Injury News!!

Kem Arsenal masih menanti - nanti keputusan kecederaan 2 tonggak pertahanan dan GK iaitu Gallas dan Almunia.. Terdapat bayangan tentang kecederaan mereka tapi masih belum di pastikan oleh Physio Arsenal iaitu Colin Lewin.. Aku terdengar bahawa Almunia mengalami kecederaan pergelangan kaki dan kemungkinan Arsenal bakal kehilangan khidmatnya sekurang - kurangnya selama 3 minggu.. Gallas pula mengalami kecederaan ligamen lutut dan sudah semestinya kita akan kehilangannya agak lama jika kecederaan lututnya serius.. Tapi aku tidak risau berapa lamakah kita akan kehilangan kedua - dua tongak ini memandangkan aku mempercayai kebolehan Lukasz Fabianski di benteng terakhir Arsenal.. Tapi jika penjaga gol ketiga Arsenal iaitu Vito Mannone mungkin aku agak risau.. Kenapa aku percaya Fabianski?? Mudah kerana dia tidak kurang hebatnya dengan Almunia.. Cuma dia agak kekurangan pengalaman dan mungkin agak gugup.. Kita patut bagi dia peluang memandangkan setiap peluang yang diberikan Arsene Wenger kepada Fabianski digunakan dengan sebaik - baiknya.. Apa lagi yang x cukup tentang Fabianski?? Cuba bagitau aku.. Untuk penganti Gallas pula di antara Djourou dan Silvestre.. Siapa pilihan anda?? Aku rasa dalam pertemuan dengan pasukan yang hebat aku rasa kita patut bagi peluang kepada Silvestre memandangkan dia mempunyai pengalaman yang luas.. Untuk Djourou pula bagi dia peluang waktu perlawanan bertemu pasukan sederhana hebat untuk memantapkan aksinya dan meraih pengalaman.. Tapi itu terpulang kepada Wenger, apa yang dia rasa terbaik untuk Arsenal sudah semestinya itu yang terbaik.. Kita sebagai peminat Arsenal perlu terima keputusan itu dengan hati yang terbuka..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil