Ballack mencari pasal dengan Arsenal!!

Chelsea tidak mahu kecewa lagi.
Musim lalu, skuad The Blues itu gagal menjulang sebarang trofi meskipun layak ke final Piala Liga dan Liga Juara-Juara.

Tambah mengecewakan apabila mereka gagal dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England kepada Manchester United.

Lantas pemain tengah Chelsea, Michael Ballack menegaskan, mereka tidak mahu perkara tersebut berulang musim ini bermula dengan pertemuan separuh akhir Piala FA bertemu Arsenal awal pagi esok.

"Pasukan ini dahagakan kejuaraan selepas kami hanya muncul sebagai naib juara sebanyak tiga kali musim lalu.

"Kami bukanlah pasukan yang banyak memenangi kejuaraan lampau jika dibandingkan dengan Liverpool. Tetapi kini kami sudah menghidu kejayaan, kami semakin mendekatinya," kata Ballack.

Pertemuan menentang Arsenal awal pagi esok pasti menjadi peluang terbaik buat Chelsea membalas dendam kekalahan 1-2 kepada skuad The Gunners itu pada aksi liga di Stamford Bridge awal musim ini.

"Kami mahu tunjukkan kepada Arsenal bahawa kami boleh menundukkan mereka selepas apa yang berlaku sebelum ini.

"Pada perlawanan itu, kami menguasai permainan sehinggalah mereka menjaringkan gol yang sememangnya jelas ofsaid.

"Layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara sememangnya telah memberikan kami tahap keyaki- nan yang tinggi untuk berdepan perlawanan penting ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Ballack mengakui Arsenal mempunyai skuad yang baik, namun kadangkala skuad bimbingan Arsene Wenger itu berada pada prestasi tidak menentu.

"Sebab itulah mereka (Arsenal) tidak berada pada kedudukan teratas liga. Tetapi kami harus ingat, apabila mereka bermain pada tahap terbaik, mereka akan pamerkan corak permainan bola sepak yang cukup menarik," kata Ballack. - Sumber dari akhbar Kosmo!-

Apa perasaan anda?? Cukup menyakitkan hati bukan.. Atikah lebih terasa memandangkan Atikah merupakan peminat Ballack.. Adakah Ballack lupa siapa yang jaringkan gol?? 'Johan Djourou'.. Bukannya Anelka, Lampard atau sesiapa pun dari Chelsea.. Pada perlawanan itu Atikah lihat Arsenal yang lebih mendominasi permainan berbanding Chelsea yang bermain ntah ape - ape hari tu.. Kalau bukan simpati Djourou jangan haraplah nak dapatkan gol..

Chelsea membiarkan 7 gol bolos dari 2 perlawanan sementara Arsenal hanya 1 gol dalam 2 perlawanan.. Pertahanan siapa yang lebih kebal?? Penjaga gol mana yang hebat?? Sudah pastinya pertahanan Arsenal dan Lukasz Fabianski..

Ramai yang mungkin menjangkakan ini ialah perlawanan paling sopan diantara kedua - dua pasukan.. Kerana perginya Mourinho yang sering menimbulkan kontroversi.. Namun apa yang dikatakan Ballack sudah pastinya menimbulkan kemarahan peminat Arsenal..

Dia ingat Chelsea je ke yang keempunan piala?? Arsenal pun nak menang jugak.. Chelsea sekurang - kurangnya mampu meraih medal perak musim lepas dan menang Carling Cup 2006.. Arsenal pula keempunan piala selama 4 musim dan tiada sebarang medal sekalipun perak!! Mana lagi lama?? Mana yang lebih keempunan piala Ballack??

Ballack nanti kalau Arsenal memperkotak - katikkan Chelsea jangan pula nanti hang pa menangis air mata darah.. Perlu diingatkan yang Arsenal juga ke Semi Final UCL.. Bukan hanya Chelsea saja!!

Apa2 pun kalau ada peminat Chelsea baca dan terasa hati dalam artikel di atas jangan marah peminat Arsenal kerana Ballack lebih menyakitkan hati.. Adios

Comments

  1. can't forget mase match tu ballack org langgar sikit je marah melebih!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil