Laluan sukar ke Final Champions League

MU mempunyai advantage 1 gol apabila berkunjung ke Emirates nanti.. Sementara Arsenal pula gagal untuk mendapatkan away goal.. Perlawanan semalam bolehla dikatakan didominasi MU.. MU banyak menyerang kubu Arsenal dan memaksa pemain-pemain lebih bertahan..

Walaupun pengadil banyak melebihkan Arsenal pada perlawanan ini dan langsung x mempedulikan lakonan-lakonan MU.. Namun Arsenal gagal mengunakan kesempatan ini.. MU juga siap meletakkan banyak pemain-pemain di bawah.. Takut ke Ferguson??

Kelekaan pemain pertahanan Arsenal yang tidak mengawal O'shea membawa padah apabila O'shea meledak menewaskan Almunia.. Pada minit ke 70 Wenger membawa masuk Bendtner mengantikan Walcott.. Cukup mengejutkan.. Walcott yang mampu untuk mengkucar - kacirkan pertahanan MU dikeluarkan.. Cukup kecewa.. Walaupun dia jarang dapat bola.. Tapi kalau dia selalu dapat bola gerenti Arsenal menang 3-1..

Kemasukkan Eduardo cukup lewat apabila Wenger hanya membenarkan dia masuk pada 10 minit terakhir.. Walaupun Atikah gembira Eduardo masuk tapi Atikah tahu yang keputusan tidak akan berubah.. Apa yang mampu dilakukan Eduardo dalam tempoh 10 minit?? Lebih-lebih lagi Walcott telah dibawa keluar..

Aksi cemerlang Almunia tidak mampu dipertikaikan.. Dan apa yang penting dia punya nasib.. Percubaan Ronaldo yang jelas Almunia telah tertewas berjaya diselamatkan palang.. Silvestre juga beraksi cemerlang beraksi menentang bekas kelabnya ini.. Toure yang sekali sekala naik ke atas dan mengelecek banyak pemain MU gagal untuk membantu Arsenal menyamakan kedudukan..

Sagna dan Gibbs juga beraksi cemerlang.. Apa yang boleh dikatakan kesemua pemain beraksi cemerlang.. Namun passing yang tidak tepat dan tidak ramai pemain diatas memberikan kesukaran buat Arsenal menjaringkan gol.. Dan kesilapan pemain-pemain Arsenal yang tidak mengawal pemain-pemain MU yang jelas berkeliaran di kawasan Arsenal..

Walcott yang dikawal rapi MU menambahkan lagi kesukaran untuk Arsenal menjaringkan gol.. Apa-apa pun bukannya kita tidak punya peluang untuk melangkah ke pentas Final.. Jika kita beraksi dengan lebih cemerlang pada perlawanan di Emirates nanti Atikah yakin kita mampu untuk membedil MU..

Good Luck Arsenal.. We know you can beat MU at Emirates Stadium next week.. Clichy disahkan akan kembali pada perlawanan second leg nanti dan marilah kita sama-sama berharap kepulangan Van Persie pada second leg nanti.. We miss you Van Persie terutamanya dalam saingan Champions League..

P/S: Sori lambat tulis post match.. Thanks Afham..

Comments

  1. 1-0, takde lah besar sangat aggregate tu. Bukan senang nak main kat trafford tua. Mcm tu gak diorg nanti bila bertandang kat Emirates. AW akan mencari ramuan utk return leg, pasti young guns akan bermain lebih baik...

    In Wenger We Trust, Arsenal Forever.

    Once a gunners, always a gunners...

    semutipoh (MKF Gooners)

    ReplyDelete
  2. kita masih bpeluang sbnrnya sbb 2nd leg men kt emirates, gunners mampu bg 2 gol cme tkt2 last minit MU score 1 gol je..kalu 2-1 cnfirm la da tau da sape yg pegi.. tgk gaya mcm MU dpt ke final tp MU pun penah kalah ngan kita.. apapun tgk je nanti.. hidup arsenal!

    ReplyDelete
  3. The Red WarriorMay 1, 2009 at 8:46 PM

    1 biji kat trafford cukup ke??? Ingatkan dapat belasah Arsenal. Huhuhuhu... Tunggu ManU di Emirates. Kepada Rooney ko jgn berlagak sangat. Dalam media ko punya gebang nak belasah Arsenal tp takat 1 biji kat tempat ko apa barang. Kepada peminat² ManU ko tengok skuad AW akan bedil ko. Huhuhuhu....Watch-Out!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil