Terus bangunkan pemain muda - Arsene Mission

LONDON - Arsene Wenger akan terus membentuk bakat pemain muda daripada berbelanja besar membeli pemain ternama, kata pengurus Arsenal itu kelmarin.

"Apa yang kami perlu fokus ialah meneruskan membentuk pemain dan tidak berada dalam dunia impian dengan dikaitkan untuk membeli pemain berharga 30 juta (RM151 juta) hingga 40 juta pound kerana itu tidak realistik.

''Saya boleh menamakan 10 hingga 15 pemain yang berharga 30 juta dan sekarang ini telah merudum,'' kata Wenger dalam lama web rasmi pasukannya (www.arsenal.com).

Arsenal berada di tangga kelima Liga Perdana England (EPL), 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan penyokong telah menyeru Wenger supaya mendapat pemain baru dalam pasukan apabila pasaran perpindahan pemain dibuka bulan ini.

Bagaimanapun Wenger, yang membina reputasi membentuk pemain muda seperti Nicolas Anelka, Cesc Fabgregas dan Patrick Viera, berhadapan dengan masalah kewangan sejak kelab itu membina Stadium Emirates yang mahal pada 2006.

''Kami telah menjalankan polisi untuk membentuk pemain muda dan tidak akan mendengar pandangan orang lain (di dalam akhbar) yang keluar setiap hari dengan nama baru.

''Ia bukan sesuatu yang penting untuk membelanjakan 30 juta pound dan mendapatkan pemain yang hebat,'' kata Wenger.

Comments

  1. Bagus la kalo dpt bentuk pemain muda.. Tapi harus diingat bekas pemain2 muda berbakat arsenal spt ashley cole, bentley, flamini mahupun anelka ada kat mana skg.. Jgn plak lepas ni fabregas ataupun walcott ikut jejak langkah diorang ni pasal arsenal x serius nak menang liga.. Akhirnya jadi la seperti West Ham yang produce world class player spt lampard, ferdinand dan carrick tp team tu sendiri x berjaya..

    ReplyDelete
  2. Arsenal mmg bagus dlm producing bakat muda..
    tapi bakat2 muda dijualkan begitu shj..

    spt A.cole,bentley,flamini,hleb,thierry henry,patrick viera,ljungberg

    harap2 lepas nih.. ia tidak dijualkan

    HIDUP ARSENAL

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil