Kereta Mewah Wiliam Gallas

Sumber Kosmo Online.

LONDON - Bintang kelab bola sepak Arsenal, William Gallas mempamerkan kereta barunya apabila memandu sebuah Mercedes-Benz SLR McLaren ke tempat latihan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta berwarna perak tersebut sungguh berkilat sehingga para peminat boleh melihat wajah mereka seperti sebuah cermin.

Kereta mewah itu dianggap antara terlaju di dunia dan ia boleh memecut dari sifar ke 100 kilometer sejam dalam tempoh 3.6 saat serta mempunyai kelajuan maksimum 333 kilometer sejam.

Gallas, 31, yang juga pemain antarabangsa Perancis itu membeli kereta tersebut dengan harga £350,000 (RM1.82 juta).

Walaupun Gallas tidak bermain dalam perlawanan menentang Blackburn kelmarin, kenderaan itu sebenarnya meletakkan dia sebaris dengan pemain lain yang mempunyai kereta mewah. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil