Arshravin not confirm wearing Arsenal Shirt

LONDON - Arsene Wenger menegaskan bahawa dia masih berkeyakinan untuk membawa masuk pemain perancang Rusia, Andrei Arshavin sebelum tarikh akhir perpindahan pemain tamat, meskipun perjanjian dengan pemain tersebut dilanda pelbagai siri permasalahan.

Arsenal perlu merekrut pemain tengah Zenit St Petersburg tersebut, setelah Gunners menghasilkan aksi kurang berinspirasi apabila sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan West Ham.

Zenit sebelum ini meletakkan bayaran sebanyak 20 juta pound (RM102.5 juta) untuk pemain bintangnya itu.

Jumlah ditetapkan oleh Zenit itu bagaimanapun lebih 8 juta pound (RM41.97 juta) berbanding dengan tawaran pertama yang dinyatakan oleh Arsenal.

Ketika mana kedua-dua kelab begitu hampir untuk mempersetujui yuran perpindahan pemain tersebut, terdapat laporan yang menyatakan kelab utara London itu tidak bersependapat dengan permintaan yang diminta oleh Arshavin.

Sebarang perjanjian pembelian pemain harus didaftarkan sebelum 5 petang hari ini.

Sehubungan itu, masa yang ditetapkan begitu hampir untuk kedua-dua kelab untuk melangsaikan perbincangan mengenai perpindahan pemain tengah antarabangsa Rusia tersebut.

Wenger yang menafikan laporan bahawa Ashavin telah berada di London malam kelmarin berkata, dia menafikan telah berputus asa mengenai perpindahan pemain tersebut.

Malah pengurus Arsenal itu menegaskan pihaknya boleh mengatasi permasalahan tersebut dan menyatakan sasaran kelab itu masih di Rusia.

"Kami (Arsenal) sudah tidak berada jauh dan hanya sedikit masa sahaja lagi dari sekarang, permainan ini akan ditamatkan.

"Kami akan melihat apakah tindakan yang boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam ini. Saya masih tidak tahu jika saya berkeyakinan atau tidak.

"Berdasarkan pengalaman yang saya miliki, apa sahaja boleh berlaku berhubung isu perpindahan. Mungkin ia berjaya dilakukan atau sebaliknya.

"Perkara itu bagaimanapun tidak memberi kerisauan kepada saya. Dia (Arshavin) boleh meleraikan barisan pertahanan dan mungkin kami memerlukannya hari ini.

"Namun harus diingat bahawa kami mempunyai pemain lain yang boleh melaksanakan tugas membolosi pertahanan, tetapi mereka tidak boleh beraksi pada masa ini," katanya. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil