Akhirnya badi selama 3 tahun lebur jua

Okey mula-mula Atikah nak ucapkan tahniah kepada hero dan juga kapten kita kerana berjaya menjaringkan 2 gol untuk membawa Arsenal menang 2-0 ke atas Middlesbrough.. Jika perlawanan menentang Liverpool Arshavin wiranya dan pada perlawanan ini kapten Arsenallah wiranya..

Okey sebelum Atikah buat analisis perlawanan malam tadi Atikah nak senaraikan dulu pemain kesebelasan utama pada perlawanan ini..

ALMUNIA
EBOUE-----TOURE-----SILVESTRE-----GIBBS
WALCOTT-----FABREGAS-----DENILSON-----NASRI
ARSHAVIN
BENDTNER

SUB
FABIANSKI (GK)
DIABY, SONG
SAGNA, DJOUROU
VELA, ADEBAYOR

Tiadanya Eduardo sekali lagi!! Cukup mengecewakan Atikah dan segelintir peminat Eduardo.. Okey Atikah nak minta maaf dulu sebab Atikah x boleh buat analisis pada 1 half kerana Atikah gagal nak dapatkan link streaming.. Namun nasib baik Atikah dapat tengok second half.. Okey cukuplah tu.. Marilah sama-sama kita renungkan analisis yang Atikah buat ni..

Akhirnya badi selama 3 tahun kita sering seri dengan Middlesbrough terhapus jua.. Tiada belas kasihan kepada pasukan Middlesbrough untuk mendapatkan sebarang mata untuk mencerahkan peluang mereka kekal dalam saingan EPL musim depan.. Arsenal akhirnya melepaskan 2 peluru dari kapten kesayangan kita yang penuh kontroversi ini..

Pada minit ke- 26 hasil gerakan satu dua Fabregas dan Arshavin akhirnya membawa tuah apabila Fabregas berjaya merobek gawang Middlesbrough.. Pada second half pula Wenger mengeluarkan Silvestre dan membawa masuk Djourou..

Pada minit ke- 67 Fabregas yang menerima hantaran Eboue dibantu pula penjaga gol Middlesbrough keluar dari kotak penalti dengan tenangnya melepaskan rembatan leret untuk mengukuhkan cengkaman Arsenal dan menambahkan tekanan kepada Middlesbrough..
Seminit selepas itu Fabregas dan Walcott dibawa keluar digantikan Adebayor dan Diaby..

Sebenarnya kita mampu untuk menang lebih dari 2 gol.. Namun pemain Arsenal gagal mengunakan kesempatan disamping kekentalan pemain pertahanan Middlesbrough dibantu pula dengan kecekapan penjaga gol mereka membuatkan Arsenal gagal membelasah Middlesbrough..

Aliadiere nampaknya gagal menembusi gawang Arsenal malam tadi.. Kekentalan dan kecekapan pemain pertahanan dan Almunia berjaya membuatkan Middlesbrough tertekan untuk mencari gol penyamaan.. Arsenal sekarang ini mengukuhkan tempat ke-4 liga dengan kelebihan 10 mata dihadapan Aston Villa.. Dan Chelsea pula semakin tertekan apabila Arsenal berjaya merapatkan jurang kepada 6 mata dengan mereka..

Atikah agak kagum dengan Bendtner yang sering naik turun pada perlawanan tadi.. Tapi sayang dia gagal untuk menjaringkan gol kerana kecekapan penjaga gol Middlesbrough membuatkan Bendtner gagal untuk menempah nama sebagai penjaring.. Bagi pandangan peribadi Atikah pula, Atikah melihat ada sedikit improvement daripada Denilson dan Diaby.. Tapi x banyak dan masih belum cukup untuk memberi impak yang positif kepada pasukan Arsenal..

Kejayaan Gibbs yang berjaya mengawal Downing juga harus diberi pujian.. Eboue juga berjaya beraksi dengan baik.. Disamping akhirnya bek tengah Arsenal kental jua.. Tahniah kepada pertahanan dan Almunia yang berjaya menghasilkan cleen sheet pada perlawanan ini..

Kepada Diaby dan Denilson teruskan improvement yang diharapkan mampu memberikan kesan positif kepada pasukan.. Kepada Arshavin Atikah sedikit kecewa dengan permainan kau pada second half namun kau tetap yang terbaik.. Tahniah kepada Fabregas yang berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini..

Harap2 corak permainan begini diteruskan pada perlawanan menentang MU nanti dan Atikah yakin 200% yang Arsenal mampu mara ke Final jika corak permainan begini diteruskan.. Kepada Wenger please jangan turunkan Diaby dan Denilson pada perlawanan menentang MU nanti.. Kalau nak bagi pun cuma sorang saja untuk mengelakkan kekalahan..

Ape2 pun siapa yang nak bagi komen dipersilakan.. Dan dimana pun anda berada teruskan menyokong Arsenal.. VIVA ARSENAL!!!

Comments

  1. Capt. Cesc Sparrow gunned down Mat Boroi with 2 shots. hahaha..gua hapy beb...tp aku rs bukan persembahan terbaik dr the gunners..walaupun fav aku x score mlm nih tp ada assit gak..Andrei "Russian mafia" Arshavin. pa pun Well done and congratz arsenal. aku harap pak wenger letakkan cesc ngan song masa lwn manyur sayur nanti..Double D sub last2 minit bila dah cnfm menang bleh ar masuk pitch...ok cau

    ReplyDelete
  2. adeh..diaby wat sengal..janji MU jangan bg die main.. cuak dowh..!!

    ReplyDelete
  3. smlm die main ok pe.. cuma x dpt beri impak positif lagilah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil