Kegembiraan kem Arsenal!!

Okey first sekali Atikah nak mintak maaf sebab Atikah x sempat nak postkan artikel semalam.. Atikah sebenarnya sedikit kecewa sebab line internet agak bengong semalam.. So sorry ye.. Okey esok baru Atikah akan postkan pre match menentang Middlesbrough..

Dalam artikel ini Atikah nak berkongsi kegembiraan bersama peminat-peminat Arsenal kerana pertahanan terhebat Arsenal akan bermain perlawanan menentang Middlesbrough esok.. Mereka ialah Djourou dan Almunia.. Namun disebalik kegembiraan ini sudah pastinya ada berita sedih.. Wenger telah pun membuat kenyataan bahawa Gallas dan Rosicky akan terlepas aksi musim ini..

So mereka berdua itu hanya akan beraksi bersama Arsenal pada musim hadapan.. Ini mungkin membuatkan peminat Rosicky keempunan untuk melihat aksinya bersama Arsenal musim ini.. Namun ia mungkin memberikan Rosicky sedikit kerisauan kerana jika dia gagal untuk pulih ia memungkinkan kontraknya bersama Arsenal akan diterminatekan serta merta.. Dan ia juga memberi gambaran karier profesionalnya dipersoalkan..

Okey cukuplah dengan cerita Rosicky.. Okey disini Atikah nak ceritakan sedikit tentang perlawanan menentang Middlesbrough esok.. Kita sudah begitu lama gagal untuk mengutip 3 mata penuh menentang Middlesbrough.. Atikah x ingat berapa tahun tapi ia tetap lama.. Mungkin kita masih ingat yang setiap kali kita diambang mendapat 3 mata penuh bekas pemain Arsenal iaitu Jeremie Aliadiere akan menjadi hero Middlesbrough dan mengecewakan peminat Arsenal..

Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?? Atikah harap esok Arsenal akan dapat 3 mata penuh sambil berharap Aston Villa akan terus keciciran mata.. Sampai disini saja artikel Atikah.. Adios..

P/S: Thanks atas segala komen anda selama ini..

Comments

  1. nie mmg berita gembira wat fan ArSeNaL..djourou ngan almunia da bleh main..arap2 nnti lwn man utd minggu depan..x de player injured..

    ReplyDelete
  2. lupa plak.. adebayor pun boleh main lwn middlesbrough nnt

    ReplyDelete
  3. serious? Almunium can play? God, I'm sooooo glad to hear thatttttt :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil