Analisis prestasi Bendtner

Okey Atikah tulis artikel ini untuk menghilangkan bosan sementara menanti perlawanan menentang Liverpool di Anfield..

Mengapa Atikah memilih untuk membuat analisis tentang Bendtner?? Senang saja sebab pada perlawanan ini sudah semestinya Wenger akan memilih beliau jika mengunakan formasi 4-5-1.. Mengapa bukan Eduardo?? Mungkin sebab dia baru pulih dari kecederaan..

Okey2 ni dah lari dari tajuk ni.. Okey Bendtner dilahirkan di Copenhagen, Denmark.. Beliau di lahirkan pada tanggal 16 Januari 1988.. Beliau menyertai Arsenal pada 1 Ogos 2004 dari kelab FC Copenhagen.. Membuat debut pertamanya bersama Arsenal pada 25 Oktober 2005 semasa perlawanan menentang Sunderland di dalam Piala Liga..

Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal pada 25 September 2007 pada perlawanan menentang Newcastle United dalam Piala Liga..

Ramai fan Arsenal mula meragui kemampuannya pada musim ini selepas sering melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol.. Jika kita ingat musim lepas dimana Bendtner sering menjadi penyelamat Arsenal disaat-saat akhir untuk memberikan kemenangan atau seri kepada Arsenal.. Mungkin disaat itu Bendtner lebih dipercayai berbanding sekarang ini.. Sejujurnya Atikah agak mengkaguminya apabila dia sering menyelamatkan Arsenal.. Namun nampaknya kepercayaan Atikah kepada Bendtner sedikit luntur selepas melihat prestasinya bersama Arsenal musim ini..

Mungkin salah satu sebabnya ialah partnernya dibahagian serangan Arsenal.. Kita lihat dia agak serasi bergandingan bersama Vela dimana dia bolehlah dikatakan kembali konsisten dan mampu merobek gawang lawan.. Jika kita lihat sejak kebelakangan ini Wenger sering meletakkan beliau berseorangan dibahagian serangan dimana dia sering gagal menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang keemasan.. Mungkin faktor ini terjadi kerana bebanan yang disandarkan kepadanya agak berat untuk dipikulnya.. Memandangkan faktor umurnya masih muda membuatkan dia gagal untuk menepis segala tekanan yang datang kepadanya..

Mungkin kita patut memberikannya masa dan x payahla kita memberikan tekanan kepadanya kerana dia masih muda dalam bidang ini.. Beliau bukanlah teruk seperti Eboue (suatu ketika dulu).. Beliau masih lagi mampu untuk mencipta peluang kepada rakan sepasukannya.. Dan Atikah lihat jika dia berjaya menyesuaikan diri di bahagian sayap kanan mungkin beliau mampu untuk menyinar lebih dari posisi serangan.. Dia mempunyai kelajuan dan ketinggian.. Jika beliau bermain di flank kanan dia masih mampu untuk menjaringkan gol terutama sekali jika merima hantaran lintang.. Dia mampu untuk menggunakan ketinggiannya itu untuk menanduk masuk gol..

Kita x boleh terus meyalahkan beliau jika dia gagal untuk menjaringkan gol sewaktu pertemuan menentang Liverpool awal pagi ini.. Mungkin jika ini berlaku menyebabkan kekalahan Arsenal.. Berilahlah dia peluang untuk menepis segala tekanan dan membiasakan diri dengan segala harapan yang dipikulnya.. Atikah percaya beliau mampu untuk menjadi sehebat Henry jika Arsenal terus mengilap bakatnya disamping beliau mendapatkan sedikit nasihat dari pemain penyerang yang berjaya di EPL suatu masa dulu..

Kita perlu tahu yang Liga EPL bukanlah semudah Liga di negara2 lain.. EPL mempunyai sedikit kelainan dan keistimewaan yang tersendiri dimana setiap pemain akan diuji secara mental dan fizikal.. Hanya pemain yang mempunyai kedua-dua kekuatan ini sajalah mampu untuk menjadi pemain yang terhebat di dalam liga ini.. Bukan itu saja mereka perlulah mempunyai badan yang tegap untuk mengelakkan menjadi mangsa kekasaran pihak lawan.. Okey sebenarnya perkara ini pun terjadi di liga2 lain tapi sebenarnya liga EPL lebih dari itu..

Aik sebenarnya Atikah buat analisis tentang Bendtner ke tentang EPL?? Hairan2.. Okey siapa yang x paham buat2 paham jela.. Atikah pun sedikit confused dengan apa yang Atikah tulis.. Ah x kisahlah biar otak kita berjalan sikit untuk fahami apa yang ada dalam kepala otak Atikah ni.. Di mana kita tadi ha?? Okey sebenarnya Atikah pun x de idea sebab itulah Atikah dah mula start merapu ni.. Tapi apa-apa pun Atikah nak tegaskan disini berilah ruang untuk Bendtner membiasakan diri dengan tekanan dan bebanan yang dipikulnya.. Percayalah ia tidak semudah yang disangka..

Okey cukuplah tu.. Sape yang x puas hati sila bagi komen dan Atikah janji akan balas.. X kisahlah ape2 pun janji jangan menjatuhkan maruah sesiapa pun.. Dan kalau boleh x nak sape2 pengunjung blog ni terasa.. So sape yang nak bagi komen cover2 la skit okey.. Eh kejap2 tiba2 Atikah ade idea.. Atikah disini amat berbesar hati jika cadangan Atikah ini mendapat sambutan ramai..

Atikah bercadang untuk membuat analisis tentang pemain2 Arsenal ataupun pemain2 yang bermimpi untuk bermain dengan Arsenal ataupun pemain2 yang fan Arsenal nak tengok mereka main dekat Arsenal.. Kerja anda semua mudah saja hanya berikan idea tentang siapa pemain yang anda nak tau dan Atikah berjanji untuk menganalisis mereka ini sedalam-dalamnya.. Sebenarnya lebih kepada kemampuannya di atas padang.. Dan disini juga kita boleh tahu kelemahan kekuatan mereka.. Tujuan Atikah buat ini ialah untuk membuatkan pengunjung blog ini terhibur.. Kalau anda ada idea lain sila poskan komen anda ye.. Untuk membuatkan lebih ramai mengunjung blog ni.. Kasi gempak sikit..

Ha satu lagi Atikah hairanlah x kan Atikah seorang je penulis blog ni?? Mana penulis2 lain?? Bosanlah kalau Atikah sorang je tulis.. Kepada penulis blog Arsenal Malaysia sila jawab pertanyaan Atikah ni.. Confused ni!!

P/S: Siapa yang x senang dengan apa yang Atikah tulis Atikah mintak maaf.. Kalau ada apa2 yang mengganggu fikiran anda sejak Atikah jadi penulis blog ni silalah tanya.. Atikah x kisah.. Sebenarnya Atikah bersifat terbuka kecuali di sesetengah perkara.. Adios.. Teruskan support Arsenal walau dimana pun anda berada..

Comments

  1. Well, I think takde pape yg tk boleh dipersetujui sbb atikah pon tk kutuk-kutuk my bendtner so what's the point kite nk marah2 kan? ;)

    anw, atikah belaja france ea?
    :)

    ReplyDelete
  2. mmglah atikah x kutuk si bendtner sbb atikah pun minat die ni.. lagipun dia bukannya x hebat cuma x tunjukkan potensinya dia lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil