Happy Birthday Lukasz Fabianski!!

Hari ini genap 24 tahun umur Fabianski.. Dilahirkan pada 18 April 1985 di Kostrzyn Nad Odra, Poland.. Hari ini juga perlawanan penting untuk Arsenal.. Arsenal akan bertemu Chelsea di peringkat Separuh Akhir Piala FA.. Atikah yakin Fabianski akan turun padang hari ini dengan semangat berkobar - kobar.. Dan x mustahil juga Fabianski mampu menjaga gawangnya tanpa dibolosi pemain Chelsea..

Jika Fabianski mampu menjadi hero Arsenal hari ini, ia mungkin menjadi hadiah terhebat sempena hari jadinya.. Kepada pemain - pemain Arsenal yang lain main bersungguh - sungguh hari ini untuk menewaskan Chelsea.. Tujukan kepada Fabianski sempena hari jadinya..

Atikah sebagai salah seorang peminat Fabianski mahu mengucapkan Happy Birthday dan semoga hari ini menjadi yang terindah sepanjang hidupnya..

Kepada peminat Arsenal jangan marah Fabianski pulak kalau Arsenal menang dan Fabianski menjadi orang pertama yang bergembira.. Biarlah Fabianski gembira sebab hari ini hari jadi beliau.. So hari ini semua peminat dan pemain Arsenal kena layan Fabianski macam raja kecuali waktu perlawanan..

Ini harapan Wenger kepada 'birthday boynya' yang diharap mampu bersinar hari ini..

"Saya menyanjung tinggi beliau, secara peribadinya", kata Wenger..

"Saya rasa beliau bijak, beliau membaca permainan dengan baik.. Beliau berani dan mempunyai segala campuran untuk menjadi penjaga gol yang hebat"..

"Saya mengucapkan Happy Birthday dan semoga menjadi hari ini menjadi hari terbaiknya"..

Dalam berita lain.. Sagna disahkan x mampu untuk beraksi hari ini manakala Gibbs perlu melepasi ujian kecergasan sebelum perlawanan hari ini.. Marilah kita sama - sama berdoa agar Gibbs mampu melepasi ujian kecergasan dan cergas untuk bermain hari ini.. X lupa juga kita berdoa agar Fabianski mampu melalui hari ini dengan cemerlang dan penuh kegembiraan..

Kepada peminat Arsenal perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 12.05 tengah malam ini.. Siaran langsung di Astro Star Sport..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil