Fabregas Si Pembelot ??

FABREGAS SI PEMBELOT??

fabregas soler.jpg francesc fabregas.jpg

Kepada semua penit Arsenal of course knal sape kat gambar di atas nih.. Siapa lagi kalau bukan Francesc Fabregas Soler yang di lahirkan di Arenys de Mar , Sepanyol pada tanggal 4 mei 1987.. Beliau di amanahkan oleh Arsene wenger iaitu Pengurus Arsenal untuk memikul tanggungjawab sebagai kapten Arsenal.. Tugas yang berat untuk memikul 1001 harapan dan impian peminat dan semua yang ada dalam pasukan untuk membawa sekurang – kurangnya 1 piala pada setiap musim.. Apa yang penting jangan khianati kepercayaan ini.. Fabregas mungkin perlu mengikut jejak langkah lagenda , kapten dan pemain yang paling setia di Arsenal iaitu Tony Adams.. Tony Adams muncul sebagai pemain yang paling setia sampai beliau sanggup melihat pasukan bimbingannya iaitu Porstmouth tewas di tangan Arsenal sebelum di pecat daripada jawatan tersebut.. Namun pelbagai kontroversi muncul selepas Fabregas pulang ke Sepanyol untuk berehat dari kecederaan lutut beliau, beliau di kaitkan melakukan perbincangan bersama bekas kelab remaja beliau iaitu Barcalona.. Banyak peminat sakit hati mendengar atau membaca berita tersebut memandang beliau baru sahaja menyandang jawatan kapten Arsenal..

captain fabregas.jpg

Beliau dengan konsistennya menafikan berita tersebut.. Peminat Arsenal lega.. Tetapi Peminat Arsenal perlu ingat yang Fabregas pernah meluahkan hasratnya untuk pulang ke Sepanyol selepas Pasukan Kebangsaan beliau iaitu Sepanyol muncul sebagai Juara EURO 2008 di Austria & Switzerland menumpaskan Jerman 1 – 0 hasil jaringan Fernando Torres.. xavi alonso & fabregas.jpg

Fabregas masih mempunyai baki kontrak bersama Arsenal sehingga 2014.. Iaitu tahun yang sama kontrak Arsene Wenger tamat.. Tapi Fabregas perlu berfikir dahulu untuk meninggalkan Arsenal dalam keadaan peminat tidak merestui pemergiaannya.. Kerana selalunya pemain yang tinggalkan Arsenal tanpa restu peminat tidak akan succes di mana – mana.. Bukannya berniat nak menakutkan mana – mana pemain yang nak datang atau nak pergi dari Arsenal.. Dan bukan juga mereka cerita tapi inilah hakikatnya.. Contohnya Alexander Hleb yang meninggalkan Arsenal dan siap memaki hamun dan mengutuk bekas kelabnya itu (Arsenal).. Dan akhirnya di balas dengan kesengsaraan yang tidak tergambar pedihnya.. Sudahlah pergi Barcalona hanya memanaskan bangku simpanan.. Siap jurulatih nak jual dia masa musim perpindahan ni pulak.. Harap – harap Fabregas renung – renungkanlah apa yang pernah terjadi kepada bekas rakan sepasukannya ini.. Kerana aku sebagai peminat Fabregas tidak mahu dia sengsara.. Memandangkan umurnya baru berumur 22 tahun.. Ape yang peminat Arsenal perlu lakukan sekarang ialah marilah kita tunggu sehingga berakhirnya musim ini.. Sama ada kapten kita ini akan kekal atau pergi meninggalkan Arsenal..

fabregas.jpg

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil