Hari yang gemilang untuk Arshavin!!!

Arsenal 4 - 4 Liverpool.. Hebat bukan?? Jika bukan kerana kebodohan pemain pertahanan gerenti Arsenal menang.. Okey sebelum Atikah cerita tentang game ni Atikah nak ucapkan tahniah kepada Arshavin yang menjaringkan 4 gol untuk Arsenal!!!

Tidak dapat disangkal lagi kehebatan beliau apabila mudah untuk meledak 4 gol!! Ia sudah tentunya menjadi pembelian berbaloi Arsenal pada musim perpindahan yang lalu..

Arsenal menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-36 selepas hantaran Fabregas kepada Arshavin memberikan kelebihan buat Arsenal.. Kedudukan ini bertahan sehingga minit ke- 48.. Torres meledak untuk menyamakan kedudukan..

Arsenal mula tertekan apabila Benayoun dengan mudah menjaringkan gol kedua Liverpool.. Selepas 10 minit menanti Arshavin yang bijak membaca hantaran pihak lawan, merampas bola sebelum melepaskan sepakan cantik dari luar kotak penalti untuk menumpaskan Reina..

4 minit selepas itu Arshavin memberikan kelebihan buat Arsenal untuk mendahului 3-2 selepas hantaran Nasri berjaya dibaca pertahanan Liverpool tapi gagal untuk mengeluarkan bola apabila menghantar kepada Arshavin yang tidak dikawal.. Kegembiraan peminat Arsenal tidak bertahan lama selepas Torres menggunakan kesempatan selepas pertahanan Arsenal tidak mengawalnya dengan menyamakan kedudukan..

Peminat Arsenal kembali bergembira apabila Walcott menghantar bola kepada Arshavin untuk sekali lagi memberi kelebihan buat Arsenal.. Namun sekali lagi pemain pertahanan leka sebelum dihukum Benayoun pada masa kecederaan.. Fabregas akhirnya menjaringkan gol namun beliau sudah offsaid dan akhirnya keputusan muktamad 4-4..

Pemain yang amat menyerlah pada game ini ialah Fabianski dan Arshavin.. Siapa yang x tengok game ini mesti hairan kenapa Atikah pilih Fabianski.. Sebenarnya Fabianski beraksi dengan cukup baik pada game ini.. Tapi disebabkan kebodohan pemain pertahanan membuatkan Fabianski terpaksa melihat gawangnya dibocori pemain Liverpool.. Man of the match sudah semestinya jatuh kepada Arshavin yang berjaya meledak 4 gol..

Kepada Wenger tolonglah perkemaskan pertahanan masa lawan Middlesbrough.. Kita sebenarnya boleh menang 4-0 jika bukan disebabkan pemain pertahanan yang cukup teruk.. Atikah kesian tengok muka kekecewaan Fabianski yang berusaha keras di gawang Arsenal.. Tapi disebabkan kebodohan pertahanan membuatkan dia sekali lagi dicemuh peminat..

Kepada fan Arsenal jangan salahkan Fabianski.. Hakikatnya ialah pemain pertahanan mula goyah di separuh masa kedua.. Adalah beberapa kali pertahanan Arsenal ditembusi pada separuh masa pertam tapi disebabkan Fabianski kita mampu seri.. Bukan keputusan seri ini disebabkan Arshavin saja tetapi disebabkan kehebatan Fabianski mengawal rapi gawangnya.. Jika bukan kerana Fabianski ini memungkinkan Arsenal tewas..

Kepada pemain2 Arsenal teruskan main macam ni kecuali dibahagian pertahanan.. Tolonglah improved pertahanan.. Jika dulu kita mempunyai masalah menjaringkan gol tapi nampaknya kini kita mempunyai masalah pertahanan.. Kepada Almunia dan Clichy cepat2lah sembuh.. X lupe juge dekat Gallas dan Djourou.. Fan Arsenal merindui kekentalan pertahanan Arsenal suatu ketika dulu.. Kepada Rosicky bila nak sembuh?? Peminat sudah merindui sentuhan kamu.. Teringin nak tengok kau main ngan Arshavin.. Adois!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil