Aston Villa seri!!!

Aston Villa seri 3 - 3 dengan Everton semalam.. Ini membuatkan Arsenal mempunyai kelebihan 8 mata ke atas Aston Villa.. Namun martin O'neill masih optimis mereka mampu ke UCL tahun hadapan.. Inilah petikan kata - katanya.. " Adakah kami sudah keluar dari perebutan ke Champions League? ( Aku rasa ya Encik Martin O'neill oi!!) Saya tidak setuju.. Saya rasa kami perlu menang semua baki perlawanan.. Ini akan membuatkan Arsenal tertekan".. (Ye ke?? Aku rasa sekarang ni Arsenal x tengok Aston Villa lagilah.. Arsenal fokus kejar Chelsealah encik O'neill oi!! X tau ke??)

Dia menambah lagi.. "Dengan kemenangan Arsenal semalam, ia akan menjadi sukar kepada kami.. Tapi kami x boleh putus asa macam itu saja".. (Kau ingat Aston Villa je ke x boleh putus asa?? Arsenal pun x kan putus asa nak kejar Chelsealah..)

" Arsenal ada beberapa perlawanan yang sukar selepas ini, begitu juga kami.. Jadi kami perlu menang dan tengok apa yang terjadi".. ( Pak cik O'neill, ingat Arsenal teruk macam pasukan hang ke?? Macamlah Arsenal x boleh kalahkan MU, Chelsea dan Liverpool.. Bukannya mereka hebat pun.. Arsenal lagi hebat..)

"Saya x kan menyerah, tapi ia akan menjadi sangat sukar"..

Dia ingat Aston Villa lebih hebat dari Arsenal ke?? Waktu kita jumpa dulu Arsenal x de Arshavin.. Bolehlah menang.. Sekarang ni Arsenal lebih hebatlah.. Cuma bahagian pertahanan je sedikit goyah..

Okey dalam minggu ini dan minggu depan, Arsenal bakal berdepan perlawanan antara hidup dan mati.. *15 April ini (rabu) Arsenal perlu menewaskan Villareal jika mahu melangkah ke Semi Final UCL.. 18 April ini (sabtu) Arsenal perlu menumpaskan Chelsea untuk ke Final Piala FA jika mahu menamatkan musim ini dengan meraih sekurang - kurangnya 1 Piala..

Cabaran hebat pada 21 April ini apabila kita perlu berdepan Liverpool dalam saingan liga.. Kita perlu menumpaskan Liverpool dengan apa cara sekali pun untuk menjarakkan diri dengan Aston Villa sambil mengejar Chelsea..

26 April pula kita akan bertemu Middlesbrough (EPL).. Walaupun seakan - akan kita mampu menang mudah, tapi kita perlu ingat yang kita sering kalah dan seri dengan Middlesbrough.. Bila kita lead atau nak menang je mesti bekas pemain Arsenal iaitu Jeremie Aliadiere menjadi penyelamat Middlesbrough..

Note: * Pertukaran jadual.. Beri peluang kepada Liverpool memperingati kejadian Hillsborough..
Apa itu kejadian Hillsborough?? (Klik perkataan Hillsborough)


Comments

  1. best la..
    da tinggal jauh..insyaALLAH.. kita no4..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil