Jangan salahkan Fabianski!!!

Okey Atikah sedar mungkin ramai yang menyalahkan Fabianski kerana melepaskan gol - gol bodoh.. Tapi kita perlu sedar berapa besarkah peluang yang diberikan pertahanan Arsenal kepada pemain Chelsea?? Dan lebih menyakitkan hati mana hilangnya Toure dan Silvestre yang bertanggungjawab menjaga Drogba?? Apa yang mampu dilakukan Fabianski apabila pertahanan melepaskan pemain seperti itu dan mempunyai ruang yang besar untuk bagi gol??

Bukannya Atikah mempertahankan Fabianski memandangkan Atikah peminat Fabianski.. Tapi inilah hakikatnya.. Cubalah anda tengok gol kemenangan Chelsea.. Mana pertahanan?? Di tengah padang!! Bila si Drogba dapat bola x de seorang pun berminat nak bersusah payah menyelamatkan gawang kecuali Fabianski.. Apa yang mampu dilakukannya?? Mana ada goalkeeper yang mampu menyelamatkan gawang dalam situasi itu?? Siapa?? Cuba bagi tau Atikah..

Ramai yang cakap si 'Birthday boy' kita tu mengelabah.. Ya Atikah akui.. Atikah pun pernah rasa pengalaman tu memandangkan Atikah penjaga gol bola baling sekolah.. Mungkin berbeza tapi perasaan gemuruh tetap ada dan masih sama.. Lepas berapa minit dan menyelamatkan sekurang - kurangnya 2-3 percubaan sudah semestinya Fabianski mula dapat kepercayaan kepada dirinya.. Tapi sayang disaat itulah pertahanan mula goyah.. Mula leka dan mungkin dah terlelap seketika..

Come on perminat Arsenal jangan salahkan Fabianski atau mana - mana pemain pun kecuali si double 'D' si Diaby dan Denilson tu yang terang - terangan main macam budak sekolah.. Salahkan taktikal merapu Prof Wenger tu.. Dan salahkan Wenger kerana simpan pemain - pemain yang mampu mengubah permainan Arsenal.. Okey Atikah tau yang si Nasri tiba - tiba selsema balik.. Tapi Atikah yakin Nasri x mahu main setakat 10 minit je.. Nasri sanggup lupakan selsema kalau boleh menang dan masuk Final..

Harap-harap peminat Arsenal tolonglah jangan salahkan Fabianski.. Dan janganlah berfikir supaya dia dipinjamkan dan musim perpindahan nanti kita cari penjaga gol yang lebih berpengalaman.. Macam mana anda boleh sabar untuk melihat Song, Fabregas dan ramai lagi pemain yang di beri peluang macam tu supaya jadi macam sekarang ini?? Okey Atikah sedar mungkin waktu itu pemain2 itu berusia belasan tahun.. Tapi kita perlu ingat umur 24 tahun bukanlah umur yang boleh dikatakan sudah tua untuk penjaga gol.. Selalunya apabila berusia 28 tahun penjaga gol bolehlah dikatakan matang dan barulah mereka mampu menunjukan kehebatan mereka .. Sebab itulah mereka boleh main sehingga berumur 40 tahun..

Kepada Fabianski, kekalahan ini bukanlah kesilapan dan kegugupan kau sahaja.. Janganlah anda bersedih di hari jadi anda.. Dan janganlah kau ingat kekalahan ini.. Pergilah berparti lupakan segala hal tentang kekalahan awal pagi tadi.. Dan berseronoklah kerana anda berhak untuk berseronok memandangkan hari ini hari jadi kau..

Kepada Wenger pulak kalau kita kalah atau seri dengan Liverpool selepas ini tiada alasan okey.. Kau dah rehatkan banyak pemain dan perlawanan bertemu Liverpool nanti kita perlu menang!! Berita baik untuk peminat Arsenal selepas kapten The Reds berkemungkinan besar terlepas perlawanan menentang Arsenal selepas mengalami kecederaan pangkal paha dan disarankan doktor untuk berehat..

Comments

  1. salam..hai atikah
    sy bsetuju gak ngan atikah tp dlm certain case ade yg xbole dipersetujui.
    fabianski secara overall nye mmg bagus tp maybe die perlukan lebih byk masa dn experience.
    salah satu kelemahan utama fabianski ialah timing salah nk kluar gawang. atikah bole lihat dlm plawanan semifinal dan seblum game smlm. fabianski sering meninggalkan gawangnya secara tergesa2 di kala defend masih berupaya dn berpeluang menyekat penyerang lawan. sudah 2 match die kluar gawang awal dan bnasib baik dikeluarkan oleh 2 kali juga oleh gibbs.

    namun utk gol kedua itu juga rasanye terlalu awal krn ketika itu silvestre dan toure cuba mengejar drogba. silvestre sudah hampir diseblah drogba namun die berenti bila melihat fabianski kluar trlalu awal. fabianski nk takut ape?dikanan drogba, silvestre hampir dpt,di kiri drogba plak toure menyusul. ketika inilah timing fabianski silap.jika die nk kluar,die patut kluar lebih awal ketika drogba blum dpt bola lagi.sebaliknya jika die xnak kluar,die ptut tggu silvestre challenge drogba dlu. kalau atikah lihat die kluar smpi kluar kotak penalti. kalau die gagal dpt bola tuh,spatutnya die bentes kaki drogba tu. paling kuat pun maybe dpt kad merah tp GOL blum pasti.so,chance masih tbuka wat arsenal even main 10 org dlm baki baper minit je lg.
    maybe fabianski xmahu dilihat sbg duri dlm daging. so,pujian gakla utk dirinya yg xmau menjatuhkan striker lawan.

    kelemahan lain yg sy nmpak pd fabianski adalah response yg lmbat. gol pertama malouda bukanlah satu shot yg padu dan laju.sebaliknya satu shot yg soft. maybe time tu positioning die salah ditambah response die lmbat dlm menentukan hala sepakan malouda. dlm hal ni, kite mestinya merindui kelibat almunia sbb die bagus dlm positioning dan response cpat.

    tp,sy spertimana atikah xmnyalahkan fabianski 100%. die masih muda,sama spt almunia dlm pentas final UCL 2006 dlu. ketika org caci die nilah die akan mnunjukkan kematangan dn peningkatan. ini adalah lesson plg bharga utk fabianski. diletakkan dlm semifinal FA dan mungkin semifinal UCL nnti,pastinya die mahukan support dan dorongan bukan cacian dan kejian. jadi, kite mantapkan defend utk mnjaga reputasi beliau supaya arsenal x tcicir sesuatu musim ni.

    sorry ye atikah jika ada tsinggung.sy sekadar melahirkn pndapat sy...hope arsenal terus bjaya musim ni..pjuangan masih blum tamat!

    ReplyDelete
  2. thanks gundala.. atikah x terasa pun.. seperti yang atikah dah sebutkan dalam artikel ini.. selalunya di usia 28 tahun barulah seorang penjaga gol boleh bertindak dengan matang..

    namun dalam usia 25 tahun pun dia mampu menjadi matang asalkan dari awal kariernya iaitu sekurang - kurangnya dalam usia 18 tahun dia sering beraksi.. Dalam lebih kurang 75% perlawanan liga semusim.. Namun perkara ini x terjadi kepada dia.. dia masih perlukan masa.. marilah kita sama - sama melihat improvement dia musim depan..

    atikah akui dia sering bertindak tergesa - gesa.. tapi dengan cara sebeginilah yang akan membuatkan dia lebih matang untuk menangani situasi seperti itu di masa hadapan.. biarlah fabianski membuat kesilapan yang x masuk akal sewktu usianya masih muda.. jangan dia lakukan perkara ini sewaktu sudah berusia nanti..

    apa-apa pun atikah yakin dia mampu untuk menjadi penjaga gol terbaik dunia setaraf dengan buffon dan casillas.. namun berilah dia masa.. atikah yakin dalam masa 4 tahun lagi kita akan lihat kehebatan sebenar fabianski.. marilah kita sama - sama nantikan.. tapi dalam tempoh itu dia mestilah beraksi sebanyak mungkin bersama arsenal atau pun dalam peringkat antarabangsa dan berilah dia peluang beraksi pada perlawanan penting..

    dengan cara inilah dia mampu menangani situasi seperti ini pada masa hadapan dan untuk memberikan pengalaman berguna padanya.. dan apabila semua ini sudah berjaya di peroleh fabianski dia sudah semestinya akan menjadi penjaga gol terhebat dunia apabila dia sudah benar - benar matang iaitu pada usia 28 tahun..

    ReplyDelete
  3. yeahhh, I'm agree with gundala and atikah also :)
    silvest la yg paling annoying sbb die sbelah tami-grogba je. so we must put the blame on the defenders not on the past-birthday-boy.

    tp AW mmg bagus because of dy pakai pemain2 muda. I mean, just compare to the other team, mane ade yg gune pemain2 muda, right? So, the young gunners will get use and they will never get into trouble sbb diorang mesti dah ade byk experiences mase diorang akan tua ganyut nanti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil