Arsene Wenger: Gong vote is a joke

Arsene Wenger dan Alex Ferguson bertikam lidah lagi!! Kerana Manchester United mendominasi anugerah PFA..

United mempunyai 5 daripada 6 calon dalam anugerah Player of the Year Award.. Sedangkan Arsenal tiada sebarang pencalonan.. Wenger berkata, "pengundian itu hanya dibuat pada bulan Februari.. Pemain yang disenaraikan semuanya yang bermain dengan baik sehingga bulan Februari"..

"Pemain yang tidak dapat bermain sehingga bulan Januari langsung tiada peluang untuk disenaraikan walaupun bermain dengan begitu baik sehingga tamat musim ini"..

The Gunner yang memulakan kempen dengan tidak konsisten kini mempunyai rekod tanpa kalah sepanjang 18 perlawanan EPL..

Wenger menambah, "Kini ialah bulan yang penting, April dan Mei.. Jadi anugerah ini hanya untuk pemain yang bermain dalam 6 bulan pertama"..

"Jika pengundian pada bulan Mei, saya mengharap sesetengah pemain saya akan tersenarai"..

Tetapi Red Devils bos melawan balik musuh lamanya dari Perancis itu..

Ferguson berkata, "Arsene tidak boleh berkata tentang 2 atau 3 perlawanan yang lepas"..

"Mungkin, untuk adil, mereka mengundi nanti"..

"Tapi kami ada beberapa perlawanan yang hebat pada musim ini"..

Wenger bakal mempunyai masalah pertahanan pada perlawanan malam ini menentang Villareal dalam persaingan suku akhir liga juara-juara..

Manuel Almunia, William Gallas, Gael Clichy dan Johan Djourou mengalami kecederaan sewaktu seri 1-1 bersama Villareal dan sewaktu menentang Wigan di mana Arsenal menang 4-1..

Wenger yang risau menambah.."Kami x perlu pengurus memilih pertahanan biar pertahanan yang memilih diri mereka sendiri"..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil