Fabianski mahu menjadi nombor satu.


Lukasz Fabianski berkata bahawa dia bersedia untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai kebolehan untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal pada masa akan datang.

Pemain berusia 23 tahun dari Poland itu dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan yang dihadapi oleh penjaga gol nombor satu Manuel Almunia.

Kecederaan pemain Sepanyol itu - yang dijangka mengakibatkannya diketepikan buat beberapa minggu - telah memeberikan peluang kepada Fabianski untuk menunjukkan kebolehannya dalam saingan pertama pusingan suku akhir Liga Juara - Juara menentang Villareal.

Fabianski telah dipaksa menunjukkan kebolehannya dengan serta - merta, dimana dia melakukan dua penyelamatan yang memberangsangkan untuk membantu Gunners seri 1-1 menerusi jaringan menarik penyerang Togo Emmanuel Adebayor.

_____________________________________________________________________________________
Gallas terkeluar bagi Gunners.
_____________________________________________________________________________________

Arsene Wenger telah mencabar pasukan Arsenal untuk bersaing bagi posisi ketiga dalam Liga Perdana Inggeris walaupun pasukannya kini berlaku krisi kecederaan yang teruk.

Pengurus Arsenal telah mengumumkan bahawa pemain pertahanan kelab itu William Gallas terpaksa diketepikan sehingga akhir musim ini selepas mengalami kecederaan lutut dalam saingan sukuakhir Liga Juara - Juara menentang Villareal, Rabu lalu.

Seorang lagi pemain pertahana Gael Clichy pula akan terlepas beberapa perlawanan penting selepas mengalami kecederaan bahu selepas perlawanan Liga Juara - Juara yang telah menambah masalah kecederaan Arsenal pada musim ini.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil