Almunia rebut kejayaan


Penjaga gol Arsenal Manuel Almunia menegaskan kini merupakan masa untuk Gunners mencapai keputusan cemerlang di pentas besar dan mengisytiharkan pasukan kesayangan aku ni berpeluang besar untuk berbuat demikian musim ini.

Kelab liga Perdana Barclays yang kian meningkat naik pada masa sekarang ini akan menentang Villareal untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir Liga Juara - Juara, dengan perlawanan pertama akan diadakan di stadium El Madrigal malam ini.

Sepangjang tiga bulan lepas Gunners telah dengan perlahan mendapatkan semula momentum, rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan liga Perdana berturut - turut meletakkan Arsenal kembali ke tangga empat teratas manakala mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala FA menentang Chelsea di Wembley.

Almunia yang berusia 31 tahun itu yakin pemain - pemain seperti Cesc Fabregas dan Theo Walcott dapat mencapai kejayaan untuk Gunners pada 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil