Arsenal menegelamkan Siti


Pengembalian semula kapten Cesc Fabregas dari kecederaan berjaya membantu Arsenal melakar kemenangan dengan dua jaringan penyerang Togo Emmanuel Adebayor mengatasi Manchester City di Emirates Stadium.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah tidak beraksi untuk tiga bulan akibat kecederaan lutut dalam perlawanan pertamanya dengan mencipta dua gol bagi Adebayor dalam separuh masa pertama dan kedua perlawanan.

Adebayor turut telah menunjukkan aksi yang meyakinkan selepas kembali semula beraksi semenjak lapan minggu diketepikan akibat kecederaan kaki.

Skuad Arsene Wenger ini seakan boleh mengakhiri musim ini dengan cemerlang berikutan menghadapai saingan suku akhir Liga Juara - Juara dan separuh akhir menentang Chelsea di Wembley.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil