Arsenal belasah Villareal 3-0!!

Okey sebelum Atikah buat analisis perlawanan pagi tadi, mari kita lihat barisan kesebelasan utama Arsenal..
FABIANSKI
EBOUE-----TOURE-----SILVESTRE-----GIBBS
WALCOTT-----FABREGAS-----SONG-----NASRI
VAN PERSIE-----ADEBAYOR
SUBS
MANNONE (GK)
DIABY
EDUARDO
VELA
DENILSON
AARON RAMSEY
BENDTNER

Banyak kejutan yang dilakukan Wenger bukan?? Sagna direhatkan dan digantikan oleh Eboue!! Mampukah Eboue bermain dengan baik?? Nak tau tunggu sekejap okey..

Prediction Atikah nampaknya betul kali ini.. Arsenal 3 - 0 Villareal..

Arsenal nampaknya berpesta gol apabila melayan kunjungan Villareal.. Kapal Selam Kuning ini dimeriamkan dengan 3 bijik.. Bukan 1 dan bukan 2 bijik.. Ini akan memberi amaran awal buat Chelsea nanti..

Pada mulanya pertahanan Vilareal agak goyah pagi tadi.. Atikah hairanlah Arsenal ke Villareal yang mempunyai masalah pertahanan?? Arsenal mula mengancam pada minit ke - 9 menerusi Adebayor.. Tetapi sayang Adebayor gagal menggunakan peluang keemasan itu..

Seminit selepas itu Eboue melorongkan bola kepada Fabregas sebelum Fabregas melakukan hantaran ke belakang untuk Walcott.. Walcott melepasi kawalan pertahanan dan Walcott melakukan bola lob untuk melepasi jangkauan penjaga gol Villareal sebelum bola itu menerjah ke sudut sebelah kanan gawang Villareal..

Baki selepas itu agak menarik yang menyaksikan Arsenal mendominasi permainan namun gagal untuk menjaringkan gol kedua.. Pada minit ke - 60 Adebayor menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol selepas menerima hantaran Van Persie sebelum Adebayor merembat leret dibawah badan Diego Lopez..

Pada minit ke - 69, Walcott dikasari Godin didalam kotak penalti.. Tiada apa yang meragukan pembantu pengadil dan pengadil untuk menghadiahkan penalti untuk Arsenal.. Dan Eguren menyibuk memarahi pengadil dan pembantu pengadil sebelum beliau 'dianugerahkan' kad kuning kedua sebelum pengadil melayangkan kad merah..

Van Persie diamanahkan mengambil sepakan penalti tersebut.. Mudah untuk Van Persie menjaringkan gol ketiga perlawanan.. Atikah tengok ramai peminat Villareal yang masam mencuka begitu juga dengan pengurus mereka.. Bagi peminat Arsenal pula sudah semestinya tersenyum lebar selepas Arsenal sudah tentunya sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir..

Pada minit ke - 77, Wenger mula memperlahankan rentak permainan dan sekali sekala melakukan counter attack.. Wenger membawa masuk Diaby dan Denilson mengantikan Van Persie dan Walcott..

Dan ini saat yang cukup memalukan untuk Fabregas.. Atikah x pasti hantaran lintang siapa tetapi Fabregas mencuba untuk menjaringkan gol dengan sepakan gunting (macam adebayor skor gol pertama Arsenal minggu lepas) tapi sayang sepakan guntingnya x menjadi..

Wenger melakukan pertukaran terakhir untuk Arsenal dengan membawa keluar Adebayor dan membawa masuk Bendtner..

Pujian harus diberikan kepada Eboue, Fabianski, Gibbs dan Song.. Bukannya pemain yang x tersenarai main teruk, tapi 4 pemain ini cukup menarik perhatian Atikah..

Eboue, bermain dengan cukup baik di bek kanan dan sering menjaga Rossi.. Dan Eboue juga sering membantu pemain serangan.. Cukup menyeronokkan melihat aksinya..

Fabianski cukup hebat di gawang Arsenal.. Menafikan percubaan - percubaan Villareal untuk cleensheet.. Almunia nampaknya perlu bersaing dengan Fabianski ni.. Silap2 nanti tahun depan Fabianski jadi penjaga gol utama Arsenal..

Gibbs membuat penampilan sulungnya di dalam Champions League.. Atikah x nampak langsung kegugupannya.. Beraksi cukup cemerlang di bek kiri dan Atikah lihat passing Gibbs juga cukup cantik.. Begitu juga dengan tacklenya.. Clichy nampaknya perlu bersaing dengan Gibbs ni.. Atikah yakin Gibbs patut lupakan posisi sayap kiri.. Hanya fokus pada bek kiri je.. Dia tampak hebat di posisi bek kiri..

Song juga beraksi cemerlang.. Gandingannya bersama Fabregas di bahagian tengah cukup mengkagumkan.. Dia juga punya peluang untuk meletakkan namanya selaku penjaring tapi sayang sepakannya langsung x menerjah jaring..

Arsenal akan bertemu MU pada Semi Final nanti selepas gol jaringan tunggal C.Ronaldo membawa MU bertemu Arsenal.. Atikah yakin tidak sukar untuk menewaskan MU berdasarkan prestasi semasa Arsenal dan MU..

Arsenal akan ke Wembley selepas ini untuk bertemu Chelsea pada hari sabtu.. Kemungkinan Eduardo akan kembali!! Siaplah Chelsea, Arsenal akan membelasah anda selepas ini!!

HIDUP ARSENAL!!!!!!




Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil