Arshavin mungkin akhiri kariernya bersama Arsenal!!

Arshavin membayangkan dia mungkin akan kekal di Arsenal sehingga penhujung kariernya..

Andrei Arshavin tiba di Stadium Emirates ketika perpindahan pemain dibuka sepanjang Januari lalu dengan kejayaan mengikat perancang tengah itu dianggap bagaikan mengakhiri penantian panjang peminat - peminat The Gunners..

Selepas drama perpindahannya berlarutan dalam tempoh yang panjang, pemain berbakat Rusia ini akhirnya melengkapkan penghijrahannya dari Zenit St. Petersburg, menandatangan perjanjian bersama Arsenal yang mengikatnya dengan kelab utara London ini untuk tempoh selama tiga setengah tahun..

Sejak ketibaannya di kelab Arsenal, Arshavin telah meninggalkan impak hebat kepada mana - mana peminat yang tidak yakin akan kemampuannya dengan menyuntik lebih banyak bakat yang diperlukan untuk barisan serangan Arsenal.. Sesuatu yang sebelumnya tiada berikutan kecederaan berterusan pemain - pemain Arsenal..
Dalam memperkatakan tentang perkara ini, pemain berusia 27 tahun itu telah membicarakan perkembangan yang dilaluinya sepanjang tempoh singkatnya di kelab Arsenal sehingga setakat ini dan telah membayangkan bahawa dia mungkin bakal mengakhiri perjalanan kariernya di Stadium Emirates.. "Rakan - rakan sepasukan begitu mesra, saya merasa selesa bersama pasukan", kata Arshavin..

"Detik ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, namun tempoh kontrak saya agak panjang"..

"Ianya mungkin bakal menjadi kontrak terakhir sehingga penghujung karier saya"..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil