mulakan dulu dengan persiapan ke Anfield.. Van Persie dilaporkan mengalami groin injury disamping Wenger membayangkan tidak menyenaraikan Adebayor dan merehatkan beliau untuk mengelak mengalami kecederaan hamstring sekali lagi.. Dan berita baik apabila Sagna disahkan sembuh dari jangkitan virus.. Tapi Wenger masih belum memastikan sama ada Sagna akan diturunkan dalam kesebelasan utama.. So Atikah akan membayangkan kesebelasan utama pada perlawanan menentang Anfield sekali lagi..

FABIANSKI
EBOUE-----TOURE-----SILVESTRE-----GIBBS
ARSHAVIN-----FABREGAS-----SONG-----NASRI
EDUARDO-----BENDTNER

SUB
MANNONE (GK)
SAGNA
VELA
WALCOTT
DENILSON
DIABY
AARON RAMSEY

Okey sekarang ni Atikah nak bincangkan dengan beberapa gosip transfer pada musim panas ini.. Dilaporkan yang Wenger bersedia mengeluarkan 9 Juta Pound untuk membeli pemain Liverpool iaitu Ryan Babel.. Babel pernah dikatakan jelmaan Theiry Henry oleh sesetengah pihak.. Dan nasib Babel juga sama seperti apa yang terjadi kepada Henry di Juventus suatu masa dulu.. Babel merupakan pemain penyerang tengah yang mengunakan kaki kanan.. Namun di Liverpool Rafa Benitez mengunakan beliau di bahagian sayap kiri.. Sama seperti Henry di Juventus dulu..

Babel semakin terdesak untuk meninggalkan Liverpool selepas beliau gagal untuk menempatkan diri di dalam kesebelasan utama bersama Liverpool selepas mendapat banyak saingan.. Juventus dilaporkan berminat untuk mendapatkan Babel.. Dan apa yang Atikah x percaya ialah Wenger juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.. Adakah ini tanda - tanda bahawa Wenger bersedia menjual Adebayor ke AC MILAN??

Ada juga ura-ura yang mengatakan Kalou juga berminat untuk menyarung jersi Arsenal.. Jika Wenger bersedia membeli kedua-dua pemain ini.. Siapakah pemain penyerang yang akan tinggalkan Arsenal?? Atikah pun x boleh nak komen apa-apa mengenai pemain-pemain ini memandangkan mereka juga tidak kurang hebatnya.. Tapi Atikah lebih suka jika David Villa yang datang ke Arsenal berbanding mereka berdua ini.. Namun jika kita mahukan kepastian biarlah masa yang menjawabnya..

Di dalam berita lain.. Walcott dan Van Persie masih lagi belum menandatangan kontrak baru mereka.. Ini pastinya membuatkan peminat Arsenal gelisah.. Kepada Van Persie dan Walcott cepat-cepatlah tanda tangan kontrak baru.. X payah tunggu sampai habis musim.. Okey khabar angin sedang menuip kencang sekarang ini mengenai Gael Clichy.. AC Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau untuk mengantikan tempat Maldini yang akan bersara pada penghujung musim ini.. Clichy dilaporkan gembira apabila dikaitkan berpindah ke AC Milan namun beliau menegaskan bahawa dia masih gembira bersama Arsenal..

Dalam berita lain Lagenda Arsenal iaitu Ljungberg menyatakan Wenger boleh dipujuk untuk meninggalkan Arsenal jika sesebuah pasukan yang bersedia mangambil Wenger memberikan bajet yang besar pada musim perpindahan.. Adakah Ljungberg maksudkan dengan kelab Manchester City?? Ini sudah pastinya membuatkan peminat Arsenal sedikit risau.. Sejujurnya di sudut hati Atikah ada timbul perasaan gembira kerana Atikah sudah tidak tahan dengan segala eksperimennya.. Namun apabila Atikah fikir dengan semasak - masaknya Arsenal mungkin akan menempuh detik yang paling buruk apabila Wenger meninggalkan Arsenal..

Apa yang akan terjadi kepada pemain-pemain berbakat yang selama ini digilap Wenger?? Siapa yang akan mengantikan beliau?? Adakah pengurus terbaik dunia sanggup untuk bersama Arsenal?? Seperti yang kita sedia maklum yang Board Arsenal sedikit kedekut dalam memberikan bajet yang besar untuk musim perpindahan.. Kata mereka nak recover duit yang mereka laborkan untuk membina Stadium Emirates.. Ini sudah pastinya membuatkan setiap pengurus terbaik di dunia berfikir berkali-kali untuk bersama Arsenal..

Kadang-kadang timbul perasaan cemburu kepada kelab-kelab lain yang mempunyai wang yang lebih banyak untuk membeli pemain yang berkualiti.. Atikah akui wang tidak mampu membeli kejayaan.. Tetapi kadang-kadang wang mampu mebuatkan pemain bertaraf dunia kekal disesebuah kelab.. Arsenal perlukan bajet yang banyak pada musim perpindahan ini untuk membawa pemain bertaraf bintang dan berpengalaman untuk menyertai Arsenal.. Bukannya Atikah x mempercayai pemain yang ada sekarang ini.. Tapi kita perlukan seorang pemimpin untuk membantu menguatkan pemain-pemain muda berbakat besar ini..

Kepada Board Arsenal tolonglah beri bajet besar kepada Wenger pada musim perpindahan nanti untuk memudahkan Wenger membeli pemain yang berkualiti dan berpengalaman untuk memimpin pemain muda Arsenal.. Dan jika ini terjadi sudah semestinya Arsenal mampu memenangi piala pada musim hadapan.. Adios..

P/S: Cakap x banyak dibincangkan.. Tapi rupa-rupanya banyak jugak yang Atikah tulis.. Heheh..

Comments

  1. actually ina tk bace sebatang haram pon :)
    cume nk kate that my awesomenick mcm bawak bad luck plakk hehe sbb die masok je that tami-drogba teros goallll!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil