Fabianski bakal penjaga gol nombor 1 Arsenal dan Poland !!

Lukasz Fabianski dilahirkan di Kostrzyn Nad Odra, Poland pada tanggal 18 April 1985.. Fabianski menyertai Arsenal pada 26 May 2007 dari Legia Warsaw.. Membuat debut pertama bersama Arsenal menentang Newcastle United di dalam Carling Cup pada 25 September 2007.. Usianya masih muda iaitu berusia 24 tahun pada 18 April ini.. Kehebatannya di gawang Legia Warsaw pada masa dahulu diteruskan apabila berpindah ke Arsenal.. Tidak mengejutkan apabila dia di undi sebagai penjaga gol terbaik ‘Ekstraklasa’ ( Liga Poland) pada tahun 2006 dan 2007.. Jika anda melihat permainannya baru - baru ini iaitu sewaktu menentang Hull City di dalam Piala FA kita boleh lihat betapa cemerlangnya aksinya itu.. Walaupun melepaskan 1 gol yang terbias terkena kaki Djourou yang mengakibatkan Fabianski sukar untuk melakukan sesuatu sebelum bola itu menerjah jaring.. Tapi dia berjaya menafikan free kick cantik dari Geovanni.. Aku melonjak kegembiraan.. Kalau aku ada dekat dia nak je aku peluk dia.. Teringat aku waktu Geovanni skor untuk gol kemenangan Hull City tempoh hari di mana Almunia gagal melakukan sesuatu untuk mengelakkan Arsenal tertewas.. Aku yakin Fabianski mampu menjadi penjaga gol no. 1 Arsenal apabila Almunia bersara atau blah
dari Arsenal.. Dengan syarat dia kekal dekat Arsenal.. Dia juga mampu untuk menjadi penjaga gol no. 1 Poland memandangkan aksi semasa Artur Boruc yang tidak konsisten dan sering melakukan kesilapan.. Fabianski mempunyai pakej yang lengkap terutama sekali tindakan beliau menyertai kelab seperti Arsenal.. Tiada apa yang boleh kita pertikaikan tentang penjaga gol muda ini.. Aku rasa tiada siapa pun penjaga gol muda di masa kini yang mampu beraksi seperti beliau.. Aku harap dia akan terus konsisten dan terus pertingkatkan skill2 untuk menjadi penjaga gol terhebat di dunia.. Biar semua kelab gergasi Eropah mengidamkan khidmat beliau.. Tapi apabila situasi itu berlaku, aku harap dia akan terus stay dekat Arsenal.. Tidak kiralah siapa pengurus pasukan, siapa pemain tapi hanya satu saja yang x kan berubah iaitu kepercayaan peminat kepada beliau.. Aku rasa kepercayaan peminat lebih penting.. Jurulatih adalah yang kedua.. Buat apa ada kepercayaan pengurus pasukan kalau peminat tidak mempercayainya?? Fabianski aku harap kau kekal bermain dekat Arsenal buat selama - lamanya.. Kau hanya boleh tinggalkan Arsenal jika aksi engkau hanya membuatkan kemarahan peminat Arsenal.. Tapi aku yakin ia x kan berlaku kalau terus improve skill kau, konsisten dan sering dapat sokongan padu semua orang.. FABIANSKI, FOR THE FIRST TIME I SAW YOU PLAY I JUST FALL IN LOVE WITH YOUR SKILL .. I HOPE THAT NOT THE LAST TIME I SEE YOU PLAY LIKE THAT.. FABIANSKI, ALL OF ARSENAL FAN IS TRUST YOU TO REPLACED ALMUNIA IN 3 WEEK FULL OF IMPORTANT MATCH.. WE KNOW YOU CAN DO A GOOD JOB.. PLEASE DON'T BETRAY OUR TRUST.. YOU CAN DO IT FABIANSKI!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil