Berita-berita Champions League


Kolo dan Yaya Toure masing2 bermimpi untuk bertemu sesama sendiri di Rome pada 27 Mei nanti..

Yaya memberitahu ia akan menjadi pengalaman yang hebat dan memori yang terbaik yang terjadi untuk keluarga kami..

Yaya menambah, " Kolo memberitahu saya banyak perkara tentang Chelsea.. Kolo mahu kami tewaskan Chelsea selepas mereka tewas dalam peringkat separuh akhir piala FA"..

Dalam berita lain Atikah terdengar kita bakal kehilangan seorang lagi centreback.. Iaitu Silvestre yang dilihat mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan menentang Middlesbrough yang lalu.. Namun perkara ini masih belum dipastikan Wenger..

Toure juga melahirkan rasa keyakinannya kepada Gibbs untuk memikul tugas menghalang pegerakan Ronaldo.. Kolo berkata, "Biarkan Gibbs bermain.. Dia seorang pemain yang bagus dan bijak.. Dia hadir pada masa yang sukar sewaktu kami bertemu pasukan-pasukan besar.. Dan saya rasa dia berjaya melaksanakan tugasnya dengan cukup baik"..

"Namun kami tidak hanya bergantung kepadanya saja.. Kami akan bersama-sama mempertahankan kubu kami"..

Perbezaan diantara Arsenal dan MU bukanlah terlampau besar jadi Atikah setuju dengan kata-katanya ini..

" Kami dan MU sama-sama mempunyai penyerang yang hebat.. Dan kami juga sama-sama melepaskan gol dan mempunyai masalah pertahanan.. Jadi siapa yang berjaya bertahan dengan baik dialah yang akan menang".." MU sebenarnya yang tertekan kerana mereka memenanginya musim lepas.. Dan semua pasukan mahu menewaskan mereka"..

Wenger pula mengulas tentang kehadiran pak cik Ferguson ke Emirates.. " Sebenarnya dia mahu melihat Middlesbrough bermain bukannya kami"..

Okey itu sajalah berita2 yang berjaya dihidu Atikah.. Kepada fan Arsenal jangan lupa tengok game Arsenal vs MU esok.. Atikah belum dapat pastikan lagi pukul berapa dan ada x siaran langsung di astro.. Tapi jangan risau Atikah akan beritahu anda semasa artikel pre- match Arsenal vs MU esok.. Bye2.. Good Luck Arsenal.. Keep training hard..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil